Wednesday, December 14, 2011

LIMA 2011

LIMA 2011 telah melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama 5 hari dengan pelbagai acara. Antara yang menarik ialah pertunjukan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, demostrasi dan pameran Maritim di Awana Porto Malai dan pameran di MIEC. Kami sempat juga mengunjungi pameran tersebut pada 9 dan 10 Disember 2011 setelah ianya dibuka kepada orang ramai. Aliff amat teruja apabila melihat replika kapal terbang, kapal laut dan helikopter di dalam dewan pameran dan minta untuk bergambar dengan replika-replika tersebut. Lebih teruja apabila dapat melihat kapal terbang, helikopter dan kapal-kapal sebenar tambahan pula dapat menaiki kapal dan helikopter untuk bergambar.



Lagi gambar klik di sini.

Wednesday, December 7, 2011

LIMA Tourism Carnival 2011

Sempena LIMA 2011 ini, telah diadakan Karnival Pelancongan LIMA 2011 bertempat di Medan Letak Kereta LADA, Kuah. Karnival ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir. Kamipun berkesempatan untuk turut serta dalam program ini. Maklumlah kalau tak datang agak rugi kerana aktiviti seperti ini hanya diadakan 2 tahun sekali sahaja. Dalam karnival ini diadakan pameran pelancongan dari agensi-agensi kerajaan serta gerai makan dari setiap negeri disamping persembahan kebudayaan dan bunga api. Kami sempat juga merasakan sate Hj. Samuri dari Kajang mewakili negeri Selangor, Kuey Tiau dari Pulau Pinang dan makanan dari Brunei. Walaupun harganya agak tinggi sedikit berbanding harga biasa, tapi dek kerana nak rasa tu, beli jugalah. Jemputlah datang ke Langkawi. Program berlangsung dari 5 - 10 Disember 2011. Hari jumaat dan sabtu ni nak pi tengok pameran kapal terbang dan kapal laut pula......

Sunday, December 4, 2011

LIMA 2011

LIMA 2011 akan tiba tak beberapa hari lagi. Suasana di Langkawi kini amat sibuk. Langkawi telah mula dibanjiri oleh pelancong sama ada dari luar atau dalam negara. Bermula 6 Disember 2011 sehingga 10 Disember 2011 ruang udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi akan mula bergegar dengan pelbagai jenis pesawat udara termasuk pesawat tempur, pesawat pengangkut dan sebagainya. Di kawasan pekan Kuah, persiapan terakhir sedang dijalankan. Suasana malam agak gemerlapan dengan lampu-lampu neon yang dipasang di sepanjang jalan. Di tempat letak kereta LADA pula persiapan untuk pameran dan aktiviti oleh Kementerian Pelancongan sedang dilaksana. Banyak khemah-khemah dan gerai-gerai dipasang untuk aktiviti selama 5 hari ini. Pendek kata suasana di Langkawi amat meriah sekali. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan LIMA 2011 yang diadakan setiap 2 tahun sekali ini. Datang jangan tak datang. Rugi kalau tak datang tau. (Gambar-gambar akan dimuat naik nanti - tungguuuu)

Monday, November 21, 2011

Alhamdulillah - Amirul UPSR 5A

Dah seminggu aku dan isteri tak dapat tidur lena bila mengenangkan keputusan peperiksaan UPSR yang bakal diumumkan pada 17.11.2011. Bimbang kalau-kalau Amirul tidak dapat mencapai 'target' 5A sebagaimana yang diharapkan oleh kami dan pihak sekolah. Tapi aku lihat Amirul rilex saja. Tarikh yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, dan jam di dinding telah menunjukkan pukul 10 pagi. Tapi aku masih belum terima panggilan dari Amirul. Lebih kurang jam 10.40 pagi barulah aku menerima mesej daripada Amirul meminta supaya datang ke sekolah kerana keputusan telahpun ditampal di papan kenyataan. Kami bergegas ke sekolah. Setelah sampai di lobi sekolah, aku terus ke papan kenyataan. Gembira hati tidak terkira apabila Amirul telah disenaraikan mendapat keputusan 5A dalam UPSR tahun 2011, dan sekaligus dapat mengikut jejak kakak dan abangnya. Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah dan terima kasih kepada guru besar dan semua guru-guru SK Sungai Menghulu yang telah mendidik anak kami sehingga berjaya.




Tuesday, October 4, 2011

Sunday, September 11, 2011

Raya Tahun Ini (2011)

Cadangan asal kami nak beraya di pulau je tahun ini. Sebab itulah tiket Air Asia dari Kuala Terengganu ke Langkawi dan tiket bas dari Kuala Perlis ke Kuala Terengganu untuk anakku Asyraf telah ku tempah awal. Mungkin telah ditakdirkan tahun ini kami beraya di kampung halaman. Jadi tiket bas terpaksalah di 'burn'kan. Kami bertolak dari Jeti Kuah menaiki feri jam 7.30 pagi. Setiba di Kuala Kedah, kereta yang aku 'poskan' sehari sebelumnya masih belum sampai dek terlalu banyak kereta yang nak keluar dari Langkawi ke tanah besar. Terpaksalah menunggu sehingga jam 11.30 barulah kereta tiba dan aku dapat mengambil keretaku. Perjalanan dari Kuala Kedah ke Kelantan melalui lebuhraya Utara - Selatan dan memasuki jalan pintas dari Gurun ke Kuala Pegang terus ke Grik dan Jeli agak lenggang kerana sudah ramai orang pulang lebih awal. Tetapi setibanya di Jeli, hujan sudah mulai turun dan menjadi semakin lebat, sehingga terdapat beberapa tempat di Machang, jalan mulai sesak akibat kemalangan. Akhirnya kami sampai juga di rumah tepat dengan waktu berbuka puasa. Dapatlah kami berbuka bersama-sama mertua dan ipar/biras.






Sebagaimana biasa seperti raya tahun-tahun lepas, pada malam raya akulah yang jadi tukang masaknya. Tahun ni kami masak gulai itik serati sebanyak 3 ekor, dalca dan nasi minyak. Terdapat beberapa lagi menu yang tak dapat dibuat kerana tak cukup bahan....huhuhu.




Monday, July 11, 2011

Keras Tangan

Cermin muka buatan sendiri.


Bahan-bahan:


1. Cermin yang dah rosak bingkainya.



2. Papan formika dan kayu bingkai terbuang.



3. Double sided mounting tape.

Cara-caranya :


1. Potong kayu untuk dijadikan bingkai mengikut saiz cermin.



2. Sambung bingkai mengikut saiz cermin dan lekatkan pada formika dengan menggunakan double sided tape.



3. Lekatkan double sided tape di belakang cermin dan lekatkan cermin di atas formika yang telah dipasang bingkainya.



4. Buatkan penyangkut dan sangkut cermin yang sudah siap ke dinding.

SIAP......


Tuesday, June 14, 2011

Taman Lagenda Langkawi

Hujung minggu lepas sempat juga kami sekeluarga (tidak termasuk kakak) melawat Taman Lagenda Langkawi. Dah hampir 3 tahun duduk di Langkawi ni, inilah kali pertama aku menjejaki kaki ke Taman Lagenda ini. Sebelum ni taman ini sedang dalam proses baik pulih, jadi tak dapatlah kami masuk. Tempat ini amat cantik kalau dapat dijaga dengan rapi. Tapi bagaikan dikatalah.....



Lagi gambar klik sini



Boleh dikatakan setiap hari aku melalui taman ini. Maklum sajalah ianya terletak berhampiran tempat aku bekerja dan laluan ke Jeti Kuah. Cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan.

Sunday, May 22, 2011

Adila - UiTM Kedah

Alhamdulillah, akhirnya Adila dapat juga melanjutkan pelajaran ke IPTA. Adila mula mendaftar di UiTM Kedah pada 21.5.2011. Berbeza dengan aku pada 25 tahun dahulu, terpaksa beratur panjang dan mengambil masa yang agak lama untuk proses pendaftaran di ITM, tapi sekarang hanya serah kunci bilik yang dilakukan di tepi jalan sahaja dan tak perlu turun dari kereta dan lepas itu terus ke asrama untuk mengemas barang. Selesai......


UiTM Merbok Kedah


Sampai di Kuala Perlis pada 20.5.2011, setelah sewa kereta, berhenti di kedai laksa Kak Su untuk pekena laksa beras dan pulut panggang.


Inilah pertama kali aku makan laksa yang paling sedap dengan kuah yang pekat melekat. Kena pula dengan pulut panggang dimakan sekali dengan laksa memang tak terkata.


Rasanya kami dah awal sampai, tapi ramai lagi yang lebih awal. Terpaksalah dapat bilik di tingkat 4. Dahlah tingkat 4, dapat pula katil double decker sebelah atas. Nasiblah Adila.


Rasanya kat Langkawi dah banyak kali shopping, tapi masih ada keperluan yang kekurangan. Terpaksa sekali lagi shopping di Sungai Petani.



Asrama Mahsuri




Sunday, April 3, 2011

Jeruk Mangga

Kebetulan kat pejabat ada pokok mangga/mempelam yang sedang lebat berbuah. Sebelum dipetik oleh kera-kera yang banyak berkeliaran, jadi mintak tolong makcik cleaner petik dan aku bawa balik rumah buat jeruk. Jadi, satu dua hari ni dok makan jeruk le. Hari ni bawa satu botol bagi kat makcik cleaner tu kira upah petiklah......Makcik cleaner tu offer nak kait lagi, tapi aku kata tunggu dululah sbb. kat rumah masih banyak lagi.



Cari Remis di Pantai Cenang

Hujung minggu lepas, memandangkan cuaca agak baik, kami ke Pantai Cenang untuk cari remis. Teringat aku semasa kecil-kecil dahulu, kami adik-berasik sering ke Pantai Irama Bachok untuk mencari remis. Kalau di sana, aktiviti mencari remis bagaikan satu pesta.

Tapi di Langkawi ni, akupun tidak tahu pantainya ada remis. Setelah jiran sebelah bagi tau pasal remis ni di Pantai Cenang, petang jumaat lepas kami pun pergilah mencuba nasib mencari remis. Walaupun tidaklah sebanyak di Pantai Irama, tetapi agak berbaloi jugaklah, dapatlah sekali makan.

Tak puas dengan itu, petang keesokan harinya pula kami pergi lagi. Kali ini buka sahaja remis, kami dapat juga cari kepah yang bersaiz sederhana. Amat berbaloilah pada hari tu. Terlepas kempunan nak makan remis.


Antara remis yang kami dapat, agak besar juga....



Ini pula kepah yang kami dapat....



Cantik sungguh permandangan Pantai Cenang di waktu senja.

Thursday, March 31, 2011

Pekena Steamboat

Cuti sekolah pertengahan semester yang lepas, apabila semua anak-anak berkumpul, sempatlah kami pegi pekena steamboat kat D'Baron Resort. Ini kira 'family gathering' lah. Memang cukup seronok bila dapat berkumpul dan makan bersama-sama.

Memandangkan ianya tak ditempah terlebih dahulu, terpaksalah menunggu....


Antara bahan-bahan steamboat yang disediakan.



Apa lagi....silakan.