Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Monday, July 27, 2015

AMIRUL MASUK SBP

Sebenarnya cerita yang nak aku kongsikan ni bukanlah cerita baru. Tetapi memandangkan inilah masa yang aku ada untuk aku coretkan cerita ini, maka aku gagahkan juga. 

Anak ketiga kami, Mohamad Amirul Hafizi telah ditawarkan untuk menyambung pembelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), setelah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 tahun lepas. Beliau telah ditawarkan belajar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Kangar Perlis. Alhamdulillah. Beliau dikehendaki lapor diri untuk mendaftar pada 25.2.2015.Persiapan awal telahpun kami buat, walaupun pada awalnya Amirul agak keberatan untuk meninggalkan keluarga dan sekolah lama serta rakan-rakannya.

Pada 17.2.2015 aku, Amirul dan abangnya Asyraf yang kebetulan sedang cuti semester, telah bertolak ke Kuala Berang terlebih dahulu kerana aku ada urusan untuk memeriksa dan membaiki rumah sewa ku di Kuala Berang kerana ada penyewa hendak menyewa rumah tersebut. Kami bertolak menaiki Langkawi Auto Ekspress dari Langkawi.



Kami sampai di Kuala Berang dah agak lewat malam, dah memang kebiasaan begitu. Sayu juga bila tengok rumah telah dikelilingi semak samun kerana dah lebih 2 bulan tidak berpenghuni. 



Keesokan paginya bermulalah tugas kami 3 beranak membuat operasi kebersihan dan membaiki kerosakan. banyak juga lah ye. Tengoklah perbezaannya.







Daripada potong rumput, tebas pokok, tukar pintu yang rosak, baiki paip tersumbat, tukar kipas ceiling, tandas tersumbat, cuci tangki air dan sebagainya. Semua buat sendiri. Mujurlah ada 2 orang hero ku yang membantu. Kesemuanya ambil masa 6 hari, penat tidaklah terkata. Kebetulan masa tu cuti tahun baru cina. Dapatlah cuti lama sikit.

24.2.2015 kami bertolak awal pagi dari Kuala Berang ke Kuala Perlis. Kami Check in di Hotel Brasmana Kuala Perlis, sementara menunggu isteri dan 2 anakku tiba dari Langkawi. 




Aktiviti sebelah malamnya bila semua dah berkumpul (cukup korum), apa lagi makan-makan la. Lokasi kami untuk makan-makan malam ini ialah di medan ikan bakar Kuala Perlis berhadapan dengan hotel penginapan kami. Pilih jangan tak pilih, memang fresh..... hargapun fresh jugak.





Pada 25.2.2015, tibalah masa yang dinantikan oleh Amirul dan kami semua, pendaftaran di SBP. Kami awal-awal pagi dah bertolak ke sana.










Selesai saja s esipendaftaran dan shopping keperluan yang masih kurang, kami pulang semula ke tempat penginapan dan keesokannya kami berangkat pulang ke Langkawi dengan menaiki Langkawi Auto Ekspress. Satu perjalanan yang agak panjang tetapi menyeronokkan.

Sunday, June 8, 2014

PENDAFTARAN ASYRAF - UTM KL

Alhamdulillah anak kedua kami Asyraf diterima masuk ke UTM KL untuk melanjutkan pengajian dalam Diploma Kejuteraan Elektronik setelah mendapat keputusan 7A 2B dalam SPM tahun 2013. Jadi kami sekeluarga bersiap apa yang patut untuk menghantar beliau ke KL. Sayang, Adila tidak dapat ikut kerana tak diluluskan cuti oleh majikan tempat dia bekerja .  

30.5.2014 - JUMAAT

Seawal 6.50 pagi kami sekeluarga telah bersiap untuk ke Jeti Kuah. Kereta sehari sebelum telah dihantar melalui Dermaga Tanjung Lembung ke Kuala Kedah. Kami menaiki Feri ke Kuala Kedah pada jam 8.45 pagi. Tiba di Jeti Kuala Kedah lebih kurang jam  10.30 pagi. Setelah urusan mengambil kereta selesai, kami teruskan perjalanan. Sebelum tu sarapan dulu di Kopi Tat Corner (D'Laila Renca Utara), Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, gerai yang selalu kami singgah untuk makan sekiranya keluar dari Langkawi.

Sarapan cum Lunch

Selesai sarapan, kami bertolak ke KL. Cuaca hari ni agak redup dan sekali sekala hujan renyai-renyai. Setibanya di Butterworth hujan mulai lebat.

Setibanya di R & R Sungai Perak, kami singgah untuk berehat dan sembahyang. Orang pun agak ramai sampai kereta pun susah nak parking. Terpaksa anggota RELA yang menjaga.   Kami teruskan perjalanan dan setibanya di Ipoh, hujan sekali lagi turun dengan lebatnya. Terpaksalah memperlahankan kenderaan.



Setelah penat memandu, kami berhenti seketika di R&R Tapah untuk ke tandas dan minum petang. Kerana perut dah rasa lapar, pekena nasi mandhi kambing di Restoran Tuu Dia Pak Tam, sodaap.



Perjalanan diteruskan lagi dan kami sampai ke destinasi penginapan malam ini di rumah adik iparku di Kepong. Alhamdulillah.

31.5.2014 (SABTU) 

Bertolak ke Ampang untuk ke rumah adik ipar ku yang sorang lagi untuk menziarahi ibu dan bapa mertua yang berada di sana. Selepas beberapa kilo 'makan langsat', akhirnya sampai juga ke destinasi yang ditujui. Lepas tu shopping barang-barang Asyraf yang masih lagi berbaki di Giant Ampang. 

Selesai shopping, dengan berpandukan GPS, kami bertolak ke rumah adikku Ley di Bandar Saujana Putra untuk menghadiri majlis Menyambut Hari Kelahiran anaknya Qiqi. Seluruh famili aku termasuk mek berkumpul di sini.







1.6.2014 - AHAD

Kami bertolak awal pagi untuk ke UTM dan pendaftaran  pelajar di buat di Kolej Siswa Jaya. Ingatkan kami orang paling awal, rupanya bila kami tiba, dah ramai mereka yang sampai. Selesai saja pendaftaran dibuat, kami bersarapan di kafetaria kolej tersebut dan selesai saja sarapan kami pun naik ke asrama untuk kemas barang. Alhamdulillah Asyraf dapat asrama di tingkat 1.

Sedang menunggu untuk urusan pendaftaran

Berurusan di kaunter penaftaran

Ma, Amirul dan Aliff sabar menunggu sementara Asyraf menyelesaikan proses pendaftaran

Urusan mengangkut barang ke asrama

Dalam bilik asrama

Sempat lagi ber'selfie....



Antara saudara mara yang turut serta menghantar Asyraf







 Pekena Nasi Arab kat Restoran SABA Titiwangsa

Aliff sempat juga beli mainan di Toy's R Us di KLCC

Sempat juga ke KLCC

Pada sebelah malam, sempat menziarahi nenek saudara sebelah isteri di Hulu Langat 

2.6.2014 - ISNIN

Setelah 3 hari berada di Kuala Lumpur, tiba masanya kami bertolak pulang ke Langkawi. Kami bertolak dari Ampang lebih kurang jam 10 pagi. Cadangan nak bertolak jam 8.00 pagi lagi, tapi al-maklum sajalah........ Terima kasih kepada adik ipar, Ayoh Cik & Ayoh Ngoh kerana bagi tumpang kami tinggal di rumah mereka untuk semalam dua, dan terima kasih kepada Mek, Che Da dan Ayoh Mae kerana sudi juga ikut serta menghantar Asyraf ke kolej. Budi kalian takkan kami lupakan. 


Singgah sebentar di RTC Gopeng.

Kami tiba di Alor Setar dah lewat petang dan memandangkan tak sempat masuk ke Langkawi, kami bermalam di T Hotel Alor Setar pada malam tu. Pada keesokan harinya kami bertolak masuk semula ke Langkawi. 

Selesai sudah urusan menghantar anak ke UTM. Semoga Asyraf berjaya dalam pelajaran dan tidak menghampakan kedua-dua ibu bapa dan keluarga. InsyaAllah.