Friday, August 29, 2008

Selamat Berpuasa

Kepada Ma dan anak-anak semua, abah nak maklumkan yang abah akan balik petang esok. Pagi sabtu sampai lah kot. Abah bercuti sampai 10.9.2008. Dapatlah berpuasa kat rumah bersama-sama famili. Dalam tempoh tu abah tak dapatlah nak update blog ni. Al-maklum saje le dalam masa tu abah nak tumpukan sepenuh masa untuk keluarga. Tapi insyaallah kalu ada kelapangan tu abah akan hantar juga 1 atau 2 entri. Kepada semua, abah mengucapkan

Thursday, August 28, 2008

Breakfast di Hotel



Ari kedua abah di Penang, pagi tu breakfast di hotel le. Abah bersama rakan-rakan turun breakfast kul 7.00 pagi lagi. Nak kejar masa sebab kul 8.00 pagi nak bertolak ke Pokok Sena pula. Makanan tu boleh tahan gak lah. Ada nasi lemak, laksa penang, mee goreng, poridge, capati etc.

Abah cuma makan capati, mee goreng dan buah-buah je.

Wednesday, August 27, 2008

Lawatan

Ari ni (25.8.2007) abah kena bawa peserta-peserta kursus melawat Taiping, Pulau Pinang dan Pokok Sena. Dah lama abah mengidam nak pergi ke Pulau Pinang. Bukan apa, abah cuma mengidam nak makan jeruk, pesembur dan nasi kandar le. Jadi, tercapai juga lah cita-cita abah walaupun tak sempat makan pasembur. Kami bertolak dari Langkawi pada jam 7.30 pagi menaiki feri. Pemergian kami diiringi dengan hujan lebat (macam cerpen bunyinya). Tiba di Jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 8.30 pagi. Dari sini kami menaiki bas dan terus ke Penjara Taiping untuk lawatan. Selesai lawatan dan makan tengah hari di Penjara Taiping, kami bertolak ke Pulau Pinang dan melawat Penjara tertua iaitu Penjara Pulau Pinang. Selesai 'Hi-Tea" di Penjara P. Pinang kami Check-in di Hotel Hydro Majestic, Batu Feringhi.


Sebelah malam pula (tang ni yang seronok nak cerita) kami keluar ke Georgetown untuk makan dan shopping. Makan ape lagi, Nasi Kandaq le. Malam tu abah ambik lauk ayam madu dan sotong. Bukan main nalee lagi dia punya ayam, tak habis makan 1 orang. Tak mahal, cuma lebih kurang RM8.00 je termasuk air.


Tapi sebelum makan tu, abah pergi le ke Bazar Chowrasta untuk beli jeruk. Tang ni tak payah cite le. Berair mulut abah tengok jeruk tu. Tuan punya kedai suruh rasa dulu. Apa lagi............ Jadi abah beli le RM20.00 untuk bawa balik. Jangan terliur tau!!

Sunday, August 24, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan

Petang ni habis saja kerja jam 5.00 petang, abah balik ke bilik. Tak tau apa nak buat, abah pergi ke kolam renang untuk berenang bersama-sama peserta kursus. Mula-mula tu tak ramai, hanya 3-4 orang je. Tapi selepas beberapa ketika makin ramai yang datang. Memandangkan dah crowded sangat dalam kolam renang tu, abah pun berundur lah. Bukan apa... malu. Depa berenang macam Nurul Huda, tapi abah berenang macam anak dugong baru nak belajar berenang. Asyik tengelam timbul..tenggelam timbul je. Orang lain berenang tempat yang dalamnya 1.5 m tapi abah berenang tempat 1 m je. Mujur le tak berenang tempat kolam budak-budak yang setengah meter tu. hehehe.

Lepas tu memandangkan hari masih awal, abah pergi le ke pasar malam Pekan Kuah. Ronda punya ronda, abah terliur tengok pasembor yang campur-campur tu. Jadi abah pilih le tauhu, teloq, teloq puyuh, tempe goreng dan udang goreng. Harganye baru RM5.90. Rupe-rupe nye abah ni hantu pasemboq gak ye. Minggu lepas pun dah beli pasemboq..... my pebret tu......

Di samping tu, abah beli juga 1 biji martabat. Bukan ape, tengok die orang buat lain sikit. Yang ni die bakar dulu intinya. Selepas masak, dipotong intinya menjadi 4 segi barulah dibungkus dalam kulit dan dibakar sekali lagi. Rasanye best gak. Tapi tak sempat le abah nak snap. Ngap terus.... dah lapar sangat. Pasembor tu sempat le snap.........Silakan.

Saturday, August 23, 2008

Kena kerja

Hari ni hari jumaat dan esok mestilah hari sabtu. Kalau di Negeri Kedah kedua-dua hari ni orang tak kerja. Tapi abah terpaksa kena kerja sebab ada kursus yang abah kena handle. Jadi tak dapat le nak ke mana-mana. Kesian abah ......

Friday, August 22, 2008

Tazkirah

Di tempat kije abah, tiap-tiap ari khamis ada le dibuat sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ustaz. Ari ni biasa le semua staf gomen pakai uniform (baju batik le tu). Tapi sayang, abah x dapat turut serta mendengar tazkirah yang disampaikan sebab ari ni abah kena handle satu kursus. Jadi sibuk le sikit. Wbg. pun makan tu mesti sempat....... Menu ari ini roti canai dan roti pau inti kacang hitam. Abah tak le makan banyak sangat roti canai tu sebab bukan pebret abah....... cuma 2 biji je. hehehe..

Thursday, August 21, 2008

1+3

Sim kad yang abah hantar baru-baru ni telah Ma terima 2 hari lepas. Seronok betul abah. Apa tak nye, ari tu saje sampai 1 jam setengah abah call famili kat umah. X sedar, tiba-tiba terasa hp abah panas...... kenapa ni? Rupa-rupanya panas sbb lama sangat telefon. Tapi seronoklah abah dapat cakap dengan semua anak-anak abah. Sebelum ni hanya pakai SMS je. Kalau cakappun kejap-kejap je.

Wednesday, August 20, 2008

Menunggu Hari

Abah memang dah tak sabaq nak balik berjumpa Ma dan anak-anak. Tiket bas pun dah abah beli. Tinggal sepuluh hari je lagi. Tapi 10 hari terasa terlalu lama buat abah. Satu apa kerja yang dibuat pun tak jadi. Hanya telefon saje menjadi teman kesunyian. Ini baru je di Langkawi. Abah dapat rasakan bagaimana perasaan mereka yang berada jauh di perantauan dan terpisah dengan keluarga bertahun lamanya. Kini abah sedar betapa berharganya saat-saat manis bersama keluarga...... Sabaq Noo

Sunday, August 17, 2008

Ronda-Ronda Pekan Kuah

Ari ni x de ape nak buat. Lepas Breakfast bersama peserta-peserta kursus, abah keluar ronda-ronda kat Pekan Kuah dengan moto sambil cari Kedai CELCOM. 2 - 3 kali pusing barulah jumpa. Tujuan pergi ke sana bukan ape, cuma nak tukar plan celcom abah. Sekarang abah guna plan 1+3. Murah sikit kalau nak call famili. Abah dah Pos Ekspres sim kad baru untuk MA. Stat esok kita boleh sembang lama-lama la ye.....

Saturday, August 16, 2008

OBJ (Part 3)



Yang istimewanya dok sini, bilik ada orang yang kemas. First gambaq tu sebelum pergi kerja and the second gambaq tu lak masa balik tengahari. Sapa lagi yang kemas.... 'housekeeping la'. Thanks for them. Tapi ni semua tak lama. Dapat umah sewa nanti kena pindahlah and semua kije tu kena buat sendiri.

OBJ (Part 2)

Sebenornye abah baru selesai gosok pakaian ni. Inilah pakaian yang dah siap digosok. Siap tersusun dalam almari. Nak pakai ambik je..... senangkan. Kalau sebelum ni memang MA yang buat kerja-kerja ni. Tapi sekarang setelah jadi OBJ, terpaksalah buat sendiri. Kalau kat umah, abah malas betul nak lipat kain. Tapi di sini terpaksalah. Kalau tak, bersepahlah bilik.


Ops! Nak tau apa itu OBJ ....... "Orang Bini Jauh" le.....

OBJ (Part 1)

Ujung-ujung minggu gini, ni lah kije abah....... basuh pakaian. Kalu kat umoh, semua MA yang buat. Bila dok bujang ni terpaksalah buat sendiri. Mujurlah mesin auto. Beginilah keadaan OBJ. Nak tahu apa itu OBJ.... tunggu part 2.

Friday, August 15, 2008

Mok Mung .......


Maso Abah nok keluar bilik untuk gi basuh pakaian semalam "terkejut berok" abah bila terserempak dengan sekawan berok. Kenapa lak tak "terkejut berok", dah memang berok, takkan nak terkejut kucing lak. Sebenarnya beginilah keadaan di tempat kije abah. Tu baru sikit, kadang-kadang sampai 20 ekor keluar cari makan dalam tong-tong sampah. Tapi yang bagusnya mereka ni tak kacau orang. Dah jadi member...... he! he! he!

Makan Roti Je!

Inilah makanan yang abah standby dalam bilik. Manalah tau takut lapar tengah2 malam. Dua keping roti majerin dan 1 mug air teh tu untuk makan tengahari. Malas nak keluar makan di kedai. Lagipun perut dan badan abah dah mula rasa lain macam je. Jadi kenalah diet sikit.


MA Sakit Perut

Pagi ni risau gak abah bila Ma telefon kata sakit perut. Sebenarnya Ma ni selalu sakit perut - gastrik. Mungkin tersilap makan kot atau tahan makan. Jangan gitu Ma. Susah nanti, dahlah abah dok jauh...... Lebih kurang tengahari baru Ma telefon maklumkan sudah ok setelah gi klinik dan kena 'inject' sejarum. Abah doakan agar Ma dan anak-anak sentiasa sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Jangan tersalah makan dan jangan tak makan tau.

Thursday, August 14, 2008

Underwater World

Kerja ari ni bawa peserta kursus untuk 'outdoor activities'. Jadi kami bawalah mereka ni ke Pantai Cenang Langkawi dan pusing-pusing di Underwater World. Tapi abah tak masuk la. Tunggu kita masuk sama-sama nanti. Seronok sikit kalau dapat pergi bersama-sama famili.

Selesai ronda kawasan Pantai Cenang, kami balik ke Kuah dan singgah sebentar di Pasar Malam Pekan Kuah. Sempat juga bawa peserta kursus luar negara ni merasakan 'King of The Fruit' - Durian la tu. Abah sendiri beli le pasembor untuk makan malam. Harganya RM3.00 sebungkus je. Sori, lupa nak snap gambar pasembor tu. Lepas makan baru teringat....

Monday, August 11, 2008

Pisang Oh Pisang

Inilah pisang yang aku tanam belakang rumah. Benih pisang ni aku ambik di rumah mek di kampung. Nama pisang ni ialah Pisang Serendah. Pokoknya tak tinggi cuma lebih kurang 5 kaki je. Nampaknya pose ni dapat lah buat pengat ke, sira ke. Bolehlah menambah juadah untuk berbuka. Tupun kalau sempat masak.

Lama Tak Balik Rumah

Walaupun belum sampai 3 minggu tapi dah terasa terlalu lama. Paling tidak pun bulan puasa ni baru dapat balik. Tunggu la ye Ma, Kakak, Asyraf, Mirul dan Aliff. Nanti kita sahur dan buka puasa bersama-sama. Abah akan masak lauk yang sedap-sedap.

Saturday, August 9, 2008

Sedapnya

Sedapnya.... kueh apa yang MA buat tu. Ambon ke bledo. Mesti sedap.







Ni pulak dok masak apa tu...

Aliff


Gambar anak bongsu aku Aliff yang kakak send pagi tadi. Dok tengah telefon abah dia lah tu untuk lepaskan rindu. Kenapa merajuk Aliff. Mesti kena kacau dengan abang-abang dia. Gambar tengah- sedang posting la tu.

Friday, August 8, 2008

Teringatkan Anak

Petang-petang gini kalau teringatkan anak-anak tu aku tengoklah video anak-anak yang aku rakam semasa aku pergi Kuantan tempoh hari. Nilah anak bongsu aku. Tapi selain tengok anak tu, aku sebenarnya nak tengok mama dia juga. He! He! He!

Mandi Kolam


Petang semalam tak ada apa nak buat. Jadi, sementara tunggu selesai cuci pakaian di bilik dobi, aku pergilah ke kolam renang di tempat kerja aku. Aku berenang sepuas-puasnya. Seronok sekali-sekali berenang di kolam renang ni. Biasanya semasa di kampung aku (Kuala Berang la tu) aku selalu bawa anak-anak pi berenang di sungai. Di sana ada 2 tempat yang aku suka pergi iaitu Air Terjun Sekayu dan Air Terjun Belukar Bukit.

Wednesday, August 6, 2008

Motor Dah Sampai

Ari ni aku terima call dari Pejabat Pos Laju Taman Berlian Langkawi memaklumkan motosikal kesayangan aku yang di pos dari Kuala Terengganu ari Ahad lepas dah sampai. Sebenarnya aku minta tolong kawan aku Abang Rashid untuk poskan. Bukan main bagus dia bungkus motosikal aku. Jadi selamatlah dari kesan-kesan calar tu. Cuma sikit-sikit tu adalah, nak buat camne. Jadi stat ari ni bolehlah aku ronda-ronda Pekan Kuah sekali gus Langkawi lah. Tak payah aku jalan kaki nak pergi sembahyang jumaat nanti seperti minggu lepas terpaksa berjalan lebih kurang 2 km. Amboi penatnya. Tapi takpelah demi untuk beribadat kepada yang Maha Esa. Terima kasih Abang Rashid kerana bersusah payah tunggang moto aku dari Kuala Berang ke Pejabat Pos Kuala Terengganu untuk pos moto tu. Dan terima kasih juga kerana bungkus moto aku sebegitu rupa.

Saturday, August 2, 2008

KURSUS ORIENTASI

Tak sampai seminggu aku posting di Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, aku dipanggil untuk Kursus Orientasi di Maktab Penjara Malaysia. Aku ingatkan kursus ni biasa saje le. Rupa-rupanya siap dengan kawat dan latihan halangan. Lak tu kawat sampai tengahari. Kelas pula sampai jam 10.30 malam. Teruk dibuatnya. Maklumlah aku dah berumur. Dah masuk 45 tahun. Nape tak penatnya. Masuk ari kedua kursus semasa membuat halangan " monyet bergayut ", aku terjatuh dalam air. Habis basah seluar dan kasut aku. Tapi bukan aku seorang saja yang jatuh. Ramai lagi. Geram ada, seronok pun ada. Disebabkan kejadian tu, kaki aku mulai terasa sengal, tak boleh nak berpijak. Tapi aku gagahkan juga. Pagi esoknya semasa jasmani pagi, aku tak boleh berlari. Terpaksalah mintak pengecualian. Maybe orang lain bengkak tengok aku keluar baris sebab mereka terpaksa teruskan latihan. Maaflah kawan, bukan aku saja-saja nak buat tapi dah memang sakit. Atas kegigihan kami semua seramai 30 orang peserta kursus tu, dapat juga kami tamatkan kursus/latihan ni. Bak kata penghulu kursus, "janji pakai". Terima kasih kawan-kawan dan terima kasih jurulatih dan staf MPM. Kita jumpa lagi pada tahun depan dalam latihan sebenar.

PERTAMA KALI TULIS BLOG


Inilah kali pertama aku menulis blog. Sebelum ni tak de masa. Setelah aku bertukar ke Langkawi pada 23 Julai 2008 kerana dinaikkan pangkat, bermulalah penghidupan baru aku. Aku jadi bujang semula. Tinggallah anak-anak isteri di rumah. Rumah aku di Kuala Berang Hulu Terengganu, baru saja siap dalam setahun dua ni. Terpaksalah tinggalkan semua demi mengejar cita-cita. Sebenarnya dah lama aku nak tulis blog ni. Blog ni dah lama ada. Tapi tak pernah aku tulis. Tak de masa katakan. Sekarang ni ada masa sikit tu bolehlah aku berjinak-jinak dengan blog ni. Aku sebenarnya tertarik dengan laman blog adik aku yang tinggal di Sungai Petani tu. (http://ayurazak.blogspot.com/). Dari situlah aku belajar buat blog.