Thursday, December 17, 2009

Akhirnya berjaya juga......

Bersiap untuk masuk OT

Keluar dari lif hospital setelah discharge dari wad

Tunggu kereta untuk balik ke rumah

Tiba di rumah.......

Tak perlulah nak cerita panjang. Akhirnya berjaya juga........

Sunday, December 13, 2009

Under Water World

Dah lebih 1 tahun berpindah ke Langkawi, baru kali ni ada masa untuk pergi melawat di Under Water World. Itupun setelah semua anak-anak berkumpul. Yang bestnye kami dapat tiket harga penduduk Langkawi. Dewasa RM14.00 dan kanak-kanak RM10.00. Harga sebenar dewasa RM28.00 dan kanak-kanak RM 18.00. Murahkan..... Lagi gambar klik sini.


Friday, December 4, 2009

LIMA Langkawi

Hari ini kami diberi kesempatan untuk membuat lawatan ke LIMA Langkawi. Jadi dapatlah kami masuk ke dewan pameran di MIEC dan menyaksikan pelbagai jenis pesawat-pesawat udara yang dipamirkan. Tengoklah gambar di bawah ni. Sape tak datang memang rugi kerana dengar cite tahun ni last LIMA buat di Langkawi. Tak tahulah betul ke tidak. Disamping tu petunjukan udara juga diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Satu pengalaman yang memang menarik.

Pesawat tempur daripada Singapura sedang membuat formasi. Lagi gambar klik sini.

Wednesday, December 2, 2009

Bunga Api


Tepat jam 12.00 tengah malam tadi, semasa sedang buat assignment individu, aku dikejutkan dengan beberapa letupan kuat. Ingatkan apa, rupa-rupanya letupan bunga api sempena LIMA Langkawi yang sedang berlangsung. Dapatlah juga aku rakam detik-detik indah tu. Dek terkejut tadi, habis hilang idea aku untuk nak buat assignment. Lepas ni terpaksa tidur le....


Sunday, November 29, 2009

Korban

Memandangkan kami tak balik kampung, tak jadilah nak korban pada tahun ni. Walaubagaimanapun, suasana korban tetap dapat dirasakan. Pada hari raya kedua, BIAK telah mengadakan aktiviti korban bertempat di rumah Abe Jak. Sebanyak 2 ekor lembu dikorbankan pada hari tersebut. Kami sekeluarga turut sama memeriahkan majlis tersebut. Selesai majlis korban, Abe Jak buat kenduri dirumahnya. Makan daging fresh le kami hari tu. * Che Awe gi mano tak dok nampok. Kelik grebe kapong ko.
Abe Jak sendiri yang sembelih lembu tersebut.



Kerja-kerja menyiang daging sedang dijalankan.

Beraya Di Langkawi

Tahun ini dah masuk tahun kedua kami beraya korban di Langkawi. Kalau tahun lepas kami tak pulang berhari raya di kampung kerana kami baru sahaja berpindah ke Langkawi, tetapi tahun ini pula kerana aku berkursus. Jadi tak ada masa untuk pulang beraya di kampung disebabkan kelepasan yang diberikan hanya 3 hari sahaja. Kalau tahun lepas sambutan agak sederhana kerana masih belum biasa di Langkawi, tapi tahun ini agak meriah sedikit berbanding tahun lepas. Walaupun tidak membuat apa-apa persiapan kerana tidak sempat, tapi selepas sembahyang raya kami sekeluarga sempat menziarahi beberapa buah rumah jiran yang buat rumah terbuka. Dapatlah juga merasa nasi dagang dan nasi minyak.

Pada sebelah petang pula anak-anak ajak main bowling. Jadi layang sajalah. Pada hari raya pertama tu kami main satu game sorang je. Tapi dek kerana anak-anak tak puas bermain bowling, hari raya ketiga kami main lagi. Tapi kali ini 2 game seorang. Aliff tak melepaskan peluang untuk mencuba membuat balingan. Eh, betul ke orang panggil baling. Memang seronok sekali beriadah bersama keluarga ni.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Korban.

Selamat Hari Raya semua. Masuk kali ni nampaknya dah 2 kali kami tak dapat beraya korban di kampung. Tahun lepas kerana kami baru berpindah ke Langkawi dan tahun ni pulak tidak dapat pulang beraya di kampung kerana terpaksa berkursus. Jadi tak dapet nak nolong lah ye. Jadi dikesempatan ni kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua keluarga di kampung terutama kepada mek2 dan ayah serta adik beradik. Maaf Zahir dan Batin.

Friday, November 20, 2009

Stress, Tension ........

Hari ini dah masuk hari ke-5 kami menjalani kursus STPP/DSSK. Dalam tempoh itu kami terpaksa bangun jam 5.00 pagi dan aktiviti tamat jam 9.00 malam. Berehat sekadar untuk sarapan, makan dan sembahyang sahaje. Jadi hari ini adalah merupakan kelas DSSK yang terakhir kami untuk minggu ini. Ingatkan hujung minggu - Sabtu / Ahad ada kelepasan. Rupa-rupanya harapan sekadar tinggal harapan. Kesian peserta-peserta kursus kerana mengharapkan kelepasan pada hujung minggu bagi menghilangkan stress dan tension. Kalau macam ni boleh pecah kepala dibuatnya.
Assignment bertimbun dan bahan untuk assignment terpaksa dibeli, tetapi tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Masa untuk study dan buat assignment pun tiada. Kalau adapun dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi. Tapi siapa yang sanggup dengan keadaan badan yang kepenatan. Kalau dapat berjaga sampai jam 11.00 malam pun dah kira bagus.
Peserta kursus pun tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kelas kerana badan terlalu penat dek jasmani pagi yang agak teruk bagi sesetengah kami yang berumur ini dan mengantuk disebabkan tidak cukup tidur . Ini terbukti apabila ramai yang terlena semasa kuliah sedang dijalankan. Mujurlah pensyarah faham dan bersimpati dengan keadaan kami. Aku sendiripun masih tercari-cari apakah matlamat kursus ini sebenarnya sama ada untuk akademik atau sebaliknya.
Walaubagaimanapun kami akan sedaya upaya menempuhi cabaran ini.
Tunggu kemunculan Blog DSSK sedikit masa nanti. Itupun kalau masa mengizinkan......

Saturday, November 7, 2009

Aku terima nikahnya ..... Sahhhh

Pada Hari Jumaat 6.11.2009 adalah merupakan tarikh bersejarah buat adik lelakiku (sorang ni je adik lelaki, yang lain semuanye perempuan) Lae kerana telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati.


Lepas akad nikah saksi kata sah, tapi jurunikah kata belum lagi, kena bagi mas kahwin dulu. Lepas bagi mas kahwin, dia tanya pengantin lelaki dah sah ke belum, pengantin jawab sah. Juru nikah kata belum lagi kena baca lafas taklik dulu, lepas tu sain dulu, sarung cincin pulak dan beberapa perkara lagi. Lepas selesai semua tu barulah jurunikah tanya lagi, dah sah ke belum. Kami jawab dah sah. Dia kata belum lagi, kena makan kenduri dulu, lepas tu barulah sah. Kelakar jugak juru nikah ni. Tapi ada bahagian sedihnya dan ramai yang menitiskan air mata.
Lagu mano pulok adik-adik hok tigo oghe lagi tu, bilo lagi. Tunggu lepas 9 bule deh. Lepah wali abih kursus.

Sunday, November 1, 2009

Satu lagi pingat

Tahun ni dapat lagi satu pingat. Kali ini Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) pula. Aku dapat pingat ni sempena Hari Penjara yang lepas. Maka bertambah satu lagilah pingat di dada.

Pada petang tu pulak, kami buat program sukan iaitu pertandingan bowling. Pertandingan ini di adakan di Ampang Superbowl, Jetty Point Langkawi. Walaupun tak pandai, tapi bantai sajelah.

Friday, October 30, 2009

Ragam Aliff

Inilah ragam anak bongsuku Aliff. Bila kita asyik dok ralit tengok TV ke, buat kerja ke, diapun buatlah kerja sendiri. Macam-macam dia buat. Tengok saja badannye habis ditampal sticker.

Lepas penat tampal sticker tu, diam tak diam terlena dalam bilik sorang diri.

Sunday, October 18, 2009

Sambutan Hari Raya BIAK

Pada 17.10.2009, Badan Integrasi Anak Kelantan, Langkawi (BIAK) telah mengadakan Sambutan Hari Raya ( buke sambute Hari Deepavali deh) bertempat di Bangunan Pekan Rabu, Kuah. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini dihadiri oleh ramai anak-anak Kelantan yang berada di Langkawi. Memang sungguh meriah. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian selingan lagu hari raya, jamuan makan dan acara ramah mesra.

Abe Mae dan Che Awe sedang mengendalikan majlis.

Warga BIAK dihidangkan dengan juadah raya dan menu makanan Kelantan seperti Gulai Kawah, ketupat, nasi kapit, tapai dan banyak lagi.


Acara yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak...... Duit Raya. Aliff dan Mirul beratur untuk terima duit raya.


Akupun tidak ketinggalan dapat juga satu hamper, kategori apa? Entah akupun tak ingat...hihihi...

Memandangkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga BIAK, diharap banyak lagi aktiviti-aktiviti lain dapat diadakan pada masa-masa akan datang.
Yang jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan.

Monday, October 12, 2009

Al-Fatihah buat arwah ayah......

Diam tak diam, dah 19 tahun arwah ayah meninggalkan kami. Semasa balik raye baru-baru ni sempat juga aku, Asyraf dan Amirul menziarahi pusara ayahanda. Walaubagaimanapun Asyraf dan Amirul tak sempat mengenali arwah ayah.
Masih aku ingat detik-detik arwah ayah menghembuskan nafas terakhir di HUSM Kubang Kerian. Masa tu aku bersama mek berada di sisi arwah ayah. Peristiwa itu masih segar dalam ingatanku walaupun aku cuba melupakannya.
Al-Fatihah buat arwah ayah, semoga roh arwah ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Sunday, October 11, 2009

Sambutan Hari Raya Taman Kenari

Semalam, Jawatankuasa Surau Taman Kenari telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di perkarangan Surau As-Syakirin, Taman Kenari. Berbagai juadah disediakan dan yang speselnya kambing panggang.

Cikgu Choq (Cg. Mansor) sedang memerap kambing. Dapatlah aku curi sikit ilmu perap kambing dan buat black papper sos dengan beliau.

Kambing sedang dipanggang. Kerja memanggang mengambil masa hampir 7 jam.

Sebelum jamuan hari raya, diadakan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Din.

Antara tetamu yang hadir pada majis tersebut.
Antara kaum wanita yang hadir.

Saturday, October 10, 2009

Kunjungan Rakan Lama

Pada 6/10 yang lepas kami terima kunjungan daripada rakan lama kami yang sama-sama bertugas di Sabah dahulu. Lama sungguh tak bertemu. Kebetulan Rothman menghadiri kursus di AKM Langkawi, jadi famili dia bermalamlah di rumah kami sementara Rothman menghadiri kursus.
Rothman bersama Kak Ros dan anak bongsunya Izrin.


Kak Ros bersama Ma..... kawan lama.

Amirul bersama Izrin dan Kak Ros


Izrin bersama Aliff

Izrin - semasa kami pindah dulu dia masih kecil. Sama besar dengan Aliff je. Tapi sekarang, dah tinggi daripada ayahnya. Pakai kasut pun saiz 11.

Monday, October 5, 2009

Sibuk

Selepas balik dari raya yang lepas, memang aku agak sibuk dengan tugas. Kebetulan pada 2 - 4 Oktober 2009, tempat tugas aku menerima kunjungan daripada KSU KDN dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah KDN untuk mengadakan mesyuarat Pengurusan Tertinggi KDN. Aku ditugaskan untuk persiapan makan minum. Memang sibuk sekali dan memeningkan. Apa tidaknya, bukan senang nak jaga makan minum orang ni. Selain daripada makan minum harian, terpaksa pula buat BBQ bertemakan Majlis Hari Raya. Yang penatnya staf terpaksa menyediakan sendiri menu dan persiapan untuk majlis hari raya tersebut. Kesian.....


Setting untuk makan minum pwserta di cafeteria

Antara menu yang disediakan oleh staf untuk majlis hari raya.

Sunday, September 27, 2009

Raya Sakan, belanjapun sakan

Ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai menjadi suatu kemestian di hari raya. Sebagaimana tahun-tahun lepas, pada tahun ini sempat jugalah kami menziarahi saudara-saudara terdekat seperti Pak Su Awang di Paya Bemban, Mak Rah di Rambutan Rendang, Mak di Besut, Che Ani di Kampung Raja dan Encik Hanafi di Tunjung.

Bergambar kenangan bersama Che Ani dan keluarga di Kampung Raja Besut.


Di Rumah Encik Hanafi, rakan lama semasa bertugas di Penjara Penor. Sekarang ni beliau telahpun bersara.
Dalam kesibukan beraya, sempat juga pi shoping di Giant KB

Sempat lagi beli motosikal 'Harley Davidson' untuk Aliff. - Bukan main happy Aliff.

Belanja anak-anak makan pizza di KB - anak-anak komplain lama tak makan pizza hut. Jadi layanlah....

Raya

Sambutan Raya pada tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun lepas kerana terpaksa 'drive' agak jauh untuk balik beraya di kampung halaman. Kali pertama merasai suasana kesesakan lalulintas walaupun tak seteruk mana.


Kesesakan lalulintas hampir 1 jam di lebuhraya Alor Setar ke Sungai Petani disebabkan oleh sebuah lori terbalik dan terbakar.

Bergambar kenangan bersama keluarga mertua



Hadiah untuk ibunda tersayang. Biasalah barangan Langkawi.



Satay - menu utama di rumah Tok Mek.


Nasi Dagang dan Gulai Itik Serati - menu utama di rumah mek.

Walaupun tak semeriah tahun-tahun lepas kerana ada adik beradik dan anak saudara yang tak balik, BBQ tetap menjadi agenda utama.


Family gathering di Pizza Hut KB Mall. Thanks C. Na.

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung

Sejak semalam lagi mereka yang tinggal di Langkawi mula beransur-ansur balik kampung. Mereka yang hendak balik dengan kereta sendiri dah mula menghantar kereta ke Pelabuhan Tanjung Lembong. Hari ini, pagi-pagi lagi aku dah bersiap. Jam 9.00 pagi aku bertolak ke Pelabuhan Tanjung Lembung untuk menghantar kereta ke Kuala Kedah. Prosesnya untuk mendaftar dan pemeriksaan kastam tidak lama, lebih kurang 15 minit dah siap. Ini kerana kereta aku bernombor pendaftaran luar, bukan Langkawi. Kalau KV mungkin memakan sedikit masa kerana terpaksan mengisi borang Kastam dan pemeriksaan yang lebih teliti.
Lebih kurang jam 10.00 pagi aku ke Jeti Point Langkawi untuk beli tiket feri bagi perjalanan ke Kuala Kedah pada jam 9.30 pagi esok. Bukan main panjang beratur, pukul 11.00 pagi baru sampai ke kaunter. Maknanya sejam aku beratur untuk beli tiket feri. Kalau beli besok, junuh nak beratur, mungkin lagi ramai.
Sekarang tunggu masa je. Tak sabar nak balik kampung.

Wednesday, September 16, 2009

Khatam Quran

Setelah hampir sebulan staf bertadarus, maka hari ini tibalah masanya untuk Majlis Khatam Quran. Majlis Tadarus dan Khatam Quran ini sebenarnya diadakan pada setiap tahun sempena kehadiran Bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Staf sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.



Majlis diikuti dengan berbuka puasa di Surau AKM.



Selesai sahaja sembahyang Maghrib secara berjemaah, hadirin dihidangkan dengan makan malam berupa Nasi Beriyani.