Saturday, November 29, 2008

Berkelah di Air Terjun Lubuk Semilang

Hujung minggu tak tau apa nak buat, jadi kami merancang untuk pergi berkelah. Destinasi pertama kami ialah di Air Terjun Lubuk Semilang. Ianya lebih kurang 5 km dari rumah kami. Kami sampai lebih kurang jam 9.30 pagi, awal tu. Orang pun takde lagi, cuma ada pekerja-pekerja kebersihan dan satu couple je. Tempatnya sungguh menarik dan airnya sungguh sejuk dan nyaman. Tempat ni juga sungguh bersih dan dijaga rapi oleh JPS Langkawi. Apa lagi, kami cari tempat yang sesuai dan mandilah. Mula-mula tu memang sejuk. Aliff sampai menggigil. Tapi dah lama berendam tu seronok pulak. Tengahari pada masa kami bersiap-siap nak balik, barulah ramai pengunjung sampai. Rupe-rupenye orang di sini berkelah dari tengahari sampai petang. Haru betul. Silap timing. hehehe.
Banyak lagi tempat-tempat menarik di Langkawi ni dan kami akan sampai nanti, Tungguuu!!!





Friday, November 28, 2008

Tunai Janji

Pada masa abah update blok ni, anak-anak sedang seronok mandi di kolam renang. Sebenarnya ini adalah merupakan janji yang kena abah tunaikan kepada anak-anak kerana sebelum mereka datang ke Langkawi ni, abah dah berjanji untuk bawa mereka mandi kolam. Jadi nilah janji yang telah tertunai. Pagi ni semua bangun awal kerana nak pi mandi kolam. Seronok betul mereka.

Thursday, November 27, 2008

Santai

Ari ni lepas waktu pejabat, on the way nak balik rumah tu, kami singgah di Taman Permainan sat. Sambil rehat tu dapat gak le anak-anak bermain-main. Dapat le juga nak hilangkan bosan anak-anak. Lepas tu pi pulak ke Jeti Pelancongan Kuah tengok matahari terbenam. Cantik betul.

Monday, November 24, 2008

Penat kemas rumah

Yang abah x seronok tang pindah ni ialah nak kemas rumah. Tambah2 pulak minggu ni di tempat kije abah memang sibuk betul. Kami kena jadi tuan rumah persidangan APCCA. Jadi, Menteri Dalam Negeri datang buat lawatan di tempat kije abah. Abah pulak dilantik untuk persiapan makan minum mereka. Alhamdulillah ianya telah berjalan lancar dan tugas tersebut telah selesai pada hari ini. Tq kpd. semua yang membantu melancarkan tugas abah.
Dalam masa yang sama terima kasih juga kepada MA kerana telah kemas rumah sewa baru kami. Cepat juga MA kemas rumah ni ye. Dalam masa seminggu dah selesai. Terima kasih juga kepada Tok Mek kerana membantu. Lepas ni boleh le bawa famili ronda-ronda tempat menarik di Langkawi.

Sunday, November 16, 2008

Selamat Datang ke Langkawi

Akhirnya famili abah sampai juga di Langkawi setelah sekian lama terpaksa berpisah dengan abah.

Saturday, November 15, 2008

Pindah

Setelah hampir 4 bulan berada di Langkawi tanpa ditemani keluarga tercinta, akhirnya mereka dapat pindah juga. Pada 13.11.2008, kerja2 packing barang untuk dibawa ke Langkawi telah pun bermula. Sebahagian saja barang2 abah bawa. Sebahagian lagi terpaksa tinggalkan di rumah.


Mek pun ikut sama ke Langkawi. Csue, Teh, Cuda, CheZa dan Ayah Cik sempat menghantar kami di Jeti Kuala Kedah.

Friday, November 14, 2008

Asyraf - UPSR 5A

TAHNIAH

Sinar Harian - Jumaat 14.11.2008

Wednesday, November 12, 2008

Majlis Penyampaian Hadiah SK Seri Berang


Pada 12.11.2008 telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar-Pelajar Cemerlang bagi SK Seri Berang. Anak abah Asyraf dan Amirul banyak kali juga naik pentas untuk menerima hadiah. Dalam majlis ini juga telah diumumkan Tokoh Pelajar Tahun 2008 SK Seri Berang jatuh kepada anak abah Asyraf. Terkilan juga abah kerana tak dapat menyaksikan majlis tersebut kerana ada urusan di Kuala Terengganu. Tapi Ma tetap ada bersama meraikan kejayaan tersebut. Abah harap Asyraf akan dapat 5A yang akan diumumkan besok. Kalau Tokoh je tapi tak dapat 5A, malulah.

Sunday, November 9, 2008

Happy Birthday Aliff

Selamat Hari Jadi yang ke-2, Aliff. Atas permintaan Aliff sendiri, kali ni kami sambut di KFC. (Bila abah tanya "Alif nok makang mane", die jawab " eh chi" ..... KFC la tu!.)

Biasalah - orang lain sambut hari jadi, orang lain yang kenyang. Tuan punya diri tu asyik bermain kat playground je.

Thursday, November 6, 2008

Cuti balik kampung

Assalamualaikum. Stat besok 7.11.2008 hingga 15.11.2008 abah akan bercuti dan balik kampung. Jadi abah nak maklumkan, kalau sapa ada singgah rumah abah, bagi salam tapi tak berjawab tu harap maklumlah. Abah minta maaf. Abah akan balik semula pada 16.11.2008. Lama tu...... x pe le sekali sekali, lama tak jumpa anak isteri abah. Tunggu abah ye.....

Wednesday, November 5, 2008

Berita Gembira

Untuk makluman anak-anak, abah telah dapat rumah sewa di Langkawi ni. Semalam abah telah gi bayar deposit dan sewa serta buat proses2 lain yang berkaitan termasuk tandatangan surat perjanjian di Pejabat Peguam. Abah dapat umah di Taman Kenari. Insya Allah minggu depan kita akan pindah.

* Ini gambar2 yang abah sempat snap petang tadi.

Ni pintu masuk ^


Gambar rumah dari luar ^




Parking lot ^

No. Parking Lot ikut no. rumah le... ^

Surau..... depan rumah je.... ^

Sekolah pula abah telah survey 2 hari yang lepas. Dekat je dengan umah tu. Tahun depan Amirul akan bersekolah di SK. Sungai Menghulu, Kuah manakala kakak n Asyraf pula akan bersekolah di SMK Kelibang, Kuah. Kedua-dua sekolah ni adalah di tempat yang sama. Macam SK Seri Berang and SMK Seri Berang lah.

Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu ^


Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang ^

Tuesday, November 4, 2008

Melancong

Semalam semasa abah keluar ronda-ronda di Pekan Kuah, abah perhatikan ramai betul pelancong2 dari dalam dan luar negara datang ke Langkawi untuk melancong dan melawat tempat2 yang bersejarah dan menarik. Antara pelancong dalam negara adalah terdiri daripada budak2 sekolah. Maklum saje le dah dekat nak cuti sekolah ni, murid-murid tahun 6 tu biasanya ada program lawatan. Laku betul beg dan coklat serta pingan mangkuk kerana barang2 ni memang murah di Langkawi. Duty Free katakan. Nampaknya untng besarlah Idaman Suri dan Ismail Group.

Anak abah Asyraf pun tengah dalam lawatan ni. Tapi rombongan sekolah mereka pergi ke Pulau Pinang.

Kepada mereka yang datang ke Langkawi tu abah ucapkan selamat datang, selamat melancong dan selamat membeli-belah.