Friday, August 8, 2008

Mandi Kolam


Petang semalam tak ada apa nak buat. Jadi, sementara tunggu selesai cuci pakaian di bilik dobi, aku pergilah ke kolam renang di tempat kerja aku. Aku berenang sepuas-puasnya. Seronok sekali-sekali berenang di kolam renang ni. Biasanya semasa di kampung aku (Kuala Berang la tu) aku selalu bawa anak-anak pi berenang di sungai. Di sana ada 2 tempat yang aku suka pergi iaitu Air Terjun Sekayu dan Air Terjun Belukar Bukit.

No comments: