Wednesday, October 29, 2008

Dilema

Abah ni dalam dilema. Bila nak pindah sebenarnya. Rumah sewa pun belum dapat lagi. Cadang tu nak pindah bulan 11 ni. Lepas tu memandangkan abah akan pergi kursus selama 4 bulan di Maktab Penjara Malaysia (MPM), abah cadangkan untuk tidak bawa lagi famili berpindah. Lepas kursus baru nak pindah. Itu sebab jangkaan awalnya abah kena gi kursus pada bulan januari ni.

Tapi semalam abah ada call pegawai MPM, kawan abah juga lah, dan dia maklum abah kena gi kursus dalam bulan 3 atau 4 nanti. Kalau gitu lambat lagi le. Habis kursus kemungkinan bulan 7. Setelah bincang dengan Ma hampir 1 jam (telefon ni), kami buat keputusan akan terus berpindah pada bulan 11 ni. Pindah semua sekali termasuk sekolah anak-anak. Jadi dalam masa 4 bulan dari bulan 3 hingga 7 tu famili abah terpaksa le duduk di langkawi tanpa abah. Oohh... terpisah lagi...... sakit kepala memikirkannya..... dilema, dilema...

Sunday, October 26, 2008

Melawat Galeria Perdana




Pada 20.10.2008 yang lepas abah bersama kawan2 opis berpeluang melawat GALERIA PERDANA yang terletak lebih kurang 11 km dari Pekan Kuah. Galaria ini adalah merupakan tempat di mana tersimpannya barang milik Tun Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah yang merupakan koleksi hadiah dan pemberian daripada lebih 2500 negara seluruh dunia semasa Tun menjadi PM.

Thursday, October 23, 2008

Tuesday, October 21, 2008

Kayuh




Taman Kenari

Kepada anak-anak abah, nilah Taman Kenari yang abah cakapkan tu. Kalau ade rezeki kita akan tinggal di sinilah.

Monday, October 20, 2008

Ekspidisi Berbasikal

Perlancaran aktiviti berbasikal kat opis abah. Kami berbasikal mengelilingi pekan Kuah. Kami bermula dari Opis melalui Pekan Kuah - Pokok Asam - Baong dan singgah di Taman Kenari. Berpatah balik semula melalui Lebuhraya Langkawi. Adelah lebih kurang 40 Km. Berbaloi le beli basikal sampai RM800.00.

Tuesday, October 14, 2008

Saki Baki Gambar Raya

Mok Nik, gambar ni Ngoh edit guna Adobe Photoshop. Amacam, ok tak.

Monday, October 13, 2008

Gherek

Ari ni abah pi beli gherek (panggilan orang kedah utk basikal). Abah beli gherek ni utk. buat riadah sbb. opis abah akan lancarkan kelab 'bergherek' pada 20hb ni...... nak round Pekan Kuah le... Lame tul x kayuh gherek.... Suke le anok abah Si Asyraf & Amirul tu.

PMR Datang Lagi


Friday, October 10, 2008

Lagi Gambar Raya

Sebenornye hari raya tahun ni aku beraya di rumah keluarga isteriku. Tapi memandangkan kami sekampung, takde masalah sangat le. Rumah aku ngan rumah keluarga isteri ku tak jauh cuma l/k 5 minit je kalu naik kereta. Dekatkan. Tu le untungnye kalau kawin sekampung ni. Dapat raye dua2 rumah sekali. X payah nak gado-gado. kan! kan! kan!

MA bersama Che Da & Che Su berserta anak saudara


Asyraf, Amirul & Aliff bersama Ayoh Ngoh


Bersama mek, ipar, biras & anak2 sedara. Macam tahun-tahun lepas, semua adik beradik balik beraya di kampung.

Ayah Su (Chef) memang rajin di dapur. Al maklumlah chef hotel.

Alif & "Danishah" hehehe (Che Su, Buke Abe Li buat tu, tanya Abe Me)
Alif & Danish

Tuesday, October 7, 2008

BBQ

Macam tahun2 lepas, BBQ memang x tinggal. Tahun ni kami buat malam raye ke-2. Tahun ni lagi meriah siap dengan pasang khemah lagi. BBQ tahun ni untuk famili and keluarga terdekat je. Menu macam-macam ade. Ayam, ikan, daging, kambing, sotong. Lain2 tu nasi goreng, mee goreng, Rojak & ABC pun ade. Best.

Persiapan awal-pasang khemah dan lampu


Ayoh Lan, Che Own & Ayoh Chik sedang sibuk potong ayam manakala gambar kanan ayoh Chik & famili sedang goreng nasi.



Ayah Lan & crew sedang bakar ayam

Ni lak Mok Nik & Crew - Bahagian potong memotong


Mat Azim pakar membuat ABC . hehehe





Antara tetamu yang hadir

Our Manager (Long) - Nape pegang pingan kosong Long.... jauh menung... Pikir pasal BBQ tahun depan ke. Jangan bimbang, kami support.

Surprise Untuk Mek

Malam hari raya pertama kami adik beradik pakat buat surprise birthday untuk mek yang ke 64 tahun. Kami buat le sedikit majlis untuk mek. Malam tu banyak juge le hadiah yang mek dapat dari anak cucu.


Pagi Raya

Selesai je sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri, kami menziarahi kubur arwah ayah, datuk, nenek dan abang ipar di Tanah Perkuburan Bachok. Selesai sedekah Al-Fatihah dan bacaan Surah Yaasin kami balik ke rumah untuk berhari raya dengan keluarga isteriku. Menu pagi raya di rumah mertua ku pada tahun ni ialah nasi dagang gulai itek serati, ikan aye dan gulai udang, serta mee hoon goreng. Biasanye pada tahun-tahun lepas kami buat nasi minyak. Tahun ni ubah selera lak.


Persiapan Malam Raya

Gulai raja berangkat itek serati

Malam raya tahun ni tak le sesibuk tahun2 lepas. Abah masak satu menu je iaitu gulai itek serati. Abah buat gulai raja berangat je. Gulai ni untuk dimakan dengan nasi dagang yang mek (ibu mertua) buat. Selain tu mek masak gulai ikan aya dan udang.






Sesi merasa (candid)

Hari Terakhir Berbuka Puasa



Hari terakhir puasa kami sekeluarga berbuka di rumah mek. Sedap sungguh juadah yang mek masak. Lama sungguh tak makan masakan ibu. Kueh pula abah beli di param je antaranya akok, kueh ulat bulu (sedapp) dan cream puff.

Persiapan Raya

Anak Abah Amirul sedang membantu Ma buat biskut raya

Persiapan raya tahun ni walaupun sederhana tapi tetap meriah. Ma sempat juga buat beberapa jenis biskut dan kek untuk dibawa pulang ke kampung.

Ini pula Mek sedang membuat ketupat palas serunding daging. Sedapppp!!!