Wednesday, August 27, 2008

Lawatan

Ari ni (25.8.2007) abah kena bawa peserta-peserta kursus melawat Taiping, Pulau Pinang dan Pokok Sena. Dah lama abah mengidam nak pergi ke Pulau Pinang. Bukan apa, abah cuma mengidam nak makan jeruk, pesembur dan nasi kandar le. Jadi, tercapai juga lah cita-cita abah walaupun tak sempat makan pasembur. Kami bertolak dari Langkawi pada jam 7.30 pagi menaiki feri. Pemergian kami diiringi dengan hujan lebat (macam cerpen bunyinya). Tiba di Jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 8.30 pagi. Dari sini kami menaiki bas dan terus ke Penjara Taiping untuk lawatan. Selesai lawatan dan makan tengah hari di Penjara Taiping, kami bertolak ke Pulau Pinang dan melawat Penjara tertua iaitu Penjara Pulau Pinang. Selesai 'Hi-Tea" di Penjara P. Pinang kami Check-in di Hotel Hydro Majestic, Batu Feringhi.


Sebelah malam pula (tang ni yang seronok nak cerita) kami keluar ke Georgetown untuk makan dan shopping. Makan ape lagi, Nasi Kandaq le. Malam tu abah ambik lauk ayam madu dan sotong. Bukan main nalee lagi dia punya ayam, tak habis makan 1 orang. Tak mahal, cuma lebih kurang RM8.00 je termasuk air.


Tapi sebelum makan tu, abah pergi le ke Bazar Chowrasta untuk beli jeruk. Tang ni tak payah cite le. Berair mulut abah tengok jeruk tu. Tuan punya kedai suruh rasa dulu. Apa lagi............ Jadi abah beli le RM20.00 untuk bawa balik. Jangan terliur tau!!

No comments: