Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

I wish you all 12 months of happiness, 52 weeks of miracles, 356 days of laughter, 8700 hours of favour, 525600 mins of joy and 31536000 sec of success.

MAY ALLAH BLESS YOU ALL.


InsyaAllah.

Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Awal Muharam 1430H

Assalamualaikum wbt.

Kepada semua Muslimin dan Muslimat Yang Di Rahmati Allah
SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, insyaAllah.

Pakat2 le kita membaca doa akhir dan awal tahun ye... insyaAllah.

Wednesday, December 24, 2008

Bila Malas Datang

Sebenarnye hari ni adalah merupakan hari malas buat ku. Al-maklumlah lepas balik dari out station, mood kerja belum datang lagi. Jadi ari ni datang kerja tu macam tak kerjalah. Tambahan pulak bonus bulan ni x masuk.... ada masalah sikit. Dengar cite bulan 2 baru masuk. Nanyalah budok2 nak sekolah. Pakaian dan barang2 sekolah x beli lagi. pening, pening. Nak update blog pun xdak mood nih....... cukuplah.......

Friday, December 12, 2008

Ronda-Ronda Pulau Langkawi - Raya Ke-2

Pada Hari Raya Ke-2, bersambunglah semula program Ronda-Ronda Pulau Langkawi. Destinasi pertama kami ialah Telaga Tujuh. Ianya lebih kurang 40 km dari rumah kami.... lebih kurang 45 minit perjalanan dengan kereta.

Telaga Tujuh

Setelah mendaki 638 anak tangga, akhirnya sampai juga kami di Telaga Tujuh. Pemandangannya sungguh cantik dan dari sini boleh kelihatan kereta kabel yang sedang bergerak di udara.


Aliff pada masa mendaki tadi memang bersemangat betul, tapi semasa turun dah mula kepenatan dan terpaksa didokong oleh Ma. Kesian.....

Kereta Kabel

Destinasi kami seterusnya ialah Kereta Kabel. Ianya terletak tidak jauh dari Telaga Tujuh. Jadi, dalam perjalanan balik tu, kami singgah di sini. Hari ni memang ramai betul pengunjung yang datang. Jadi kami tak sempatlah naik, cuma ronda-ronda je. Nanti hari lain kami akan datang lagi untuk naik kereta kabel ni. Kena naik punya.... rugi kalau x naik. Kat kampung kite tak de niii!. hahaha..
Aliff sempat juge bermain-main dengan arnab di taman mini yang terdapat di sini.

Pantai Cenang
On the way balik tu kami singgah di Pantai Cenang. Memandangkan semua dah kepenatan, kami tak lama di sini. Cuma pusing-pusing je dan sempat le snap 2 keping gambaq buat kenangan tandanya kami dah sampai kat sini..
Lepas tu kami singgah di warung Kak Bedah, makan cendol pulut dan laksa. Best.... silakan....

Raya Haji Tahun ni !

Raya Haji tahun ni tak le semeriah tahun-tahun lepas. Kami beraya di perantauan tanpa kehadiran saudara mara. Kalau beraya di kampung tu dapat le makan daging korban. Selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha tu, selesai bermaaf-maafan, kami pun menikmati juadah yang ala kadar je. Hanya sekadar nasi beriyani simple berlaukkan daging kurma dan ayam masak merah serta makaroni bakar. Lepas tu apa lagi .... buat tahi mata le.... hehehe..... x tau apa nak buat.

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Bagaimana Pantai Pasir Tengkorak dapat nama?

Satu ketika dulu ada sepasang suami isteri yang datang berbulan madu di Pulau Langkawi. Sudah banyak tempat yang mereka lawati termasuk di Pantai ni. Jadi si isteri berkata kepada suami.

" Jom bang kita pi main pasir pantai ". pohon isteri dalam nada manja, maklum le baru kawin.

Si suami sebab dah terlalu penat mengikut karenah si isteri pusing-pusing Pulau Langkawi ni lalu dengan selamba dan nada yang tinggi menjawab, " Main pasiir, ......... tengkorakk hang!. Kisah ini telah menjadi buah mulut orang yang mendengarnya lalu sehingga kini pantai tersebut dinamakan 'Pantai Pasir Tengkorak'. ...hehehe....

* Versi abah hahaha....

Ronda-Ronda Pulau Langkawi

Semasa Abah diarahkan bertugas di Pulau Langkawi dulu, memang langsung abah tidak terkilan atau risau, malah abah amat gembira. Abah beranggapan Jabatan telah hantar abah ke sini sebagai hadiah kepada abah. Abah telah tanam ke dalam diri abah, yang abah datang ke sini untuk melancung. Kalau tak fikir gitu, sakit kepala lah ooi...... dok jauh dari keluarga di kampung dan lebih-lebih lagi terpaksa timggalkan rumah tersayang. Jadi abah telah berazam, selama abah tinggal di Langkawi ni, abah akan pusing dan mengenali seluruh Pulau Langkawi, supaya bila abah bertukar nanti dan datang balik ke Langkawi, abah boleh jadi 'tourist guide' lak. hehehe. Jadi untuk program ronda-ronda minggu ni, abah dan famili telah pergi ke beberapa tempat seperti :-

Air Terjun Temurun

Cadangan asal nak berkelah di Air Terjun Temurun, sebab dengaq habaq air terjun ni cantik. Tapi sayang, masa kami sampai, kawasan di sini lenggang je. Kami ingat masih awal dan orang belum sampai lagi. Kamipun tinjau-tinjau le. Rupe-rupe nye pada musim ni orang tak bekelah di sini kerana musim ni tak dak ayaq. Jadi ayaq tak terjun le.... Musim ujan baru air laju. hehehe. tertipu lagi.....

Jagi kami pun berpatah le balik dan 'on the way' tu kami singgah di Pantai Pasir Tengkorak. Pantainya cantik dan memang merupakan tempat orang berkelah dan mandi manda. Apa lagi setelah menjamah sarapan yang kami bawa, kamipun mandilah. Seronok........

Pantai Pasir Tengkorak


Nak tahu macam mana Pantai ini mendapat nama, nanti abah akan cerita di tajuk lain. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami singgah antaranya Taman Awam Teluk Yu dan Pantai Pasir Hitam.

Taman Awam Teluk Yu


Pantai Pasir Hitam

Hitamkan pasir pantai ni...


Tempat ni bukan untuk berkelah tapi untuk tinjau-tinjau je. Banyak terdapat kedai-kedai jual cenderamata dan pakaian. Kami tengok je.... tak beli.