Tak sampai seminggu aku posting di Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, aku dipanggil untuk Kursus Orientasi di Maktab Penjara Malaysia. Aku ingatkan kursus ni biasa saje le. Rupa-rupanya siap dengan kawat dan latihan halangan. Lak tu kawat sampai tengahari. Kelas pula sampai jam 10.30 malam. Teruk dibuatnya. Maklumlah aku dah berumur. Dah masuk 45 tahun. Nape tak penatnya. Masuk ari kedua kursus semasa membuat halangan " monyet bergayut ", aku terjatuh dalam air. Habis basah seluar dan kasut aku. Tapi bukan aku seorang saja yang jatuh. Ramai lagi. Geram ada, seronok pun ada. Disebabkan kejadian tu, kaki aku mulai terasa sengal, tak boleh nak berpijak. Tapi aku gagahkan juga. Pagi esoknya semasa jasmani pagi, aku tak boleh berlari. Terpaksalah mintak pengecualian. Maybe orang lain bengkak tengok aku keluar baris sebab mereka terpaksa teruskan latihan. Maaflah kawan, bukan aku saja-saja nak buat tapi dah memang sakit. Atas kegigihan kami semua seramai 30 orang peserta kursus tu, dapat juga kami tamatkan kursus/latihan ni. Bak kata penghulu kursus, "janji pakai". Terima kasih kawan-kawan dan terima kasih jurulatih dan staf MPM. Kita jumpa lagi pada tahun depan dalam latihan sebenar.
No comments:
Post a Comment