Sekadar nak berkongsi pengalaman memakai capal. Kalau nak tanya dari mana asal usul capal, aku sendiripun tak dapat nak cerita. Bagaimanapun aku cukup berminat untuk menggunakan capal. Capal ni sebenarnya dah lama dibeli, tapi jarang dipakai. Hajat aku pada raya tahun ni aku nak pakai capal ni. Baru keluarkan dari dalam kotak pagi tadi kerana petang ni aku akan pakai dulu bersama sepasang baju melayu bagi menghadiri majlis Khatam Quran dan berbuka puasa di tempat kerjaku.
Sebenarnya capal ni taklah asing sangat bagi aku. Aku mula memakai capal sejak dari sekolah menengah lagi. Kalau orang tak biasa pakainya memang susah sikit. Ianya agak berat dan licin, takut "tergelencoh". Kalau berjalan bunyinya agak kuat, macam terompah. Tapi ianya memang segak sekiranya dipakai dengan baju melayu bersampin. Pantangnya jangan le terkena air, cepat rosak. Kebanyakan capal yang aku pakai rosak disebabkan terkena air.
No comments:
Post a Comment