Tuesday, November 4, 2008

Melancong

Semalam semasa abah keluar ronda-ronda di Pekan Kuah, abah perhatikan ramai betul pelancong2 dari dalam dan luar negara datang ke Langkawi untuk melancong dan melawat tempat2 yang bersejarah dan menarik. Antara pelancong dalam negara adalah terdiri daripada budak2 sekolah. Maklum saje le dah dekat nak cuti sekolah ni, murid-murid tahun 6 tu biasanya ada program lawatan. Laku betul beg dan coklat serta pingan mangkuk kerana barang2 ni memang murah di Langkawi. Duty Free katakan. Nampaknya untng besarlah Idaman Suri dan Ismail Group.

Anak abah Asyraf pun tengah dalam lawatan ni. Tapi rombongan sekolah mereka pergi ke Pulau Pinang.

Kepada mereka yang datang ke Langkawi tu abah ucapkan selamat datang, selamat melancong dan selamat membeli-belah.