Sunday, September 27, 2009

Raya Sakan, belanjapun sakan

Ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai menjadi suatu kemestian di hari raya. Sebagaimana tahun-tahun lepas, pada tahun ini sempat jugalah kami menziarahi saudara-saudara terdekat seperti Pak Su Awang di Paya Bemban, Mak Rah di Rambutan Rendang, Mak di Besut, Che Ani di Kampung Raja dan Encik Hanafi di Tunjung.

Bergambar kenangan bersama Che Ani dan keluarga di Kampung Raja Besut.


Di Rumah Encik Hanafi, rakan lama semasa bertugas di Penjara Penor. Sekarang ni beliau telahpun bersara.
Dalam kesibukan beraya, sempat juga pi shoping di Giant KB

Sempat lagi beli motosikal 'Harley Davidson' untuk Aliff. - Bukan main happy Aliff.

Belanja anak-anak makan pizza di KB - anak-anak komplain lama tak makan pizza hut. Jadi layanlah....

Raya

Sambutan Raya pada tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun lepas kerana terpaksa 'drive' agak jauh untuk balik beraya di kampung halaman. Kali pertama merasai suasana kesesakan lalulintas walaupun tak seteruk mana.


Kesesakan lalulintas hampir 1 jam di lebuhraya Alor Setar ke Sungai Petani disebabkan oleh sebuah lori terbalik dan terbakar.

Bergambar kenangan bersama keluarga mertua



Hadiah untuk ibunda tersayang. Biasalah barangan Langkawi.



Satay - menu utama di rumah Tok Mek.


Nasi Dagang dan Gulai Itik Serati - menu utama di rumah mek.

Walaupun tak semeriah tahun-tahun lepas kerana ada adik beradik dan anak saudara yang tak balik, BBQ tetap menjadi agenda utama.


Family gathering di Pizza Hut KB Mall. Thanks C. Na.

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung

Sejak semalam lagi mereka yang tinggal di Langkawi mula beransur-ansur balik kampung. Mereka yang hendak balik dengan kereta sendiri dah mula menghantar kereta ke Pelabuhan Tanjung Lembong. Hari ini, pagi-pagi lagi aku dah bersiap. Jam 9.00 pagi aku bertolak ke Pelabuhan Tanjung Lembung untuk menghantar kereta ke Kuala Kedah. Prosesnya untuk mendaftar dan pemeriksaan kastam tidak lama, lebih kurang 15 minit dah siap. Ini kerana kereta aku bernombor pendaftaran luar, bukan Langkawi. Kalau KV mungkin memakan sedikit masa kerana terpaksan mengisi borang Kastam dan pemeriksaan yang lebih teliti.
Lebih kurang jam 10.00 pagi aku ke Jeti Point Langkawi untuk beli tiket feri bagi perjalanan ke Kuala Kedah pada jam 9.30 pagi esok. Bukan main panjang beratur, pukul 11.00 pagi baru sampai ke kaunter. Maknanya sejam aku beratur untuk beli tiket feri. Kalau beli besok, junuh nak beratur, mungkin lagi ramai.
Sekarang tunggu masa je. Tak sabar nak balik kampung.

Wednesday, September 16, 2009

Khatam Quran

Setelah hampir sebulan staf bertadarus, maka hari ini tibalah masanya untuk Majlis Khatam Quran. Majlis Tadarus dan Khatam Quran ini sebenarnya diadakan pada setiap tahun sempena kehadiran Bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Staf sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.



Majlis diikuti dengan berbuka puasa di Surau AKM.



Selesai sahaja sembahyang Maghrib secara berjemaah, hadirin dihidangkan dengan makan malam berupa Nasi Beriyani.

Tuesday, September 15, 2009

Capal

Sekadar nak berkongsi pengalaman memakai capal. Kalau nak tanya dari mana asal usul capal, aku sendiripun tak dapat nak cerita. Bagaimanapun aku cukup berminat untuk menggunakan capal. Capal ni sebenarnya dah lama dibeli, tapi jarang dipakai. Hajat aku pada raya tahun ni aku nak pakai capal ni. Baru keluarkan dari dalam kotak pagi tadi kerana petang ni aku akan pakai dulu bersama sepasang baju melayu bagi menghadiri majlis Khatam Quran dan berbuka puasa di tempat kerjaku.

Sebenarnya capal ni taklah asing sangat bagi aku. Aku mula memakai capal sejak dari sekolah menengah lagi. Kalau orang tak biasa pakainya memang susah sikit. Ianya agak berat dan licin, takut "tergelencoh". Kalau berjalan bunyinya agak kuat, macam terompah. Tapi ianya memang segak sekiranya dipakai dengan baju melayu bersampin. Pantangnya jangan le terkena air, cepat rosak. Kebanyakan capal yang aku pakai rosak disebabkan terkena air.

Monday, September 14, 2009

SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI


Bulan Ramadan dah hampir tiba ke penghujungnya. Bulan Syawal akan menjelma tidak berapa hari lagi. Jadi kami sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ini.

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan Buffet - Bella Vista

Kali ini tiba giliran kami sekeluarga berbuka puasa bersama Pengarah dan staf AKM. Majlis diadakan di Bella Vista Langkawi. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini juga diadakan sempena pertukaran salah seorang staf AKM iaitu IP Mazuin.
Pengarah bersama-sama pegawai-pegawai kanan yang lain


Antara menu yang disediakan.

Penyampaian cendera kenangan kepada anggota yang akan bertukar. Selamat bertugas di tempat baru.
Lagi gambar klik sini.

Saturday, September 5, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Bulan Ramadan tahun ni jarang sekali kami berbuka puasa di rumah. Kebanyakannya berbuka puasa di surau. Jadi tak payahlah pening kepala fikir pasal juadah berbuka puasa. Memandangkan rumah kami berhadapan dengan surau di taman yang kami tinggal ini, jadi kami ambil kesempatan saje le berbuka puasa di surau. Penduduk Taman Kenari secara bergilir-gilir mengadakan majlis berbuka puasa di surau. Ada yang buat secara individu dan ada juga yang buat secara berkumpulan. Giliran kumpulan kami pula adalah pada hari Ahad 6.9.2009. Kami berpakat seramai 5 orang. Majlis bermula pada jam 7 petang dengan majlis tahlil dan doa selamat. Selepas itu majlis berbuka puasa diikuti dengan sembahyang Maghrib berjemaah. Masuk waktu Isyak, kami bersembahyang berjemaah dan selepas itu mengerjakan sembahyang Tarawih dengan di Imani oleh dua orang Imam Hafiz secara bergilir-gilir. Satu pengalaman baru yang cukup seronok dan cukup meriah serta dapat mengenali antara satu sama lain. Majlis tahlil dan arwah untuk yang telah pergi. Al-Fatihah buat arwah ayah, Che, Mok, Ayoh Tuo, Mak Ara, Ayoh Besut dan Mok Bachok.
Anak-anak dan muslimah didahulukan.

Giliran muslimin. Sempat lagi posing.

Selesai berbuka, semenatara nak cuci pingan mangkuk tu, bersembanglah dulu.