Wednesday, November 12, 2008

Majlis Penyampaian Hadiah SK Seri Berang


Pada 12.11.2008 telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar-Pelajar Cemerlang bagi SK Seri Berang. Anak abah Asyraf dan Amirul banyak kali juga naik pentas untuk menerima hadiah. Dalam majlis ini juga telah diumumkan Tokoh Pelajar Tahun 2008 SK Seri Berang jatuh kepada anak abah Asyraf. Terkilan juga abah kerana tak dapat menyaksikan majlis tersebut kerana ada urusan di Kuala Terengganu. Tapi Ma tetap ada bersama meraikan kejayaan tersebut. Abah harap Asyraf akan dapat 5A yang akan diumumkan besok. Kalau Tokoh je tapi tak dapat 5A, malulah.

No comments: