Bulan Ramadan tahun ni jarang sekali kami berbuka puasa di rumah. Kebanyakannya berbuka puasa di surau. Jadi tak payahlah pening kepala fikir pasal juadah berbuka puasa. Memandangkan rumah kami berhadapan dengan surau di taman yang kami tinggal ini, jadi kami ambil kesempatan saje le berbuka puasa di surau. Penduduk Taman Kenari secara bergilir-gilir mengadakan majlis berbuka puasa di surau. Ada yang buat secara individu dan ada juga yang buat secara berkumpulan. Giliran kumpulan kami pula adalah pada hari Ahad 6.9.2009. Kami berpakat seramai 5 orang. Majlis bermula pada jam 7 petang dengan majlis tahlil dan doa selamat. Selepas itu majlis berbuka puasa diikuti dengan sembahyang Maghrib berjemaah. Masuk waktu Isyak, kami bersembahyang berjemaah dan selepas itu mengerjakan sembahyang Tarawih dengan di Imani oleh dua orang Imam Hafiz secara bergilir-gilir. Satu pengalaman baru yang cukup seronok dan cukup meriah serta dapat mengenali antara satu sama lain. Majlis tahlil dan arwah untuk yang telah pergi. Al-Fatihah buat arwah ayah, Che, Mok, Ayoh Tuo, Mak Ara, Ayoh Besut dan Mok Bachok.
Anak-anak dan muslimah didahulukan.
Giliran muslimin. Sempat lagi posing.
Selesai berbuka, semenatara nak cuci pingan mangkuk tu, bersembanglah dulu.
No comments:
Post a Comment