Sunday, September 11, 2011

Raya Tahun Ini (2011)

Cadangan asal kami nak beraya di pulau je tahun ini. Sebab itulah tiket Air Asia dari Kuala Terengganu ke Langkawi dan tiket bas dari Kuala Perlis ke Kuala Terengganu untuk anakku Asyraf telah ku tempah awal. Mungkin telah ditakdirkan tahun ini kami beraya di kampung halaman. Jadi tiket bas terpaksalah di 'burn'kan. Kami bertolak dari Jeti Kuah menaiki feri jam 7.30 pagi. Setiba di Kuala Kedah, kereta yang aku 'poskan' sehari sebelumnya masih belum sampai dek terlalu banyak kereta yang nak keluar dari Langkawi ke tanah besar. Terpaksalah menunggu sehingga jam 11.30 barulah kereta tiba dan aku dapat mengambil keretaku. Perjalanan dari Kuala Kedah ke Kelantan melalui lebuhraya Utara - Selatan dan memasuki jalan pintas dari Gurun ke Kuala Pegang terus ke Grik dan Jeli agak lenggang kerana sudah ramai orang pulang lebih awal. Tetapi setibanya di Jeli, hujan sudah mulai turun dan menjadi semakin lebat, sehingga terdapat beberapa tempat di Machang, jalan mulai sesak akibat kemalangan. Akhirnya kami sampai juga di rumah tepat dengan waktu berbuka puasa. Dapatlah kami berbuka bersama-sama mertua dan ipar/biras.






Sebagaimana biasa seperti raya tahun-tahun lepas, pada malam raya akulah yang jadi tukang masaknya. Tahun ni kami masak gulai itik serati sebanyak 3 ekor, dalca dan nasi minyak. Terdapat beberapa lagi menu yang tak dapat dibuat kerana tak cukup bahan....huhuhu.