Sunday, August 30, 2009

Buka Puasa

Selalunya buka puasa dengan makan nasi, jadi hari ni ubah seleralah sikit. Anak-anak request nak makan mee rebus daging. Jadi kami pergilah pasar untuk beli bahan-bahannya.

Mee Rebus Daging

Sira Labu

Air Locong. Kat Langkawi pun ada juga tau. Biasanya di Kelantan air locong ni memang famous.


Sedapnye...


Tak ketinggalan kurma. Sunat......

Monday, August 24, 2009

Sehari Sebelum Puasa

Sehari sebelum puasa, kami sekeluarga dapat berkumpul untuk menyambut awal ramadan bersama. Anak-anak dah tuntut janji untuk makan di Kenny Rogers. Jadi petang tu kami pergilah ke Jetty Point. Kami order half chicken, spaggeti dan minuman. Makanannya memang sedap. Harganya pun sedap jugak. Tapi tak apalah mungkin sekali seumur hidup.

licinnnn.....

Naga / KFC

Dua hari sebelum puasa yang lepas, sempat juga aku balik ke Kuala Berang untuk mengambil anakku balik bercuti sambil tengok-tengok rumah yang hampir 3 bulan tak dijengah. Rumput.... masyaAllah bukan main panjang lagi. Bangsal pokok bunga yang aku bina dah hampir menyembah bumi. Tapi dalam pada tu, pokok naga yang aku tanam ditiang bangsal tersebut telah menyeluarkan hasil.
Sebenarnya aku tak pasti sama ada ianya sudah masak atau belum. Hari pertama warna masih hijau. Masuk hari kedua sudah nampak kemerah-merahan. Jadi, ada lagi..... aku petik untuk bawa balik ke Langkawi. Dalam fikiran ku kalau tak dapat makan, dapat tunjukkan kepada anak-anak dan isteri pun jadilah. Bila di potong...... tu dia, bukan main merah lagi isinya. Sudah masak dan sungguh manis. Jadi padatlah kami sekeluarga merasai hasil tanamanku.

Kuala Berang bukan macam dulu lagi. Kalau dulu sekiranya orang Kuala Berang nak makan KFC terpaksa pergi ke Kuala Terengganu. Tapi sekarang tak payah lagi. KFC telah buka cawangan di Kuala Berang. Malam pertama dibuka, pelanggan terpaksa beratur hampir setengah jam atau mungkin lebih..... ramainya. Mungkin selepas ini peniaga yang jual ayam goreng di pasar malam akan merosot jualannya. Bila pula RFC nak buka cawangan?

Saturday, August 15, 2009

Wad Kenari Katil E1-8

Satu dua hari ni memang tak menentu rasanya fikiranku. Apa taknye, risau memikirkan anakku Asyraf yang sedang dikuarantin di asrama SESMA Terengganu dan dalam masa yang sama pula anakku Amirul pula tiba-tiba demam panas sehingga suhu badan mencecah 40 darjah celcius. Asalnya anak aku Amirul ni asthma dan aku bawa ke unit kecemasan Hospital Langkawi untuk rawatan. Selepas diberi rawatan 'sedut ventolin' selama sejam, anakku dibenarkan pulang.
Keesokan harinya iaitu pada hari khamis, Ma telefon memaklumkan Amirul demam panas. Jadi terpaksalah aku minta excuse dari boss untuk bawa anak aku ke Klinik Kesihatan Kuah. Masa di Klinik, demam tak serius sangat sekadar 35 darjah je. Balik daripada klinik Amirul tiba-tiba demam teruk. Malam tu aku ke farmasi beli termometer. Masa test suhu badannya dalam kereta, suhu badannya meningkat 38.9 darjah. Tanpa berlengah, aku terus hantarnya ke hospital. Semasa ambil suhu di hospital, suhunya meningkat kepada 40 darjah. Memandangkan pesakit pada malam tu terlalu ramai, jadi tak dapatlah aku masuk terus ke unit kecemasan sekadar menunggu giliran untuk pesakit luar saje. Ramai pesakit termasuk aku duduk dilantai sahaje kerana tak cukup kerusi.
Dalam masa yang sama aku terima sms daripada Csue, memaklumkan adik bongsu aku Cuda yang berapa di Bachok kena H1N1. MasyaAllah. Buntu rasanya fikiranku pada masa itu.
Hampir sejam menunggu masih belum dipanggil dan Amirul dah mula rasa penat (lelah), jadi aku terus masuk ke emergency dan mengadu anakku penat. Pihak hospital memberi rawatan segera, seperti biasa kena sedutlah. Lepas tu kena masuk air sebotol. Kul 2.30 pagi baru dapat balik. Memandangkan perut kami dah berkeroncong kerana tak sempat makan, kami singgah di Kuah untuk beli burger.

Keesokannya iaitu hari Jumaat suhu badan Amirul masih lagi 39.9 darjah, masih tinggi. Aku bagi jus epal hijau sebagaimana cadangan adik aku Ayu. Nampak menjadi. Pada malam tu suhu turun kepada 37.5 darjah. Pagi ini (Sabtu) juga masih kekal 37.5 darjah dan Amirul nampak semakin pulih dan sudah berselera makan. Alhamdulillah.

Tilam di 'Wad Kenari' tak ade katil tapi disediakan sama tilam untuk penjaga pesakit. Buka 1 malah dua lagi tau. hihihi.

Aliff, jururawat setia yang sering membantu menyuapkan ubat untuk abangnya Amirul dan juga yang menghabiskan jus epal dan 100 plus.

Wednesday, August 12, 2009

Topeng Oh Topeng

'Face Mask' atau nok mudah sebut, topenglah. Disebabkan masalah wabak H1N1 yang dialami sekarang, 'face mask' atau topeng muka ni amat laku sekali sehinggakan di Langkawi semua kedai jual ubat @ farmasi kehabisan stok. Beberapa farmasi yang aku pergi semuanya tiada bekalan. Jadi macam mana lagi caranya untuk kita menghindari daripada merebaknya penyakit ini.?

Pernah aku ingat pada masa aku bertugas di Sabah suatu ketika dahulu, pada masa tu jerebu agak hebat melanda Malaysia disebabkan masalah pembakaran terbuka di negara jiran. Semua terpaksa memakai penutup hidung untuk mengelakkan masalah pernafasan akibat jerebu. Masalah sama timbul apabila bekalan face mask ini kehabisan. Tetapi pada masa itu hanya masalah jerebu sahaja. Tetapi pada masa sekarang masalah yang timbul adalah penularan wabak yang lebih serius dan lebih hebat daripada jerebu.

* Nampaknya terpaksalah reka sendiri 'face mask' dengan menggunakan 'kain copeng' atau kain pelikat buruk. Mungkin lebih menarik dan lebih 'fancy'.

Sunday, August 9, 2009

Aliff @ Ben 10

Hari Penyampaian Hadiah - Amirul

Minggu lepas aku tak dapat ke mana-mana kerana tempat kerja ku ditutup disebabkan masalah penularan virus selsema "menate tu". Terdapat beberapa lagi tempat termasuk beberapa sekolah di Langkawi yang ditutup akibat masalah yang sama, cuma tak dihebohkan saje. Dalam tempoh tu aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah di sekolah anakku, Amirul.


Antara piala dan sijil yang diterima oleh Amirul.

Sunday, August 2, 2009

Power Shot A480

Hujung minggu lepas kami ronda-ronda di Langkawi Prade sambil tinjau-tinjau kedai kamera. Ada satu kamera yang aku berkenan, Canon PowerShot A480. Harga after less RM630 je termasuk aksesori - pouches, tripod, 2GB memory card dan rechargable battery c/w charger. Harga tak termasuk aksesori RM499.00. Sekarang ni tengah kumpul duit le. Nak snap gambar time raya nanti. hihihi.

Santai Hujung Minggu

Hujung minggu lepas disebabkan tak tahu apa nak buat, kami ronda-rondalah di Langkawi Fair. Rupa-rupanya di sana ada berlangsung satu aktiviti. Akupun lupa apa nama aktiviti tersebut tetapi ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertunjukan binatang dari Wildlife, jualan dan pertunjukan pentas.

Mirul sempat lagi bergambar dengan ular sawa. Bayar RM1.00 je. Sebenarnya bukan bayaran tapi derma untuk tabung bagi program tersebut. Berani juga dia. MA memang awal-awal lagi dah lari. Aku pula sekadar boleh ambil gambar je. Nak pegang binatang ni memang aku geli. hiiiii.

Sebelum pulang, sementara menunggu Mirul beratur untuk beli Mc D, aku layan Aliff bermain gelongsur di playground. Adelah seorang budak anak Pak Arab bermain bersama Aliff di playground tersebut. Budak ni memang 'hebat'. Gelongsor turun kepala dulu. Lantas aku memuji kehebatan budak arab tersebut dengan berkata, "Anta waal bisaalun". (Terjemahannya - Biso demo weh). Budak tu tersenyum tanda faham dan mengulangi aksi tersebut beberapa kali sambil tersenyum ke arahku. Moral dari cerita ni, rupa-rupanya aku ni pandai juga cakap arab ye... hihihi. Lagi gambar klik sini.