Dua hari sebelum puasa yang lepas, sempat juga aku balik ke Kuala Berang untuk mengambil anakku balik bercuti sambil tengok-tengok rumah yang hampir 3 bulan tak dijengah. Rumput.... masyaAllah bukan main panjang lagi. Bangsal pokok bunga yang aku bina dah hampir menyembah bumi. Tapi dalam pada tu, pokok naga yang aku tanam ditiang bangsal tersebut telah menyeluarkan hasil.


Kuala Berang bukan macam dulu lagi. Kalau dulu sekiranya orang Kuala Berang nak makan KFC terpaksa pergi ke Kuala Terengganu. Tapi sekarang tak payah lagi. KFC telah buka cawangan di Kuala Berang. Malam pertama dibuka, pelanggan terpaksa beratur hampir setengah jam atau mungkin lebih..... ramainya. Mungkin selepas ini peniaga yang jual ayam goreng di pasar malam akan merosot jualannya. Bila pula RFC nak buka cawangan?

6 comments:
wah,kuala Berang dah banyak berubah ya....cm ada tanam pokok naga,lama btol tunggunya berbuah,belum mendapat hasilnya lagi....pokok yang ditinggalkan berbuah..itu namanya rezeki kan?
RFC klu xdok 1.5 juta jgn harap leh buko abe oiii.... Suh Sani artis tu buko la..hehe
Klu nk make RFC mai la Sp nih...
CM,
Betul tu. Saya tanam hampir 2 tahun baru berbuah.
Ayu,
Meme nok raso jugok make RFC. Ore kato sedap. Abe cade nok masuk ahli HPA. RM30.00 seumur hidup. ok tak...
abe, bagi sue lh, biaso jah RFC..lebih kughe KFC .. try doh make skali ari tu... tp ok lh... hok bumiputra keh..
Tulong BP. Molek jugok tu.
Post a Comment