Friday, December 12, 2008

Ronda-Ronda Pulau Langkawi - Raya Ke-2

Pada Hari Raya Ke-2, bersambunglah semula program Ronda-Ronda Pulau Langkawi. Destinasi pertama kami ialah Telaga Tujuh. Ianya lebih kurang 40 km dari rumah kami.... lebih kurang 45 minit perjalanan dengan kereta.

Telaga Tujuh

Setelah mendaki 638 anak tangga, akhirnya sampai juga kami di Telaga Tujuh. Pemandangannya sungguh cantik dan dari sini boleh kelihatan kereta kabel yang sedang bergerak di udara.


Aliff pada masa mendaki tadi memang bersemangat betul, tapi semasa turun dah mula kepenatan dan terpaksa didokong oleh Ma. Kesian.....

Kereta Kabel

Destinasi kami seterusnya ialah Kereta Kabel. Ianya terletak tidak jauh dari Telaga Tujuh. Jadi, dalam perjalanan balik tu, kami singgah di sini. Hari ni memang ramai betul pengunjung yang datang. Jadi kami tak sempatlah naik, cuma ronda-ronda je. Nanti hari lain kami akan datang lagi untuk naik kereta kabel ni. Kena naik punya.... rugi kalau x naik. Kat kampung kite tak de niii!. hahaha..
Aliff sempat juge bermain-main dengan arnab di taman mini yang terdapat di sini.

Pantai Cenang
On the way balik tu kami singgah di Pantai Cenang. Memandangkan semua dah kepenatan, kami tak lama di sini. Cuma pusing-pusing je dan sempat le snap 2 keping gambaq buat kenangan tandanya kami dah sampai kat sini..
Lepas tu kami singgah di warung Kak Bedah, makan cendol pulut dan laksa. Best.... silakan....

No comments: