Monday, January 11, 2010

Perjalanan Balik

Setelah menghantar anak-anak ke asrama di Terengganu, kami bertolak balik pada awal pagi 3.1.2010. Kami bertolak dari Kuala Berang jam 6.30 pagi kerana nak dapatkan feri jam 5.00 petang. Masa tu Aliff pun masih belum bangun lagi, terpaksa angkat masuk dalam kereta. Kami berhenti di puncak Titiwangsa untuk berehat dan mandikan Aliff. Aliff kata chejukkkk.

Aliff tak pernah-pernah hisap puting. Balik Kuala Berang menangis2 nak hisap puting. Terpaksalah belikan. Tapi mujur tak lama, 2 hari je. Lepas tu tak nak le dia.....

Inilah gaya Aliff, mesti peace....


Aliff sempat lagi bergambar berlatar belakangkan kabus.


Dah jam 10.00 pagi tapi kabus masih tebal.

Bekok Chobong, Biru Khetu

Khamis lepas (7.1.2010), semasa tergesa-gesa nak ke dewan peperiksaan, kaki aku telah tergelenchos (bahasa kelate tu) di tangga pejabat ku menyebabkan kaki kiriku terseliuh. Selepas habis peperiksaan, terpaksalah pergi ke klinik untuk buat rawatan. Sebenarnya MA yang memeriksaku nak bagi MC, tapi aku menolak sebab dalam kursus dan sedang menjalani peperiksaan. Jadi dia bagikan aku light duty selama seminggu. Dalam beberapa hari ni kakiku terpaksalah berbalut dan jalanpun terpaksa terhenjut-henjut.


Tengok saja kakiku bekok chobong dan biru khetu akibat terseliuh itu....Sakit taksah kiralah, terpaksalah makan pain killer.


BBQ di Rumah Che Za

Sebenarnya entri ni dah lama nak aku uploadkan. Tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan, maka malam ni barulah ada sedikit kesempatan. Pada 27.12.2009 yang lepas kami berpeluang untuk balik ke Kelantan dan Terengganu setelah aku diberi cuti selama 1 minggu. Jadi sempatlah aku bawa keluar kereta, ambil masa satu hari juga.... Sampai di Sungai Petani, kami sekeluarga sempat tidur satu malam dirumah adik ku di Tikam Batu, Kedah. Seronok juga pada malam tu dapat berkumpul bersama adik-beradik dan anak buah yang tinggal di Sungai Petani. Malam tu Che Za adik aku yang no. 3 buat BBQ kat rumah dia. Memang seronok sekali, tq Che Za & Ayah Chik sekeluarga.

Ada sosej, ayam, ikan, kambing, udang dan jagung.


Tuesday, January 5, 2010

Niat dihati.....

Banyak cerita yang hendak di update tapi sayang masa tak ada. Buz dgn. assignment dan exam. Niat dihati tu memang nak update blog ni, tunggulah masa yang sesuai. Web institusi pun belum sempat nak update. Bos dah mula bising. Apa nak buat masa tak mengizinkan. Kita tunggu masa yang sesuai.....