Sunday, April 26, 2009

Bukit Merah

- EDISI KHAS -

Baru-baru ni iaitu pada 23.4.2009, kami 'member2 opis' pi ke Bukit Merah, Perak untuk menjalani satu 'kursus' dalaman buat staf. Seramai lebih kurang 22 orang peserta mengikuti rombongan ini. Kami bertolak dari Balai Pengawal AKM lebih kurang jam 8.00 pagi dan menaiki feri jam 8.30 pagi.

Rombongan semasa di dalam feri ke Kuala Kedah

Sebelum menaiki bas tu apa lagi, kami berhentilah untuk sarapan di Gerai RM2.00 iaitu di sebelah Jeti Kuala Kedah.


Selama 3 hari 2 malam kami berada di Bukit Merah, kami menginap di Suria Service Apartments, Bukit Merah Laketown. Selesai saja 'check in' di tempat penginapan, kami terus ke Penjara Taiping. Di sini kami telah berpeluang untuk melawat Galeri Penjara dan selepas itu minum petang bersama Pengarah Penjara Taiping.



Sebahagian peserta rombongan bergambar di hadapan Apartment.

Selesai saje lawatan ke Penjara Taiping, kami singgah sekejap di Muzium Perak, terletak berhadapan dengan penjara Taiping. Tak banyak tempat yang boleh kami lawati di sini kerana Muzim Perak sedang dalam proses penyelenggaraan. Jadi bergambar jelah.


Selesai bergambar di Muzium Perak, kami terus ke Kuala Sepetang. Untuk apa? Untuk apa lagi kalau bukan untuk pekena mee banjir udang Mak Teh. Best, satu mangkuk sampai 12 ekor udang, tuu dia.

Gotong Royong memasak dan 'memakan'

Pada hari kedua, sesi 'LDK' kami seterusnya adalah beriadah di Laketown Water Park. Memang meriah betul sampai ada yang tak nak balik. Hampir 2 jam kami di sini, semua peserta tak lepaskan peluang untuk bermain air di water park ni. Aku tak dapat ikut serta kerana demam... Tak upaya lah.


Selesai saja bermain air di water park, kami sekali lagi berkunjung ke Kuala Sepetang. Kali ni kami bersama Pengarah AKM pekena mee udang Mak Jah pula. Bukan sepetang lagi pekena mee udang ni tapi duapetang berturut-turut. Memang best.

Sunday, April 19, 2009

Taiping

Minggu lepas aku ke Taiping menghadiri peperiksaan. Tua-tua pun kena ambil periksa lagi. Kalu ke Taiping ni, tak sah kalu tak makan Kuey Tiaw Doli dan Yong Tau Foo. Lepas saje check in di Hotel, aku bersama rakan-rakan pun pergi ke kedai Doli untuk menikmati Kuey Tiaw Doli ni. Lama tak makan, rupe-rupenye harga dah naik. Kalu dulu special berharga RM5.00, tapi sekarang dah jadi RM8.00. Jadi kami order yang biasa je berhaga RM3.50. Kalau dulu baru berharga RM2.50 je.


Sebelah malam pula kami tak lepaskan peluang untuk makan Yong Tau Foo. Kat Taiping ni, Yong Tau Foo nya memang sedap. Lokasinye belakang Balai Bomba Taiping. Harganya pun memang berpatutan. Jadi, inilah menu aku kalau datang ke Taiping. Best.

Sunday, April 12, 2009

Pesta Air Langkawi

Pada 10 dan 11.4.2009 lepas diadakan Pesta Air Langkawi bertempat di Pantai Cenang. Ramai sunggoh pelancong dan penduduk tempatan hadir pada majlis tersebut. Kami sekeluarga pun tak lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan lagi pesta tersebut. Banyak acara-acara diadakan sempena pesta air ini antaranya acara tarik tali pantai, tangkap itik, bola tampar pantai dan banyak lagi.

Lagi gambar menarik sila klik di sini.

Friday, April 10, 2009

Selamat Hari Jadi Mirul

Pada bulan April setiap tahun, kami akan menyambut ulang tahun kelahiran sebanyak 3 kali, iaitu pada 4 April untuk Ma, 10 April untuk Amirul dan 27 April untuk Asyraf.

Hari ni, 10.4.2009 adalah giliran Amirul, di mana hari ni genap umur 10 tahun bagi anak ke-3 ku ini. Hadiah hari jadi paling berharga buat Amirul ialah menaiki payung terjun di Pantai Cenang.


Hadiah paling berharga buat Amirul

Wednesday, April 8, 2009

Baru Lega

Setelah 8 hari berpenat lelah menghadiri kursus siang dan malam, maka hari ni barulah rasa lega. Kursus yang aku hadiri ni taklah penat sangat. Maklumlah berkursus ditempat kerja sendiri. Tapi tang tak seronoknya kursus ni sampai malam. Jam 10.30 malam baru habis. Mengantuk tu toksah kiralah. Dengan selesainya kursus ni, maka genaplah syarat aku sebagai pegawai kerajaan untuk hadir kursus selama 7 hari setahun. Dah lebih pun. Bolehlah aku tumpukan perhatian untuk persiapan peperiksaan pengesahan jawatan aku pada minggu hadapan. Terpaksalah perah otak lagi.

Monday, April 6, 2009

Perdana Menteri Malaysia



RAHMAN

R - Rahman

A - Abdul Razak

H - Hussin Onn

M - Mahathir

A - Abdullah

N - Najib

Saturday, April 4, 2009

Friday, April 3, 2009

Pantai Kok

Pantai Kok adalah merupakan salah satu destinasi menarik di Langkawi. Jaraknya adalah lebih kurang 24 km daripada Pekan Kuah. Ia terletak di jalan menuju ke Telaga Tujuh/Kereta Kabel/Gunung Mat Cincang iaitu berhampiran Burau Bay. Berada di pantai ini kita dapat menyaksikan pemandangan indah kapal-kapal layar yang sedang berlabuh.


Wednesday, April 1, 2009

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool’s Day ini, adalah dipercayai mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Sebagai helahnya, penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diserata dunia sebagai April Fool’ day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita…