Monday, March 31, 2014

CUTI-CUTI FAMILI

25.3.2014 - SELASA
Pada cuti pertengahan penggal 1 persekolahan yang lepas, kami sekeluarga telah merancang untuk jalan-jalan sambil cari makan. Destinasi utama kami ialah di Taiping dan Penang. Tapi sebelum ke destinasi yang dirancang, kami telah bertolak balik ke Kelantan terlebih dahulu untuk bertemu bonda.

26.3.2014 - RABU
Semalaman di rumah bonda kami bertolak ke Terengganu untuk mengambil 'result' SPM anak di SMS Sultan Mahmud. Alhamdulillah beliau telah mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi 7A + 2B. Walaupun tidak mencapai target 9A sebagaimana yang kami harapkan, kami tetap bersyukur dengan pencapaian tersebut.  


Sempat ke Pasar Payang untuk beli keropok.

Perjalanan diteruskan dan memandangkan hari sudah petang, kami singgah dan bermalam di Hotel Iman  Bukit Bunga.

Hotel Iman Bukit Bunga


Sarapan di 'Warung Teh O Beng'

27.3.2014 (KHAMIS)
Selesai sarapan, perjalanan diteruskan lagi ke Taiping melalui Jalanraya Timur Barat. Setelah bergilir memandu dengan anak-anak, kami tiba di Bandar Taiping. Mujurlah anak-anak dah ada lesen memandu. Asyraf baru saja dapat lesen memandu - belajar memandu semasa  tunggu result SPM.  Setelah pusing-pusing bandar Taiping untuk cari hotel (mujur ada GPS), akhirnya kami bertemu hotel yang sesuai iaitu Hotel Casa Villa. Cantik dan selesai untuk kami 6 beranak (1 katil King Size + 1 katil Queen Size). 

  
Setelah check-in, mandi dan sembahyang, kami teruskan dengan aktiviti jalan-jalan cari makan. Destinasi pertama ialah 'Restoran Mee Udang Mak Jah' di Kuala Sepetang.....apa lagi, perkena mee udanglah. Pelanggan agak ramai pada masa tu tapi servisnya agak cepat. Tak sampai 15 minit kami buat order, pesanan  telahpun sampai. 





Selesai perkena mee udang, kami ke Zoo Taiping pula. Ini request daripada Aliff.  Aliff memang minat dengan zoo, jadi terpaksa masuklah.





Selesai melawat zoo, apa lagi ...... makan lagi. Kali ini perkena Kuey Teow Doli, makanan yang femous kat Taiping ni. Sebelum ni, hanya aku saja yang pernah beberapa kali sampai di Restoran Doli ni bersama rakan-rakan semasa ada tugas di Taiping, tapi kali ini bawa famili pula. Memandangkan perut masih lagi kenyang, kami hanya order 3 pinggan je. Itupun hampir sejam menunggu baru sampai..... pelanggan ramai.




Pada sebelah malam pula, setelah berehat, mandi dan sembahyang, satu lagi destinasi cari makan kami yang terakhir di Taiping ini ialah Yong Tow Foo belakang bomba. Tempat ni taklah jauh sangat dari hotel penginapan kami, lebih kurang 5 minit berjalan kaki je.  





28.3.2014 (JUMAAT)
Keesokan harinya setelah check-out, kami bertolak ke destinasi kedua kami iaitu  Pulau Mutiara - Pulau Pinang melalui Jambatan kedua - Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Target nak makan Pasembor. Itu permintaan Amirul. Dengan berpandukan GPS, kami telah tiba di Padang Kota Lama, destinasi yang dirancang. Memandangkan dah hampir masuk waktu sembahyang Jumaat, kami tinggalkan kereta di parking lot Padang Kota Lama dan aku, Asyraf dan Amirul mencari masjid untuk sembahyang Jumaat. Hampir setengah jam berjalan dalam cuaca agak panas, barulah berjumpa dengan masjid  Kapitan Keling. Itupun setelah bertanya dengan seorang lelaki India yang kami jumpai. Nak tanya orang melayu, sorang pun tak jumpa. Setelah selesai sembahyang jumaat, kamipun ke Medan Selera Padang Kota Lama untuk makan pasembor.  Banyak juga yang kami order. Tapi orang meja sebelah lagi banyak, pasembor sajapun dah RM70.00 tak termasuk minuman....makan ke apa.


Jambatan kedua Pulau Pinang
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


Sembahyang Jumaat di Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang




Pasembor Padang Kota Lama

Selesai makan pasembor, kami bertolak ke Alor Setar. Tapi dalam perjalanan mencari jalan keluar dari Pulau Pinang, kami sempat singgah di 'Queensbay Mall', antara sebuah pusat membeli belah yang terkemuka di Pulau Mutiara. Sebenarnya kami singgah di sini atas permintaan Aliff untuk ke 'Toy R Us', nak beli mainan katanya. Tapi maklum sajalah harga toys kat sini bukan main 'gila' mahalnya. Mujurlah Aliff faham dan tak mengamuk. 







Pujuk Aliff untuk main mainan ni je. Mujur makan pujuk.

Perjalanan diteruskan ke Alor Setar, tapi kami terperangkap selama hampir 2 jam dalam kesesakan jalanraya bermula di Sungai Dua hingga ke simpang Kulim. Kami tiba di tempat penginapan di T-Hotel Alor Setar dah hampir jam 9.00 malam. 

29.3.2014 (SABTU)
Keesokan harinya, sebelum pulang ke Langkawi, kami pusing-pusing bandar Alor Setar dan makan tengahari di gerai makan  Stadium. Selepas tu pi cari kedai moto... Asyraf nak tengok motor pulak. Maklum jelah baru dapat lesen, B full pulak tu.


Inilah moto yang Asyraf berkenan.

Percutian kami sekeluarga selesai setelah 5 hari perjalanan melalui 5 buah negeri, Kedah-Kelantan-Terengganu-Perak-Pulau Pinang-Kedah.

KILIM GEOFOREST PARK

Dah agak lama tak update blok ni. Hari ini setelah ada sedikit masa terluang, cuba-cuba update satu entri yang baru. Cuti sekolah beberapa hari lepas, kebetulan adik iparku bersama isterinya datang melawat Langkawi, kami telah mengunjungi Kilim Geoforest Park.  Dah masuk 5 tahun berada di Langkawi, inilah 'first time' aku dan famili ke Geopark ini. Memang sungguh indah dan menarik sekali pemandangan di sini.