Wednesday, July 29, 2009

Sunday, July 26, 2009

Rambutan, Rambute, Mokte

25.7.2009 Kilim, Langkawi - Kami warga BIAK adakan sedikit aktiviti memetik dan memakan buah rambutan di kebun rambutan Abe Din. Abe Din ni sebenarnya orang Langkawi, tetapi pernah tinggal di Kelantan. Maknanya Abe Din ni ahli bersekutu BIAK jugalah. Di kebun Abe Din ni ada mokte anok sekoloh, kerok nyior dan lain2 lagi.

Kebun Abe Din ni memang luas dan banyak pokok mokte. Tak habis nak makan. Hari tu kami hanya runtuhkan 1 pohon saja dah cukup untuk ahli BIAK yang hadir makan dan bawa balik lagi.

Mr. Presiden BIAK sedang petik mokte.
Set2 tino pulok denge aktiviti mereka. Siap berkelah.

Budok-budok toksoh kirolah, mandi dale anok sungai ho ado dale kebun tu. Molek sungguh kebun Abe Din ni, siap ado anok sungai. Tengok Aliff sampai tok nok naik dok berende dale sungai. Tapi saye gambar Abe Din tokde nok snap, sibuk dok kait mokte. Abe Din kato, nok jual pun barapa duit je dapat. Mokte leni muroh, takde harge. Buat kenduri jelah.
Dengar kate presiden, tahun depe nok buat hari keluarga dale kebun mokte ni. Abe Din doh bagi green light. Timo kasih Abe Din dari kami warga BIAK.
Lagi gambar klik sini.

Wednesday, July 22, 2009

Putrajaya - Tapisan Keselamatan

Hari ni sebenarnya baru balik dari Putrajaya menghadiri temuduga tapisan keselamatan (halus) untuk pengesahan dalam jawatan. Aku ditemuduga oleh SB Polis berpangkat ASP. Banyak jugalah soalan yang dia tanya. Kebanyakannya soalan peribadi. Lepas temuduga, terus ke KLIA dan balik ke Langkawi. Penat betul...

Thursday, July 16, 2009

Pahala Orang ke Masjid

Assalammuallaikum,

Kisah ini, tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid. Untuk memudahkannya pergi ke masjid, beliau telah memasang tali bagi menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid itu, ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik untuk menukar pakaian yang tlah kotor. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula ke rumah untuk menukar pakaian. Kali ketiga, dia hampir terjatuh tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambutnya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, "siapa kamu?". Orang itu menjawab, " Aku adalah syaitan".

Orang buta itu terkejut lalu bertanya, "kenapa kamu menolong aku dari jatuh ke dalam lubang tersebut". Syaitan menjawab , "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain akan terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, Allah mengampunkan dosamu, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan Allah, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu".

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Wallahuallam.

Sumbangan : Nor Asmadi bin Mohd Nor

Wednesday, July 15, 2009

Perkara Yang Boleh Membatalkan Syahadah

Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah:

1. Mengingkari atau mencela sifat Rububiyah Allah.
2. Mengingkari atau mencela Asma' Allah dan sifat-sifatNya.
3. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyah Allah.
4. Mengingkari atau mencela Rasulullah saw, kerasulannya dan apa yang dibawanya dalam rupa hukum syari'at.

Perkara tersebut berlaku dengan itiqad, perkataan dan perbuatan, di mana sesiapa yg melakukannya batallah imannya dan keluarlah dia dari Islam.

Perkara lain yg membatalkan Iman di antaranya ialah:

Menolak atau menentang Hukum Syari'at Allah. Meyakini bahawa syariat, perundangan, hukum yg telah disyariatkan oleh Allah tidak mengandungi sebarang hikmat adalah perbuatan kufur terhadap Allah. Kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan/perkataan/keyakinan kita. Kalau kita tak tahu tentang sesuatu hukum Islam, hendaklah tanya pada orang yang tahu. Jangan cakap/comment ikut sedap hati sahaja. .

Sumbangan : Nor Asmadi b. Mohd Nor