Tuesday, July 28, 2015

RAYA TAHUN INI 2015

Sebagaimana tahun-tahun sudah, raya pada tahun ini disambut di kampung halaman kami Bachok Kelantan. Kami  bertolak pulang pada 14.7.2015 menaiki RORO jam 9.00 pagi. Disebabkan terlalu xcited nak balik kampung, selepas sahur tu kami semua dah tak tidur. Bersiap dan kemas barang dan isi ke dalam kereta. Sebahagiannya dari semalam dah diisi. Penuh jugak barang dalam bonet kereta. Hari tu hujan agak lebat. Walaupun masa berlepas jam 9.00 pagi, tapi bot bergerak agak lewat iaitu lebih kurang jam 9.40 pagi dek hujan yang agak lebat. Yang membimbangkan kami ialah Asyraf pulak yang demam, agak teruk jugak demamnya.

Kami tiba di Kuala Perlis hampir jam 12.00 tengahari. Kami terus ke sekolah Amirul untuk mengambilnya di sana dan seterusnya meneruskan perjalanan. Disebabkan keadaan demam Asyraf agak serius, kami cari klinik swasta dulu di bandar Kangar. Masa tu jam 1 tengahari, klinik semua tutup untuk rehat. Nak tunggu lama lagi, jadi kami teruskan perjalanan takut-takut terjumpa klinik dalam pejalanan kami. Tiada juga, jadi aku terpaksa pergi ke Bandar Darul Aman Jitra untuk cari klinik. Alhamdulillah terjumpa klinik 1 Malaysia. Pergilah buat rawatan kat situ dulu.Mujurlah pesakit tak ramai.

Kami teruskan perjalanan dan berhenti beli juadah berbuka di sebuah pasar ramadan di Grik. Petang tu kami berbuka di Puncak Titiwangsa. Agak ramai jugak perantau yang berhenti buka puasa dan sembahyang di sana. Sampai kereta pun susah nak parking. Selesai berbuka, ke tandas dan sembahyang, kami teruskan lagi perjalanan. Buka puasa hari ni dengan kueh dan air saja. Mungkin dah kenyang, tak de sorang pun minta nak makan malam. Kami hanya berhenti makan malam di Tanggok, Bachok. Sampai dirumah ku hampir jam 12.00 tengah malam. (Takde gambar nak upload- tak terlintas nak shot gambar pulak)

15.7.2015 Asyraf masih lagi demam jadi bawa dia ke klinik Kesihatan Bachok untuk rawatan. Kena ambik darah gak le nak check takut denggi. Alhamdulillah doktor kata hanya demam biasa je. 

Petang tu kami berbuka puasa di rumah mek. Juadah berbuka puasa hari tu nasi kerabu. Berselera betul dapat makan masakan bonda. 





Walaupun tak semua adik beradik pulang beraya kat kampung, tetapi kemeriahan tetap dirasa.Ini cerita hari raya pertama dirumah mek.





Pada Raya kedua, aku buat kenduri sikit di rumah mertua ku. Menu hari tu kurma kambing, kerutub ayam kampung, kerutub serati, gulai daging dan acar timun. Ramai sungguh tetamu yang datang pada majlis tersebut.













Pada sebelah malam keesokannya, kami buat BBQ, bakar-bakar sikit sebelum pulang. 




Keesokan pagi iaitu pagi hari raya ke 5 kami sekeluarga berangkat balik ke Langkawi. Disebabkan tak mahu terperangkap dalam jam sebagaimana tahun-tahun lepas, kami bertolak awal pagi iaitu lebih kurang jam 5 pagi.Cadangan awal nak bertolak jam 3 pagi, tapi disebabkan terlalu mengantuk sampai tak terjaga, terpaksalah bertolak jam 5 pagi. Hari tu sempatlah kami hantar Amirul ke asrama dan Asyraf naik bas di Kuala Perlis untuk pulang ke Kuala Lumpur. Terpaksalah bermalam di hotel kat Kuala Perlis. Keesokannya jam 2 petang, kami menaiki RORO untuk pulang ke Langkawi.



1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)