Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN


Lagu raya dah mula rancak kedengaran di corong-corong radio. Feri pun dah mula kuat bunyikan hon, nak panggil penumpang yang nak balik kampung cepat-cepat naik feri sebab feri dah nak mula bertolak. Aku sendiri tengah hari ni kenalah beli tiket feri untuk balik awal pagi besok. Hai! seronok le orang yang dapat balik raya bersama sanak saudara di kampung. Bagi yang tak dapat balik tu aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidi Fitri, Maaf Zahir Batin.

Thursday, September 25, 2008

Harge minyak turun

Semalam Pak Lah umumkan harge minyak turun lagi 10 sen. Alhamdulillah syukur. Sejak tahun 2004 hingga kini harge minyak naik agak ketara sekali menyebabkan hidup rakyat dalam kesempitan. Almaklumlah bila harge minyak naik harga barang-barang pun naiklah. Tapi bila harge minyak turun, harge barang tak turun pun malah makin mahal ade le. Terutama dekat-dekat raye ni.

Sumber: cilok dari Malaysiakini

Tengok saje le tambang bas dah naik. Tambang feri dah lama naik. Kos hidup di Langkawi ni amat tinggi bagi mereka yang berasal dari "tanah besar". Bayangkan berapa kos yang mesti ditanggung oleh rakyat "tanah besar" yang kerja di Langkawi bila nak balik. Tambang feri ke Kuala Kedah RM23.00, ke Kuala Perlis RM18.00. Tambang bas lagi kalau dulu RM46.00 (harge kalau beli di Langkawi) dari Kuala Perlis ke Kuala Berang. Itu satu hala je. Bayangkan kalau pergi balik. Nak bawa kereta pulak kos tambang feri lagi tinggi. Kereta biasa je dah RM120.00. Kalau MPV yang aku pakai tu lagi le mahal. Patutnya kerajaan kena fikir-fikirkan masalah ni untuk bagi elaun wilayah kepada kakitangan awam dari "tanah besar" yang bertugas di Langkawi sebagaimana yang diberikan kepada mereka dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak macam aku dapat dulu semasa bertugas di Sabah. Dapat le tampung sikit belanja harian......... Aku pun x tau bila le nak jadi PM @ Menteri Kewangan ....

tag, tag, tag !!!

Ari, ari mok nik ata tag. Kalu ata kad raya ko, duit rayo ko, kueh rayo ko, sekut rayo ko bagus gak.

1. Nama timangan
- Kawan panggil Li
- anak sedara panggil Ayoh Ngoh
- anak sedara sebelah isteri panggil Ayoh Li

2. Saya seorang yang...
- ??? pemalu kot ( tak juge)
- Tak pemalu kot ( tak juge)
- Muke tak malu (jauh sekali)
- pendiam ( tapi kalu dah bercakap x tau nak diam)
- garang ( kalu dgn bandu.... )
- penyayang ( kalu dgn isteri ..... ye ke MA.... perasan).
- tegas ( kalu dgn anak.... tapi bertempat)

3. Insan2 teristimewa
- mesti la isteri, anak-anak, mek2, ayah2 dan famili

4. Makanan
- x kesah
- x suka makanan yang manis2 (Dr mare....)

5. Favourite colour
- Dari dulu sampai skrg - biru

6. Favourite songs
- Lagu2 yg boleh mendatangkan nostalgia lalu.

7. Benda yg buat anda stress
- bila kerja datang last minit.... cukup haru biru. Biasanye bila orang lain tak dapat buat, kitalah yang kena tanggung bebannya.

8. 3 benda dlm wallet
- duit (kekadang tu boleh kejap ada kejap x de gak... hehehe)
- Astro (macam2 ade...)
- Bank card n kredit card (yang ni mesti)

9. Kali terakhir menangis beriya-iya
- malu nak cite takut hilang maco.

Wednesday, September 24, 2008

Majlis Berbuka Puasa



Sempena hari baik bulan baik ni, opis abah ada buat majlis Khatam Quran Staf dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan miskin. Setelah sebulan bertadarus, maka sampailah masanya untuk kami khatam Quran. Ari tu dapat le juga selai kain pelikat sebagai cendera kenangan kepada semua staf yang bertadarus sepanjang bulan puasa ni.... Maka bertambah lah satu helai lagi koleksi kain pelikat abah..

Tag lagi

Nok jawab pun sedih!!!!!

1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Malah nok cite. Taun ni agoknye beli utk anak2 je lah. Utk. diri sendiri tu pakailah yang mane ade. Dapat balik pun dah kire mujur. uuuuuwaa!

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Nasi minyak, Nasi beriyani and nasi dagang.

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Biskut ni not my favourite. Kacang-kacang tu boleh le.

4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Tang ni dok pening pale tengoh pikir. Pada anok-anok sedara tu, kalu x dapat duit raye taun ni jange maree deh.

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Biasanye masak le. Sampai kul 3 - 4 pagi. Ooi penat tapi seronok.

Tag dari Mok Nik (Ayu)



My top 10 most favourite food:

1. Nasi minyak / beriyani
2. Nasi Dagang lauk itik serati
3. Nasi belauk klate lauk ike ayo
4. Mee Hoon Goreng
5. Mee bandung
6. Lawa (Kerabu ikan) ... ye kan long
7. Kerabu (apa-apa saje lah- Mangga, perut dll)
8. Nasi Kandaq
9. Mee Maggi (ingat jaman dok asrama di SIC)
10.Pasembor

10 things i love to do:

1. tidur
2. Kemas laman rumah
3. Berkaraoke (new)
4. Berenang ( new)
5. Memancing
6. Intai blog orang
7. Berangan ( memang selalu)
8. Memasak (semua dah tau kan)
9. Tengok orang jual ubat (hehehe)
10. Bawa Alif round dgn. moto petang2

5 types of guys I adore:
(Ni MA kena jawab)

5 things i love doing when I'm emo:

1. Berkurung dalam bilik(ada lagi perangai bebudak)
2. Round dgn. moto (tanpa tujuan)
3. Menangis dalam hati (Nak nangis betul malu)
4. Tidur (boleh le rehatkan fikiran)
5. MA saje yang tau..... hehehe

5 things I love doing when I'm happy:

1. Bawa famili bersiar & shoping
2. Makan
3. Masak yang best2
4. Ada saje kerja yang nak dibuat.
5. Ni pun MA juge yang tau.... hahaha

10 ways to win my heart:
(Semua sifat ni ada pade MA)

1. Jangan mengada-ngada
2. Jangan pakse-pakse
3. Selalu senyum
4. Caring
5. Penyayang
6. Pandai ambik hati
7. Jangan terlalu memuji
8. Jangan berbohong
9. Pandai memasak
10. Rajin mengemas

My top 5 most favourite junk food:

1. Ais krim
2. Asam-asam & jeruk2
3. Keropok & keropok lekor
4. Sata & otok-otok (Kalu boleh dikira junk food la)
5. colek

5 things I wish it could happen:

1. Dapat duit banyak (dah mesti le mok nik deh)
2. Nok buat Haji & Umrah
3. LapTop & HP baru
4. Pakai moto besar. (Lesen besar adoh doh cuma moto belum dpat beli agi)
5. Melancung ke luar negara.

My top-10 recently most addicted songs:
(Kalau dengan lagu dalam Blog ni, tu la dia)

Tuesday, September 23, 2008

Anugerah Iman Mithali

Bangga sungguh abah bila terima berita dari Ma memaklumkan anak abah Asyraf dapat Anugerah Iman Mithali sempena Majlis Khatam Quran Sekolah Kebangsaan Seri Berang hari ini. Ini semua adalah berkat didikan Ma jua yang sentiasa mengambil berat pendidikan agama anak-anak.

Thursday, September 18, 2008

Melukis

Dulu Abah ni suka melukis. Tapi dah lama abah tinggalkan minat tu. Tapi sekarang kerana ada masa sikit tu abah sketch lah gambar anak-anak abah. Nilah hasilnya. Boleh caye ke. hehehe.....

Wednesday, September 17, 2008

Tadarus Al-Quran

Setiap pagi di akademi ni antara jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi ada Tadarus Al-Quran. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan abah kena Kumpulan 1. Jadi setiap hari adalah orang mengaji kat surau tu. Insya Allah Majlis Khatam Quran akan diadakan pada minggu hadapan.

Rutin Harian

Dah berapa hari abah x update blog ni. Tak tau ape nok tulis. Tiap-tiap hari rutin biase je.

7.45 pagi - Dah pergi kerja
1.00 ptg - Rehat (di pejabat je... malas nak balik bilik)
2.00 ptg - sambung kerja
5.00 ptg - Balik ke bilik
6.00 ptg - Ke Pasar Ramadan untuk beli juadah berbuka & sahur
7.23 mlm - Berbuka puasa, sembahyang maghrib
8.35 mlm - Sembahyang Isyak & tarawikh
10.30 mlm - Tidur
4.30 pagi - Sahur
5.56 pagi - Sembahyang Subuh
7.00 pagi- Bersiap utk. pergi kerja

Cuma semalam abah ada majlis berbuka puasa bersama Pengarah dan staf akademi. Menunya ialah nasi beriani, ayam pedas dan dalca. Sedap juga masakannya. Tapi sori gambar tak sempat nak snap. x bawa kamera.

Sunday, September 14, 2008

Cari Rumah Sewa

Selama 2 ari ni abah dok pusing-pusing sekitar Pekan Kuah cari rumah kot ada orang nak bagi sewa. Al-maklum saje lah dah hampir 2 bulan abah dok menumpang di asrama peserta kursus. Abah ada juga isi borang permohonan untuk sewa rumah LADA. Tapi mungkin lambat lagi le nak dapat...... kena Q. Kesian anak-anak abah dah nak datang sangat ke Langkawi. Cadangan abah nak bawa famili mai Langkawi cuti sekolah bulan 11 ni. Di samping tu nak pindah le barang-barang rumah tu separuh.
Jadi sape-sape yang tersinggah tu dan ada rumah @ tahu ada rumah untuk disewa di sekitar kawasan Kuah, tolonglah bagitau ye. Tapi sewa umah tu jangan le mahal sangat.... Jangan le lebih RM300.00 sbb saya tak mampu. Hehehe.

Saturday, September 13, 2008

Kena Tag ke Mok Nik

Tak pasal2 ari ni abah kena tag ke Mok Nik!? Malas rasanya nak perah otak. Tapi takpe lah abah cuba jawab:-

3 PERKARA - RAMADHAN

1 ) BERIKAN PENDAPAT MENGENAI PASAR RAMADHAN DI KAWASAN ANDA.
Ni nak cite pasal Pasar Ramadhan di Pekan Kuah, Langkawi. Meriah sungguh dan macam-macam ade. Tapi abe dok perati ramai gak ore Sie dok jual. Terutamanye jual somtam. Di sini ado gak jual ulam-ulam yang dah di celor dan sambal belacan pun ado jual. Lain-lain tu lebih kurang sama dengan tempat lain lah. Dok sini terpakse le tiap2 ari gi pasar ramadhan. Kalu tak terpakse buko dengan maggi lah. Kesiaaan OBJ.

2) APA YANG ANDA SUKA DI DALAM BULAN RAMADHAN YANG TIADA DI DALAM BULAN LAIN.
Apa lagi. Pasar Ramadhan lah. Sebab kalu bulan Syawal orang x panggil Pasar Ramadhan. Hehehe loyar buruk.

3) SIAPA ANDA DI DALAM BULAN RAMADHAN INI
Aku adalah aku.... Tiada lain selain aku.....


3 PERKARA-SYAWAL

1)KEUTAMAAN PERSIAPAN SYAWAL UNTUK........
Mula-mula famili, kedua-famili dan lepas tu barulah famili.....

2)DENGAN SUASANA EKONOMI SEKARANG, ADAKAH IANYA AKAN MENJEJASKAN SYAWAL ANDA??
Dok lah sebab tahun ni kan dapat bonus. Kalu tahun lepas memang ye..... 'Mujur ade Pilihanraya kecil Permatang Mangga'... baru dio tau!

3) VISI SELEPAS SYAWAL................
Nok buat persiapan untuk Raya Aidul Adha pulok....Hahaha


Mok Nik, kalu ado tag lagi post lah. Tak dok kije ni..... n tolong tag Kak Long sekali.

Thursday, September 11, 2008

Peristiwa 11 Sept - Renungan


Sedar tak sedar sudah 7 tahun peristiwa itu berlalu.

UPSR

Insyaallah.

Hari Pertama Berbuka di Langkawi

Setelah 8 hari berbuka puasa di rumah maka ni lah ari pertama abah berbuka seorang diri di Langkawi. Ari ni terpaksalah abah beli juadah berbuka di Pasar Ramadan Pekan Kuah. Memang banyak sungguh juadah sampai tak tau mana nak pilih. Jadi ari pertama ni abah pilih Nasi Kandar Lauk Daging, Somtam betik dan tauhu sumbat. Cukup lah untuk abah sorang makan.


Sebelum berbuka tu doa dulu ye. Bismillahirahmanirrahim. Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.
Syukur, inilah nikmat yang Allah berikan untuk Ku berbuka pada hari ini...

Wednesday, September 10, 2008

Menu Berbuka

Selamat menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa Abah ucapkan kepada isteri dan anak-anak abah di Kuala Berang serta suku sakat abah yang singgah di laman blog yang tak seberapa ni. Nak wish Selamat Hari Raya pun lambat lagi. Cuma ari ni abah nak cite sikit pengalaman abah semasa balik bercuti di kampung selama 12 ari lepas. Cuti kerja dan terus juga cuti bloging. Lebih sebulan abah tak bersama keluarga, amat terasa seronoknye bila dapat berkumpul semula. Ari pertama pose tak le spesel sangat menu yang abah masak. Cuma antaranye ialah tomyam seafood dan ikan siakap sweet n sour. Tak le macam adik abah yang kat SP tu, macam-macam menu ade. Hei Mok Nik, abih ko make tu. hehehe.


Yang ni pulak tak tau ari ke berapa pose abah buat kurma daging dan kerabu perut.