Monday, July 27, 2015

AMIRUL MASUK SBP

Sebenarnya cerita yang nak aku kongsikan ni bukanlah cerita baru. Tetapi memandangkan inilah masa yang aku ada untuk aku coretkan cerita ini, maka aku gagahkan juga. 

Anak ketiga kami, Mohamad Amirul Hafizi telah ditawarkan untuk menyambung pembelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), setelah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 tahun lepas. Beliau telah ditawarkan belajar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Kangar Perlis. Alhamdulillah. Beliau dikehendaki lapor diri untuk mendaftar pada 25.2.2015.Persiapan awal telahpun kami buat, walaupun pada awalnya Amirul agak keberatan untuk meninggalkan keluarga dan sekolah lama serta rakan-rakannya.

Pada 17.2.2015 aku, Amirul dan abangnya Asyraf yang kebetulan sedang cuti semester, telah bertolak ke Kuala Berang terlebih dahulu kerana aku ada urusan untuk memeriksa dan membaiki rumah sewa ku di Kuala Berang kerana ada penyewa hendak menyewa rumah tersebut. Kami bertolak menaiki Langkawi Auto Ekspress dari Langkawi.



Kami sampai di Kuala Berang dah agak lewat malam, dah memang kebiasaan begitu. Sayu juga bila tengok rumah telah dikelilingi semak samun kerana dah lebih 2 bulan tidak berpenghuni. 



Keesokan paginya bermulalah tugas kami 3 beranak membuat operasi kebersihan dan membaiki kerosakan. banyak juga lah ye. Tengoklah perbezaannya.







Daripada potong rumput, tebas pokok, tukar pintu yang rosak, baiki paip tersumbat, tukar kipas ceiling, tandas tersumbat, cuci tangki air dan sebagainya. Semua buat sendiri. Mujurlah ada 2 orang hero ku yang membantu. Kesemuanya ambil masa 6 hari, penat tidaklah terkata. Kebetulan masa tu cuti tahun baru cina. Dapatlah cuti lama sikit.

24.2.2015 kami bertolak awal pagi dari Kuala Berang ke Kuala Perlis. Kami Check in di Hotel Brasmana Kuala Perlis, sementara menunggu isteri dan 2 anakku tiba dari Langkawi. 




Aktiviti sebelah malamnya bila semua dah berkumpul (cukup korum), apa lagi makan-makan la. Lokasi kami untuk makan-makan malam ini ialah di medan ikan bakar Kuala Perlis berhadapan dengan hotel penginapan kami. Pilih jangan tak pilih, memang fresh..... hargapun fresh jugak.





Pada 25.2.2015, tibalah masa yang dinantikan oleh Amirul dan kami semua, pendaftaran di SBP. Kami awal-awal pagi dah bertolak ke sana.










Selesai saja s esipendaftaran dan shopping keperluan yang masih kurang, kami pulang semula ke tempat penginapan dan keesokannya kami berangkat pulang ke Langkawi dengan menaiki Langkawi Auto Ekspress. Satu perjalanan yang agak panjang tetapi menyeronokkan.

No comments: