Sunday, December 7, 2008

Ronda-Ronda Pulau Langkawi

Semasa Abah diarahkan bertugas di Pulau Langkawi dulu, memang langsung abah tidak terkilan atau risau, malah abah amat gembira. Abah beranggapan Jabatan telah hantar abah ke sini sebagai hadiah kepada abah. Abah telah tanam ke dalam diri abah, yang abah datang ke sini untuk melancung. Kalau tak fikir gitu, sakit kepala lah ooi...... dok jauh dari keluarga di kampung dan lebih-lebih lagi terpaksa timggalkan rumah tersayang. Jadi abah telah berazam, selama abah tinggal di Langkawi ni, abah akan pusing dan mengenali seluruh Pulau Langkawi, supaya bila abah bertukar nanti dan datang balik ke Langkawi, abah boleh jadi 'tourist guide' lak. hehehe. Jadi untuk program ronda-ronda minggu ni, abah dan famili telah pergi ke beberapa tempat seperti :-

Air Terjun Temurun

Cadangan asal nak berkelah di Air Terjun Temurun, sebab dengaq habaq air terjun ni cantik. Tapi sayang, masa kami sampai, kawasan di sini lenggang je. Kami ingat masih awal dan orang belum sampai lagi. Kamipun tinjau-tinjau le. Rupe-rupe nye pada musim ni orang tak bekelah di sini kerana musim ni tak dak ayaq. Jadi ayaq tak terjun le.... Musim ujan baru air laju. hehehe. tertipu lagi.....

Jagi kami pun berpatah le balik dan 'on the way' tu kami singgah di Pantai Pasir Tengkorak. Pantainya cantik dan memang merupakan tempat orang berkelah dan mandi manda. Apa lagi setelah menjamah sarapan yang kami bawa, kamipun mandilah. Seronok........

Pantai Pasir Tengkorak


Nak tahu macam mana Pantai ini mendapat nama, nanti abah akan cerita di tajuk lain. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami singgah antaranya Taman Awam Teluk Yu dan Pantai Pasir Hitam.

Taman Awam Teluk Yu


Pantai Pasir Hitam

Hitamkan pasir pantai ni...


Tempat ni bukan untuk berkelah tapi untuk tinjau-tinjau je. Banyak terdapat kedai-kedai jual cenderamata dan pakaian. Kami tengok je.... tak beli.

No comments: