Berhampiran rumah aku ada sebuah 'culvert' atau orang sini panggil 'paip' je. 'Paip' ni adalah merupakan laluan air melintasi jalan. Pada musim tengkujuh air di sini sentiasa penuh, aku seringkali memancing, tahan tembila dan tahan taut di sini. Sekiranya hujan lebat, memandangkan air terlalu banyak dan culvert (paip) tak dapat menampung air hujan yang banyak, maka kawasan rumah aku sering di tenggelami air sehingga paras lutut. Tapi ianya berlaku sekejap aje. Selepas air yang bertakung dapat mengalir melalui culvert tadi, makan air akan kembali surut seperti sedia kala. Perkara ini masih berlaku sehingga ke hari ini.
Pada musim kemarau pula, air di kawasan sawah akan kering. Tinggal di kawasan 'paip' tadi jelah yang tidak kering. Jadi ikan akan berkumpul di sini. Pada masa ini ayah aku bersama Gemulah Chek (atok aku), Pak Su Awang, sepupu aku Abe Him dan beberapa orang kampung akan menimba ikan di kawasan ini. Penglibatan adik-adik "lelaki" ku yang lasak-lasak tu aku tak ingat. Tapi biasanya kalau ada aktiviti gemuloh ayoh, mesti adalah mereka ni.
Kalau sekarang orang menimba ikan menggunakan injin sedut air, tapi pada zaman tersebut, kami hanya menggunakan timba atau baldi, untuk mengeringkan air. Aku pun tidak melepaskan peluang menimba air ni tapi bila air dah hampir kering. Kalau timba masa air banyak takut tenggelam, sebab aku ni tak le tinggi sangat. Tapi bukan rendah tau! Kalau tidak takkan dapat kerja wadar. hihihi.
Bila air dah hampir kering, maka kerja seterusnya adalah menangkap ikan atau orang panggil 'metap ikan'. Caranya macam ni; mula-mula kita raba ikan yang terdapat dalam lumpur, bila rasa ada ikan, terus tangkap dan masukkan ke dalam baldi. Kadang-kadang tu tertangkap ikan keli. Kalau kena sengat tu, nasib le. Kerja menimba ikan ini memakan masa hampir 3 jam dan mungkin lebih, bergantung kepada keluasan kawasan dan banyak atau tidaknya ikan. Memandangkan kerja-kerja menimba ikan ni dilakukan di tepi jalan, maka ramailah orang yang lalu lalang akan berhenti melihatnya.
Ikan akan dibahagi sama rata dengan mereka yang mengambil bahagian.Biasanya ikan yang kami dapat adalah keli, haruan, puyu dan sepat. Hasil tangkapan akan kami bahagikan sama rata. Seronok sungguh, ia bagaikan pesta. Terkenang aku......
4 comments:
Ambo pun suka jugok.
Mae,
Dulu acaro nimbo ike ni merupake acara tahune... dok gitu.
bila baca ni..teringat masa kecik-kecik ikut ayah nimbo ike...sedapnya ike puyu sawah..hok kecik kecik tu..manis rasanya..dah berpuluh tahun kita tak makan iakan tu..masak asam pedas..
CM,
Inilah aktiviti ku masa kecik-kecik dulu membesar dipersekitaran kampung.
Ikan puyu memang sedap, kalu gulai darat bubuh daun kadok lagi sedap.
Post a Comment