Inilah kali pertama aku menulis blog. Sebelum ni tak de masa. Setelah aku bertukar ke Langkawi pada 23 Julai 2008 kerana dinaikkan pangkat, bermulalah penghidupan baru aku. Aku jadi bujang semula. Tinggallah anak-anak isteri di rumah. Rumah aku di Kuala Berang Hulu Terengganu, baru saja siap dalam setahun dua ni. Terpaksalah tinggalkan semua demi mengejar cita-cita. Sebenarnya dah lama aku nak tulis blog ni. Blog ni dah lama ada. Tapi tak pernah aku tulis. Tak de masa katakan. Sekarang ni ada masa sikit tu bolehlah aku berjinak-jinak dengan blog ni. Aku sebenarnya tertarik dengan laman blog adik aku yang tinggal di Sungai Petani tu. (http://ayurazak.blogspot.com/). Dari situlah aku belajar buat blog.
No comments:
Post a Comment