Tahun ini dah masuk tahun kedua kami beraya korban di Langkawi. Kalau tahun lepas kami tak pulang berhari raya di kampung kerana kami baru sahaja berpindah ke Langkawi, tetapi tahun ini pula kerana aku berkursus. Jadi tak ada masa untuk pulang beraya di kampung disebabkan kelepasan yang diberikan hanya 3 hari sahaja. Kalau tahun lepas sambutan agak sederhana kerana masih belum biasa di Langkawi, tapi tahun ini agak meriah sedikit berbanding tahun lepas. Walaupun tidak membuat apa-apa persiapan kerana tidak sempat, tapi selepas sembahyang raya kami sekeluarga sempat menziarahi beberapa buah rumah jiran yang buat rumah terbuka. Dapatlah juga merasa nasi dagang dan nasi minyak.
Pada sebelah petang pula anak-anak ajak main bowling. Jadi layang sajalah. Pada hari raya pertama tu kami main satu game sorang je. Tapi dek kerana anak-anak tak puas bermain bowling, hari raya ketiga kami main lagi. Tapi kali ini 2 game seorang. Aliff tak melepaskan peluang untuk mencuba membuat balingan. Eh, betul ke orang panggil baling. Memang seronok sekali beriadah bersama keluarga ni.
No comments:
Post a Comment