Wednesday, September 10, 2008

Menu Berbuka

Selamat menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa Abah ucapkan kepada isteri dan anak-anak abah di Kuala Berang serta suku sakat abah yang singgah di laman blog yang tak seberapa ni. Nak wish Selamat Hari Raya pun lambat lagi. Cuma ari ni abah nak cite sikit pengalaman abah semasa balik bercuti di kampung selama 12 ari lepas. Cuti kerja dan terus juga cuti bloging. Lebih sebulan abah tak bersama keluarga, amat terasa seronoknye bila dapat berkumpul semula. Ari pertama pose tak le spesel sangat menu yang abah masak. Cuma antaranye ialah tomyam seafood dan ikan siakap sweet n sour. Tak le macam adik abah yang kat SP tu, macam-macam menu ade. Hei Mok Nik, abih ko make tu. hehehe.


Yang ni pulak tak tau ari ke berapa pose abah buat kurma daging dan kerabu perut.

No comments: