Assalammuallaikum,
Kisah ini, tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.
Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid. Untuk memudahkannya pergi ke masjid, beliau telah memasang tali bagi menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid itu, ada satu lubang yang berair.
Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik untuk menukar pakaian yang tlah kotor. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula ke rumah untuk menukar pakaian. Kali ketiga, dia hampir terjatuh tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambutnya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, "siapa kamu?". Orang itu menjawab, " Aku adalah syaitan".
Orang buta itu terkejut lalu bertanya, "kenapa kamu menolong aku dari jatuh ke dalam lubang tersebut". Syaitan menjawab , "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain akan terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, Allah mengampunkan dosamu, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan Allah, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu".
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Wallahuallam.

Sumbangan : Nor Asmadi bin Mohd Nor
3 comments:
salam di pagi Jumaat yang mulia...tertarik dengan cerita dalam n3 Lee pada kali ni...nak komen sket,jgn marah ya..
Cerita-cerita agama begini tujuan asalnya untuk menarik orang kepada melakukan kebaikan...tp cerita-cerita yang tak ada sandaran atau pun ijmak dalam quran dan hadis ni kita kena hati-hati.Niat yang baik tak menghalang kepada kebinasaan dan kesesatan
Macamana syaitan tahu Allah ampunkan dosa siapa-siapa..seolah-olah ilmu syaitan tu lebih tinggi dari ilmu Allah taala dan para Malaikat?
Setiap orang bertanggung jawab atas apa yang mereka lakukan....kita berdoa pada Allah agar diampuni segala dosa-dosa kita.Amin.
Pada pandangan cikmanggis yang daif ini.
Pertama..cerita ini seolah-olah dia dah masuk dalam alam ghaib...ini salah.
Kedua...ini cerita rekaan
Ketiga..jika hadis,mesti ada
riwayat/saksi dan di sahihkan..jika tak itu dinamakan hadis mungkar-palsu dengan secara tak langsung merosakkan agama...jadi kita kena berhati-hati dengan cerita-cerita begini.
salam...maaf nak tambah sket...Jika cikmanggis silap atau kurang tepat pandangan ni harap dapat teguran dan betulkan....
sorong papa tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
Andainya ada sebarang kesilapan
harap -harap diberitahu.
CM,
Terima kasih kerana sudi memberi komen yang panjang dan bernas terhadap N3 yang saya utarakan kali ini. Sebenarnya tajuk ini diberikan oleh rakan saya yang menjadi pengunjung setia blog yang tidak seberapa ini.
Saya tertarik untuk memuatkan tajuk ini memandangkan saya sendiri telah beberapa kali mendengar cerita ini dalam kuliah2 agama yang pernah saya hadiri. Ianya adalah satu cerita yang menarik cuma tak dapat saya pastikan apakah sandaran untuk cerita ini, sama ada ianya rekaan ataupun sebuah cerita benar. Tapi yang pentingnya ianya boleh dijadikan pengajaran dan renungan kepada kita.
Saya sendiripun tidak mengetahui di mana rakan saya memperolehi cerita ini. Tetapi hasil carian saya, saya telah menemui cerita yang sama di dalam laman-laman berikut :
http://zul-lkj.blog.friendster.com/2006/11/tazkirah-syaitan-bantu-orang-ke-masjid/
http://tigosotigo.blogspot.com/2009/05/syaitan-laknatullah-menolong-si-buta.html
http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=11514
Wallahulallam.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan saya sendiri.
Terima kasih sekali lagi kepada CM atas kesudian mengunjungi blog ini dan memberi komen yang membina terhadap tajuk2 yang saya kemukakan. Semoga CM akan terus menjadi pengunjung setia blog ini.
Post a Comment