Monday, January 7, 2013

Aliff Dah Sekolah

Aliff dah masuk Tahun 1. Sama sekolah semasa Pra dulu iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu. Ia adalah merupakan sekolah tinggi..... al-maklumlah sekolah atas bukit. Belajarlah rajin-rajin dan Abah doakan agar Aliff dapat mengikuti jejak kakak dan abang-abangnya nanti. InsyaAllah.



Sunday, January 6, 2013

Cuti-Cuti Bersama Famili

Lama betul tak update blog sampai password pun dah terlupa. Cara nak 'create post' pun dah tak ingat. Aku coba berkali-kali, akhirnya berjaya juga. Memandangkan dah berjaya, aku cubalah nak post satu entri ni, pasal cuti bersama famili hujung tahun lepas.  Disebabkan kesibukan tugas yang teramat sangat (mengalahkan boss) , terpaksa aku tunda beberapa kali cuti sampai anak isteri pun dah naik bosan. Maklum sajalah sebulan lebih cuti sekolah, tak ke mana, memerap di rumah saja dan aku pula asyik siang malam di ofis.  Macam-macam aktiviti – kursus, mesyuarat, lawatan……maklum sajalah musim cuti sekolah, depa seronoklah dapat buat aktiviti kat Langkawi. Yang tak seronok, kami yang bertugas di Langkawi ni terpaksa melayan depa. Tapi takpa, dah tugas, terpaksa hadapi.
Tengah-tengah kesibukan tu dapatlah juga kami mencelah untuk sehari menghadirkan diri ke rumah adik ku di Kampung Kubang Jambu, Tikam Batu yang mengadakan kenduri perkahwinan anak keduanya.  Selesai sahaja kenduri, terus pecut ke Kuala Perlis untuk pulang ke Langkawi.   
Tahniah Syamin & Fendi

Seminggu kemudian, setelah selesai tugas-tugas penting di tempat kerjaku, aku pun mula bercuti, tu pun dah minggu terakhir. Famili pun dah nampak seronok, nak  jalan-jalan katakan. Destinasi kami untuk cuti tahun ni ialah di KL. Sebelum tu sempat juga singgah di Pantai Merdeka perkena ABC Gunung Jerai.... Tu dia, 2 orang makan pun tak habis.

Namanya: ABC Gunung Jerai - famous kat Pantai Merdeka

Disamping menghadiri kenduri kahwin anak buahku di Semenyih (sebelah lelaki), dapatlah kami makan angin di KL sambil shopping baju sekolah anak.
Kenduri di Semenyih - Sebelah pihak lelaki

Sempat jugat makan ‘langsat’, mujurlah ada GPS yang membantu, dapatlah juga cari lokasi yang ditujui walaupun sedikit jauh. Hebat – shopping baju sekolah pun di KL ….. bukanlah hebat sangat, tapi tak sempat. Inilah masanya (dan duitnya …..  bonus) yang ada.   Disamping tu nak penuhi hajat si kecil, ALIFF untuk melawat KLCC  dan ‘member-member’  kat Zoo Negara, semuanya alhamdulillah sihat walaupun dah makin berumur...hahaha. Aliff dan aku saja yang masuk zoo kerana yang lain tu tak nak masuk, dah masuk dulu katanya. Dapatlah jimatkan kos tiket…hihihi. Bukan main seronok lagi  Aliff kerana hajat nak ke zoo dan KLCC tercapai.  Disamping tu, di KL dapatlah juga kami shopping di  1 Utama dan IOI Mall, Puchong.   

Aliff seronok tak terkata



Bertemu 'kawan' lama.
Dari KL, niat nak balik ke Kelantan tapi terbantut kerana banjir. Terpaksa berehat di KL untuk beberapa hari. Akhirnya kami bertolak balik juga ke Kelantan. Pada masa tu Alhamdulillah banjir dah mula surut. Cuma kami terpaksa juga meredah air di dua tempat di Jerangau. Kami selamat sampai ke Kelantan akhirnya.