Petang ni habis saja kerja jam 5.00 petang, abah balik ke bilik. Tak tau apa nak buat, abah pergi ke kolam renang untuk berenang bersama-sama peserta kursus. Mula-mula tu tak ramai, hanya 3-4 orang je. Tapi selepas beberapa ketika makin ramai yang datang. Memandangkan dah crowded sangat dalam kolam renang tu, abah pun berundur lah. Bukan apa... malu. Depa berenang macam Nurul Huda, tapi abah berenang macam anak dugong baru nak belajar berenang. Asyik tengelam timbul..tenggelam timbul je. Orang lain berenang tempat yang dalamnya 1.5 m tapi abah berenang tempat 1 m je. Mujur le tak berenang tempat kolam budak-budak yang setengah meter tu. hehehe.
Lepas tu memandangkan hari masih awal, abah pergi le ke pasar malam Pekan Kuah. Ronda punya ronda, abah terliur tengok pasembor yang campur-campur tu. Jadi abah pilih le tauhu, teloq, teloq puyuh, tempe goreng dan udang goreng. Harganye baru RM5.90. Rupe-rupe nye abah ni hantu pasemboq gak ye. Minggu lepas pun dah beli pasemboq..... my pebret tu......
Di samping tu, abah beli juga 1 biji martabat. Bukan ape, tengok die orang buat lain sikit. Yang ni die bakar dulu intinya. Selepas masak, dipotong intinya menjadi 4 segi barulah dibungkus dalam kulit dan dibakar sekali lagi. Rasanye best gak. Tapi tak sempat le abah nak snap. Ngap terus.... dah lapar sangat. Pasembor tu sempat le snap.........Silakan.
No comments:
Post a Comment