Ari ni aku terima call dari Pejabat Pos Laju Taman Berlian Langkawi memaklumkan motosikal kesayangan aku yang di pos dari Kuala Terengganu ari Ahad lepas dah sampai. Sebenarnya aku minta tolong kawan aku Abang Rashid untuk poskan. Bukan main bagus dia bungkus motosikal aku. Jadi selamatlah dari kesan-kesan calar tu. Cuma sikit-sikit tu adalah, nak buat camne. Jadi stat ari ni bolehlah aku ronda-ronda Pekan Kuah sekali gus Langkawi lah. Tak payah aku jalan kaki nak pergi sembahyang jumaat nanti seperti minggu lepas terpaksa berjalan lebih kurang 2 km. Amboi penatnya. Tapi takpelah demi untuk beribadat kepada yang Maha Esa. Terima kasih Abang Rashid kerana bersusah payah tunggang moto aku dari Kuala Berang ke Pejabat Pos Kuala Terengganu untuk pos moto tu. Dan terima kasih juga kerana bungkus moto aku sebegitu rupa.
No comments:
Post a Comment