Tuesday, September 15, 2009
Capal
Thursday, July 16, 2009
Pahala Orang ke Masjid
Kisah ini, tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.
Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid. Untuk memudahkannya pergi ke masjid, beliau telah memasang tali bagi menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid itu, ada satu lubang yang berair.
Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik untuk menukar pakaian yang tlah kotor. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula ke rumah untuk menukar pakaian. Kali ketiga, dia hampir terjatuh tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambutnya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, "siapa kamu?". Orang itu menjawab, " Aku adalah syaitan".
Orang buta itu terkejut lalu bertanya, "kenapa kamu menolong aku dari jatuh ke dalam lubang tersebut". Syaitan menjawab , "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain akan terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, Allah mengampunkan dosamu, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan Allah, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu".
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Wallahuallam.
Wednesday, July 15, 2009
Perkara Yang Boleh Membatalkan Syahadah
1. Mengingkari atau mencela sifat Rububiyah Allah.
2. Mengingkari atau mencela Asma' Allah dan sifat-sifatNya.
3. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyah Allah.
4. Mengingkari atau mencela Rasulullah saw, kerasulannya dan apa yang dibawanya dalam rupa hukum syari'at.
Perkara tersebut berlaku dengan itiqad, perkataan dan perbuatan, di mana sesiapa yg melakukannya batallah imannya dan keluarlah dia dari Islam.
Perkara lain yg membatalkan Iman di antaranya ialah:
Sumbangan : Nor Asmadi b. Mohd Nor
Thursday, June 25, 2009
Sarkas
Dulu, Bachok pernah beberapa kali didatangi oleh pasukan pertunjukan sarkas dari Negeri China. Setiap orang teruja melihat ketibaan gajah dan kenderaan yang membawa harimau, singa, beruang, tapir, kuda dan lain-lain. Orang ramai tidak ketinggalan berdiri di tepi jalan menunggu kehadiran rombongan sakras tersebut. Setengah-setengahnya menunggu dengan batang pisang dan tebu untuk diberikan kepada gajah yang melalui hadapan rumah mereka. Sedekah jariah.....Beratus orang mengerumuni sangkar haiwan liar tersebut bila ditempatkan di satu sudut khas tepi padang bola Sekolah Anika (sekarang ni dipanggil padang Majlis Daerah atau Padang Astaka) tidak jauh dengan rumahku, di mana sarkas itu akan membuat pertunjukan. Kadang-kadang harimau dalam sangkar itu mengaum dan menerkam ke arah kami. Terperanjat! Menakutkan!.
Bila pertunjukan dimulakan, tempat duduk yang bertingkat-tingkat dan kerusi dipenuhi penonton dari jauh dan dekat. Aku sempat beberapa kali menyaksikan pertunjukan sarkas ini. Apa yang amat menarik perhatianku ialah dua buah motosikal yang dipandu dalam sebuah kurungan berjaring bulat seperti globe. Penunggangnya memandu laju bersilang tanpa berlanggar. Cemas! Aksi mereka mecemaskan. Wednesday, June 24, 2009
Kertok
Mungkin sekarang ramai yang tidak mengenali kertok. Ia merupakan sejenis alat muzik tradisional yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu merbau yang menggunakan alat palu untuk mengetuk belira. Belira adalah sejenis kayu yang diletak di atas lubang kertok untuk menghasilkan bunyi. Penggunaan kayu yang baik untuk menghasilkan belira dikatakan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan selain pengalaman pemain muzik itu sendiri. Alat muzik tradisional ini pada asalnya diperbuat daripada buah kelapa yang bersaiz besar sebelum ditukar kepada kayu merbau.
Arwah datukku yang aku panggil ayah tua (ayah kepada mek) adalah merupakan seorang pakar membuat dan memainkan kertok. Aku masih ingat lagi sewaktu aku kecil, semasa mengunjungi rumah datukku, banyak kertok yang dibuat oleh ayah tua, dihiasi indah tersusun rapi di dalam rumahnya. Arwah juga pernah membuatkan sebuah kertok daripada kelapa besar untuk diberikan kepadaku. Friday, June 19, 2009
Presiden Iran
Tuesday, May 26, 2009
Langkawi
Sedikit info mengenai Langkawi yang ingin aku kongsikan bersama pembaca sekelian. Aku rasa ada eloknya kita mengetahui serba sedikit berhubung tempat yang kita tinggal agar apabila orang tanya, taklah kita teraba-raba mencari maklumat. Sebenarnya dalam entri yang lepas, banyak tempat-tempat menarik di Langkawi ini telah aku sentuh. Tetapi belum ada maklumat tentang Langkawi secara keseluruhannya. Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Sekarang ianya dikenali dengan nama jolokan Permata Kedah.
Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah. Manakala titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 890 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama. Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan Langkawi termasuklah, Mahsuri, Gergasi Bertarung, Pulau Dayang Bunting, Puteri Dayang Sari, Telani dan Telanai, Geroda dan Jentayu dan Telaga Tujuh.
Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan Satun di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Sementara Kapal Star Cruises pula berlabuh di pelabuhan Awana Porto Malai di sebelah barat pulau ini.
Langkawi mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berikut adalah penerbangan-penerbangan ke Langkawi. Penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur, Thai AirAsia dari Bangkok, MAS dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura, FireFly dari Subang dan Pulau Pinang serta Singapore Airlines dari Singapura.
Banyak lagi info menarik mengenai Langkawi yang akan aku muatkan dalam entri akan datang. Untuk mengetahuinya, selalulah lawati blog ini. (iklan free hihihi)
Wednesday, May 20, 2009
Sejarah Nama Bachok
Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut. Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.
* Sumber : Wikipedia
Monday, April 6, 2009
Perdana Menteri Malaysia
RAHMAN
R - Rahman
A - Abdul Razak
H - Hussin Onn
M - Mahathir
A - Abdullah
N - Najib
Saturday, January 31, 2009
Tanda-Tanda Sebelum Mati

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuhiaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati dagingtersebut seakan-akan bergetar....
2. Tanda 40 hari menjelang mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa
3. Tanda 7 hari menjelang mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan... "
4. Tanda 3 hari menjelang mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akanperlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya daribahagian sisi... Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akanberansur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akanperlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan...
Akan berlaku sesudah asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya....
6. Tanda akhir
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...
SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK
Thursday, January 8, 2009
Boikot Barangan Israel
Selamatkan rakyat Palestin dengan memboikot barangan keluaran Israel. Klik di sini untuk melihat hasil-hasil keluaran negara tersebut.Wednesday, January 7, 2009
Hari Asyura (10 Muharram)
Peristiwa bersejarah berlaku pada tarikh 10 Muharram sebagaimana disebut oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Dan pada 10 Muharram (Hari Asyura) ini juga sebanyak empat belas perkara tersebut sunat dilakukan iaitu :-
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
* 'Ustaz ' Li : Sama-samalah kita mengamalkannya. InsyaAllah

