Friday, October 30, 2009

Ragam Aliff

Inilah ragam anak bongsuku Aliff. Bila kita asyik dok ralit tengok TV ke, buat kerja ke, diapun buatlah kerja sendiri. Macam-macam dia buat. Tengok saja badannye habis ditampal sticker.

Lepas penat tampal sticker tu, diam tak diam terlena dalam bilik sorang diri.

Sunday, October 18, 2009

Sambutan Hari Raya BIAK

Pada 17.10.2009, Badan Integrasi Anak Kelantan, Langkawi (BIAK) telah mengadakan Sambutan Hari Raya ( buke sambute Hari Deepavali deh) bertempat di Bangunan Pekan Rabu, Kuah. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini dihadiri oleh ramai anak-anak Kelantan yang berada di Langkawi. Memang sungguh meriah. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian selingan lagu hari raya, jamuan makan dan acara ramah mesra.

Abe Mae dan Che Awe sedang mengendalikan majlis.

Warga BIAK dihidangkan dengan juadah raya dan menu makanan Kelantan seperti Gulai Kawah, ketupat, nasi kapit, tapai dan banyak lagi.


Acara yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak...... Duit Raya. Aliff dan Mirul beratur untuk terima duit raya.


Akupun tidak ketinggalan dapat juga satu hamper, kategori apa? Entah akupun tak ingat...hihihi...

Memandangkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga BIAK, diharap banyak lagi aktiviti-aktiviti lain dapat diadakan pada masa-masa akan datang.
Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan.

Monday, October 12, 2009

Al-Fatihah buat arwah ayah......

Diam tak diam, dah 19 tahun arwah ayah meninggalkan kami. Semasa balik raye baru-baru ni sempat juga aku, Asyraf dan Amirul menziarahi pusara ayahanda. Walaubagaimanapun Asyraf dan Amirul tak sempat mengenali arwah ayah.
Masih aku ingat detik-detik arwah ayah menghembuskan nafas terakhir di HUSM Kubang Kerian. Masa tu aku bersama mek berada di sisi arwah ayah. Peristiwa itu masih segar dalam ingatanku walaupun aku cuba melupakannya.
Al-Fatihah buat arwah ayah, semoga roh arwah ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Sunday, October 11, 2009

Sambutan Hari Raya Taman Kenari

Semalam, Jawatankuasa Surau Taman Kenari telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di perkarangan Surau As-Syakirin, Taman Kenari. Berbagai juadah disediakan dan yang speselnya kambing panggang.

Cikgu Choq (Cg. Mansor) sedang memerap kambing. Dapatlah aku curi sikit ilmu perap kambing dan buat black papper sos dengan beliau.

Kambing sedang dipanggang. Kerja memanggang mengambil masa hampir 7 jam.

Sebelum jamuan hari raya, diadakan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Din.

Antara tetamu yang hadir pada majis tersebut.
Antara kaum wanita yang hadir.

Saturday, October 10, 2009

Kunjungan Rakan Lama

Pada 6/10 yang lepas kami terima kunjungan daripada rakan lama kami yang sama-sama bertugas di Sabah dahulu. Lama sungguh tak bertemu. Kebetulan Rothman menghadiri kursus di AKM Langkawi, jadi famili dia bermalamlah di rumah kami sementara Rothman menghadiri kursus.
Rothman bersama Kak Ros dan anak bongsunya Izrin.


Kak Ros bersama Ma..... kawan lama.

Amirul bersama Izrin dan Kak Ros


Izrin bersama Aliff

Izrin - semasa kami pindah dulu dia masih kecil. Sama besar dengan Aliff je. Tapi sekarang, dah tinggi daripada ayahnya. Pakai kasut pun saiz 11.

Monday, October 5, 2009

Sibuk

Selepas balik dari raya yang lepas, memang aku agak sibuk dengan tugas. Kebetulan pada 2 - 4 Oktober 2009, tempat tugas aku menerima kunjungan daripada KSU KDN dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah KDN untuk mengadakan mesyuarat Pengurusan Tertinggi KDN. Aku ditugaskan untuk persiapan makan minum. Memang sibuk sekali dan memeningkan. Apa tidaknya, bukan senang nak jaga makan minum orang ni. Selain daripada makan minum harian, terpaksa pula buat BBQ bertemakan Majlis Hari Raya. Yang penatnya staf terpaksa menyediakan sendiri menu dan persiapan untuk majlis hari raya tersebut. Kesian.....


Setting untuk makan minum pwserta di cafeteria

Antara menu yang disediakan oleh staf untuk majlis hari raya.