Sumber: cilok dari Malaysiakini
Tengok saje le tambang bas dah naik. Tambang feri dah lama naik. Kos hidup di Langkawi ni amat tinggi bagi mereka yang berasal dari "tanah besar". Bayangkan berapa kos yang mesti ditanggung oleh rakyat "tanah besar" yang kerja di Langkawi bila nak balik. Tambang feri ke Kuala Kedah RM23.00, ke Kuala Perlis RM18.00. Tambang bas lagi kalau dulu RM46.00 (harge kalau beli di Langkawi) dari Kuala Perlis ke Kuala Berang. Itu satu hala je. Bayangkan kalau pergi balik. Nak bawa kereta pulak kos tambang feri lagi tinggi. Kereta biasa je dah RM120.00. Kalau MPV yang aku pakai tu lagi le mahal. Patutnya kerajaan kena fikir-fikirkan masalah ni untuk bagi elaun wilayah kepada kakitangan awam dari "tanah besar" yang bertugas di Langkawi sebagaimana yang diberikan kepada mereka dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak macam aku dapat dulu semasa bertugas di Sabah. Dapat le tampung sikit belanja harian......... Aku pun x tau bila le nak jadi PM @ Menteri Kewangan ....
Thursday, September 25, 2008
Harge minyak turun
Semalam Pak Lah umumkan harge minyak turun lagi 10 sen. Alhamdulillah syukur. Sejak tahun 2004 hingga kini harge minyak naik agak ketara sekali menyebabkan hidup rakyat dalam kesempitan. Almaklumlah bila harge minyak naik harga barang-barang pun naiklah. Tapi bila harge minyak turun, harge barang tak turun pun malah makin mahal ade le. Terutama dekat-dekat raye ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment