Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, December 13, 2009

Under Water World

Dah lebih 1 tahun berpindah ke Langkawi, baru kali ni ada masa untuk pergi melawat di Under Water World. Itupun setelah semua anak-anak berkumpul. Yang bestnye kami dapat tiket harga penduduk Langkawi. Dewasa RM14.00 dan kanak-kanak RM10.00. Harga sebenar dewasa RM28.00 dan kanak-kanak RM 18.00. Murahkan..... Lagi gambar klik sini.


Friday, December 4, 2009

LIMA Langkawi

Hari ini kami diberi kesempatan untuk membuat lawatan ke LIMA Langkawi. Jadi dapatlah kami masuk ke dewan pameran di MIEC dan menyaksikan pelbagai jenis pesawat-pesawat udara yang dipamirkan. Tengoklah gambar di bawah ni. Sape tak datang memang rugi kerana dengar cite tahun ni last LIMA buat di Langkawi. Tak tahulah betul ke tidak. Disamping tu petunjukan udara juga diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Satu pengalaman yang memang menarik.

Pesawat tempur daripada Singapura sedang membuat formasi. Lagi gambar klik sini.

Sunday, November 29, 2009

Korban

Memandangkan kami tak balik kampung, tak jadilah nak korban pada tahun ni. Walaubagaimanapun, suasana korban tetap dapat dirasakan. Pada hari raya kedua, BIAK telah mengadakan aktiviti korban bertempat di rumah Abe Jak. Sebanyak 2 ekor lembu dikorbankan pada hari tersebut. Kami sekeluarga turut sama memeriahkan majlis tersebut. Selesai majlis korban, Abe Jak buat kenduri dirumahnya. Makan daging fresh le kami hari tu. * Che Awe gi mano tak dok nampok. Kelik grebe kapong ko.
Abe Jak sendiri yang sembelih lembu tersebut.



Kerja-kerja menyiang daging sedang dijalankan.

Beraya Di Langkawi

Tahun ini dah masuk tahun kedua kami beraya korban di Langkawi. Kalau tahun lepas kami tak pulang berhari raya di kampung kerana kami baru sahaja berpindah ke Langkawi, tetapi tahun ini pula kerana aku berkursus. Jadi tak ada masa untuk pulang beraya di kampung disebabkan kelepasan yang diberikan hanya 3 hari sahaja. Kalau tahun lepas sambutan agak sederhana kerana masih belum biasa di Langkawi, tapi tahun ini agak meriah sedikit berbanding tahun lepas. Walaupun tidak membuat apa-apa persiapan kerana tidak sempat, tapi selepas sembahyang raya kami sekeluarga sempat menziarahi beberapa buah rumah jiran yang buat rumah terbuka. Dapatlah juga merasa nasi dagang dan nasi minyak.

Pada sebelah petang pula anak-anak ajak main bowling. Jadi layang sajalah. Pada hari raya pertama tu kami main satu game sorang je. Tapi dek kerana anak-anak tak puas bermain bowling, hari raya ketiga kami main lagi. Tapi kali ini 2 game seorang. Aliff tak melepaskan peluang untuk mencuba membuat balingan. Eh, betul ke orang panggil baling. Memang seronok sekali beriadah bersama keluarga ni.

Friday, November 20, 2009

Stress, Tension ........

Hari ini dah masuk hari ke-5 kami menjalani kursus STPP/DSSK. Dalam tempoh itu kami terpaksa bangun jam 5.00 pagi dan aktiviti tamat jam 9.00 malam. Berehat sekadar untuk sarapan, makan dan sembahyang sahaje. Jadi hari ini adalah merupakan kelas DSSK yang terakhir kami untuk minggu ini. Ingatkan hujung minggu - Sabtu / Ahad ada kelepasan. Rupa-rupanya harapan sekadar tinggal harapan. Kesian peserta-peserta kursus kerana mengharapkan kelepasan pada hujung minggu bagi menghilangkan stress dan tension. Kalau macam ni boleh pecah kepala dibuatnya.
Assignment bertimbun dan bahan untuk assignment terpaksa dibeli, tetapi tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Masa untuk study dan buat assignment pun tiada. Kalau adapun dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi. Tapi siapa yang sanggup dengan keadaan badan yang kepenatan. Kalau dapat berjaga sampai jam 11.00 malam pun dah kira bagus.
Peserta kursus pun tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kelas kerana badan terlalu penat dek jasmani pagi yang agak teruk bagi sesetengah kami yang berumur ini dan mengantuk disebabkan tidak cukup tidur . Ini terbukti apabila ramai yang terlena semasa kuliah sedang dijalankan. Mujurlah pensyarah faham dan bersimpati dengan keadaan kami. Aku sendiripun masih tercari-cari apakah matlamat kursus ini sebenarnya sama ada untuk akademik atau sebaliknya.
Walaubagaimanapun kami akan sedaya upaya menempuhi cabaran ini.
Tunggu kemunculan Blog DSSK sedikit masa nanti. Itupun kalau masa mengizinkan......

Sunday, November 1, 2009

Satu lagi pingat

Tahun ni dapat lagi satu pingat. Kali ini Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) pula. Aku dapat pingat ni sempena Hari Penjara yang lepas. Maka bertambah satu lagilah pingat di dada.

Pada petang tu pulak, kami buat program sukan iaitu pertandingan bowling. Pertandingan ini di adakan di Ampang Superbowl, Jetty Point Langkawi. Walaupun tak pandai, tapi bantai sajelah.

Sunday, October 11, 2009

Sambutan Hari Raya Taman Kenari

Semalam, Jawatankuasa Surau Taman Kenari telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di perkarangan Surau As-Syakirin, Taman Kenari. Berbagai juadah disediakan dan yang speselnya kambing panggang.

Cikgu Choq (Cg. Mansor) sedang memerap kambing. Dapatlah aku curi sikit ilmu perap kambing dan buat black papper sos dengan beliau.

Kambing sedang dipanggang. Kerja memanggang mengambil masa hampir 7 jam.

Sebelum jamuan hari raya, diadakan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Din.

Antara tetamu yang hadir pada majis tersebut.
Antara kaum wanita yang hadir.

Wednesday, September 16, 2009

Khatam Quran

Setelah hampir sebulan staf bertadarus, maka hari ini tibalah masanya untuk Majlis Khatam Quran. Majlis Tadarus dan Khatam Quran ini sebenarnya diadakan pada setiap tahun sempena kehadiran Bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Staf sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.



Majlis diikuti dengan berbuka puasa di Surau AKM.



Selesai sahaja sembahyang Maghrib secara berjemaah, hadirin dihidangkan dengan makan malam berupa Nasi Beriyani.

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan Buffet - Bella Vista

Kali ini tiba giliran kami sekeluarga berbuka puasa bersama Pengarah dan staf AKM. Majlis diadakan di Bella Vista Langkawi. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini juga diadakan sempena pertukaran salah seorang staf AKM iaitu IP Mazuin.
Pengarah bersama-sama pegawai-pegawai kanan yang lain


Antara menu yang disediakan.

Penyampaian cendera kenangan kepada anggota yang akan bertukar. Selamat bertugas di tempat baru.
Lagi gambar klik sini.

Saturday, September 5, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Bulan Ramadan tahun ni jarang sekali kami berbuka puasa di rumah. Kebanyakannya berbuka puasa di surau. Jadi tak payahlah pening kepala fikir pasal juadah berbuka puasa. Memandangkan rumah kami berhadapan dengan surau di taman yang kami tinggal ini, jadi kami ambil kesempatan saje le berbuka puasa di surau. Penduduk Taman Kenari secara bergilir-gilir mengadakan majlis berbuka puasa di surau. Ada yang buat secara individu dan ada juga yang buat secara berkumpulan. Giliran kumpulan kami pula adalah pada hari Ahad 6.9.2009. Kami berpakat seramai 5 orang. Majlis bermula pada jam 7 petang dengan majlis tahlil dan doa selamat. Selepas itu majlis berbuka puasa diikuti dengan sembahyang Maghrib berjemaah. Masuk waktu Isyak, kami bersembahyang berjemaah dan selepas itu mengerjakan sembahyang Tarawih dengan di Imani oleh dua orang Imam Hafiz secara bergilir-gilir. Satu pengalaman baru yang cukup seronok dan cukup meriah serta dapat mengenali antara satu sama lain. Majlis tahlil dan arwah untuk yang telah pergi. Al-Fatihah buat arwah ayah, Che, Mok, Ayoh Tuo, Mak Ara, Ayoh Besut dan Mok Bachok.
Anak-anak dan muslimah didahulukan.

Giliran muslimin. Sempat lagi posing.

Selesai berbuka, semenatara nak cuci pingan mangkuk tu, bersembanglah dulu.

Sunday, August 2, 2009

Santai Hujung Minggu

Hujung minggu lepas disebabkan tak tahu apa nak buat, kami ronda-rondalah di Langkawi Fair. Rupa-rupanya di sana ada berlangsung satu aktiviti. Akupun lupa apa nama aktiviti tersebut tetapi ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertunjukan binatang dari Wildlife, jualan dan pertunjukan pentas.

Mirul sempat lagi bergambar dengan ular sawa. Bayar RM1.00 je. Sebenarnya bukan bayaran tapi derma untuk tabung bagi program tersebut. Berani juga dia. MA memang awal-awal lagi dah lari. Aku pula sekadar boleh ambil gambar je. Nak pegang binatang ni memang aku geli. hiiiii.

Sebelum pulang, sementara menunggu Mirul beratur untuk beli Mc D, aku layan Aliff bermain gelongsur di playground. Adelah seorang budak anak Pak Arab bermain bersama Aliff di playground tersebut. Budak ni memang 'hebat'. Gelongsor turun kepala dulu. Lantas aku memuji kehebatan budak arab tersebut dengan berkata, "Anta waal bisaalun". (Terjemahannya - Biso demo weh). Budak tu tersenyum tanda faham dan mengulangi aksi tersebut beberapa kali sambil tersenyum ke arahku. Moral dari cerita ni, rupa-rupanya aku ni pandai juga cakap arab ye... hihihi. Lagi gambar klik sini.

Sunday, July 26, 2009

Rambutan, Rambute, Mokte

25.7.2009 Kilim, Langkawi - Kami warga BIAK adakan sedikit aktiviti memetik dan memakan buah rambutan di kebun rambutan Abe Din. Abe Din ni sebenarnya orang Langkawi, tetapi pernah tinggal di Kelantan. Maknanya Abe Din ni ahli bersekutu BIAK jugalah. Di kebun Abe Din ni ada mokte anok sekoloh, kerok nyior dan lain2 lagi.

Kebun Abe Din ni memang luas dan banyak pokok mokte. Tak habis nak makan. Hari tu kami hanya runtuhkan 1 pohon saja dah cukup untuk ahli BIAK yang hadir makan dan bawa balik lagi.

Mr. Presiden BIAK sedang petik mokte.
Set2 tino pulok denge aktiviti mereka. Siap berkelah.

Budok-budok toksoh kirolah, mandi dale anok sungai ho ado dale kebun tu. Molek sungguh kebun Abe Din ni, siap ado anok sungai. Tengok Aliff sampai tok nok naik dok berende dale sungai. Tapi saye gambar Abe Din tokde nok snap, sibuk dok kait mokte. Abe Din kato, nok jual pun barapa duit je dapat. Mokte leni muroh, takde harge. Buat kenduri jelah.
Dengar kate presiden, tahun depe nok buat hari keluarga dale kebun mokte ni. Abe Din doh bagi green light. Timo kasih Abe Din dari kami warga BIAK.
Lagi gambar klik sini.

Sunday, May 31, 2009

Pentaque

Permainan pentaque sudah mulai dikenali di kalangan rakyat Malaysia ketika ini malah saban tahun permainan ini dianjurkan oleh pihak tertentu dan telah masuk dalam senarai acara besar sukan negara dan dunia.

Sebenarnya permainan pentaque ini aku dan rakan-rakan dah lama main sejak kecil lagi. Masa tu belum ada lagi mana-mana pertandingan sukan menganjurkan acara ini. Cuma bezanya ejaan pentaque adalah berbeza tapi sebutannya tetap sama. Pentaque disebut 'petong', kalu dalam loghat Kelantan "petong" (sebut dengan E tanda) adalah sama makna dengan pekong atau baling. Kau orang masih ingat lagi tak kalu kita main guli, kita baling bola guli tukan. Satu lagi perbezaannya ialah pentaque dimainkan oleh orang dewasa dengan bola besi yang agak besar sementara guli pula dimainkan oleh kanak-kanak dengan bola kaca yang kecil.

Ini bermakna nama 'pentaque' ni diambil daripada kamus loghat kelantan dan ianya diubahsuai daripada permainan guli. Betul tak teori aku ni. Harap-harap betullah ye. hihihi..... Mnik mintok komen.

Sunday, May 24, 2009

Hari Keluarga B.I.A.K.

Pada Hari Sabtu 23.5.2009, Badan Integrasi Anak Kelantan Langkawi, B.I.A.K. telah mengadakan hari Keluarga bertempat di Langkasuka Beach Resort, Langkawi. Berbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, membina istana pasir, makan epal, jarum mas, bola beracun lari ikat kaki, tiup belon, kuiz dan sebagainya. Ooo, merioh sungguh.
Amirul ambil bahagian dalam pertandingan mewarna.


Aliff sedang menjamu selera. Terpaksalah layan Aliff dulu, kalu tidak tokleh ambik bahagian dalam acara yang diadakan. Maklum sajalah tepi pantai. Takut pula dia main air.

Ma and Amirul ambik bahagian dalam acara cucuk benang dalam jarum a.k.a.jarum mas. Sebenarnya ini adalah acara pasangan suami isteri. Tapi memandangkan aku tak bawa cermin mata, jadi tak dapat masuklah, ganti dengan anak lelaki ku.

Mirul masuk acara tiup belon. Gambar Amirul tiup belon tak sempat nak ambil. Sibuk dok layan Aliff.

Acara makan epal. Amirul tetap ambil bahagian.

Pada tengah harinya pihak penganjur ada menyediakan makan tengahari. Menunya sungguh menyelerakan dan cukup mewah. Berbaloi ikut serta dalam aktiviti ini. Selain dapat berkenalan antara satu sama lain, dapat beraktiviti dan dapat makan lagi.
Ini rojak buah, my favorite.

Ini pula menu yang aku makan. Nasi putih, ayam goreng berempah, sotong kembang masak cili, sayur baby kailan, ikan goreng tepung, tahu entah masak apa tapi sedap, sup ikan, buah-buahan, bubur kacang, cukup menyelerakan.

Lepas makan anak-anak apa lagi, terjun dalam kolamlah. Aliff sampai tak nak naik.

Acara selingan, kumpulan dikir barat alunan biru.

Ada cabutan nombor bertuah, aku dapat jugalah satu hamper, rezeki hari ni. Disamping itu pihak penganjur juga menyediakan hadiah bagi pelajar cemerlang untuk UPSR dan PMR. Adila dan Asyraf dapatlah juga sumbangan berupa wang tunai. Semoga acara tahunan ini akan terus mendapat sambutan dan menjadi wadah permuafakatan warga BIAK di Langkawi. Lagi gambar sila klik di sini.

Friday, May 22, 2009

Pengalaman Baru

Hari ini aku nak ceritakan mengenai pengalaman baru ku bermalam di rumah rakit / sangkar ikan. Sangkar ini terletak di Tanjung Rhu, Langkawi. Untuk ke sangkar ikan ni, kami terpaksa menaiki bot dari Jeti Perikanan Tanjung Rhu. Perjalanan menaiki bot memakan masa antara 5 hingga 10 minit je. Sangkar ini milik kawan kepada kawan aku. Kawan aku ni adalah syer partner kepada kawan-kawan dia. ( boleh faham ke... berbelit ayatnye ye). Setiap malam mereka berpakat menjaga sangkar ikan ni. Tiba giliran kawan aku, dia ajak aku temankan dia. Sekadar untuk mencari pengalaman, aku pun ikutlah dia ke sangkar itu. Memang seronok sekali menimba pengalaman baru ni. Sungguh 'adventure'. Maklum je lah tidur 'dalam laut'.

Malam tu aktiviti kami ialah sauk sotong. Tapi yang aku heran, sotong tak nak naik. Mungkin takut kat aku kot. Maklum sajalah aku orang baru, mereka tak kenal. Tapi tak apa sotooong, lain kali aku datang, aku pakai cantik-cantik, sembur minyak wangi, pakai bedak elok-elok..... dan kalau kau naik, aku sauk kau buat goreng kunyit.
* Gambaq aku tak snap, gelap ooi....

Sunday, April 26, 2009

Bukit Merah

- EDISI KHAS -

Baru-baru ni iaitu pada 23.4.2009, kami 'member2 opis' pi ke Bukit Merah, Perak untuk menjalani satu 'kursus' dalaman buat staf. Seramai lebih kurang 22 orang peserta mengikuti rombongan ini. Kami bertolak dari Balai Pengawal AKM lebih kurang jam 8.00 pagi dan menaiki feri jam 8.30 pagi.

Rombongan semasa di dalam feri ke Kuala Kedah

Sebelum menaiki bas tu apa lagi, kami berhentilah untuk sarapan di Gerai RM2.00 iaitu di sebelah Jeti Kuala Kedah.


Selama 3 hari 2 malam kami berada di Bukit Merah, kami menginap di Suria Service Apartments, Bukit Merah Laketown. Selesai saja 'check in' di tempat penginapan, kami terus ke Penjara Taiping. Di sini kami telah berpeluang untuk melawat Galeri Penjara dan selepas itu minum petang bersama Pengarah Penjara Taiping.



Sebahagian peserta rombongan bergambar di hadapan Apartment.

Selesai saje lawatan ke Penjara Taiping, kami singgah sekejap di Muzium Perak, terletak berhadapan dengan penjara Taiping. Tak banyak tempat yang boleh kami lawati di sini kerana Muzim Perak sedang dalam proses penyelenggaraan. Jadi bergambar jelah.


Selesai bergambar di Muzium Perak, kami terus ke Kuala Sepetang. Untuk apa? Untuk apa lagi kalau bukan untuk pekena mee banjir udang Mak Teh. Best, satu mangkuk sampai 12 ekor udang, tuu dia.

Gotong Royong memasak dan 'memakan'

Pada hari kedua, sesi 'LDK' kami seterusnya adalah beriadah di Laketown Water Park. Memang meriah betul sampai ada yang tak nak balik. Hampir 2 jam kami di sini, semua peserta tak lepaskan peluang untuk bermain air di water park ni. Aku tak dapat ikut serta kerana demam... Tak upaya lah.


Selesai saja bermain air di water park, kami sekali lagi berkunjung ke Kuala Sepetang. Kali ni kami bersama Pengarah AKM pekena mee udang Mak Jah pula. Bukan sepetang lagi pekena mee udang ni tapi duapetang berturut-turut. Memang best.