Wednesday, May 20, 2009

Sejarah Nama Bachok

Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu. Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban dan chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.

Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut. Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.

* Sumber : Wikipedia

6 comments:

my little family / kaftanbatik said...

eh abe, buke maksud dio 'berhenti sebentar" ko? tu versi hok ayu dgr la..hehe

apo2 pun TQ for d info...xtau sgt..ingat2 lupo doh...

Lee D'Langkawi said...

Tu mengikut Wikipedia lah. Tok tahulah pulok takut ado versi lain.

Tepi Sungai Batu said...

Lee,
Terima kasih laaa...ambo baru tahu nih.

Lee D'Langkawi said...

Mae,

Samo-samo. Serupolah kito. Tu tempat sendiri. Mujur ade internet kan. Dapat jugok sedikit info.

csue said...

hok kito dengar plok, asal namo bachok dari 'Tok Bachok', namo pedagang hok sggh & mati di Bachok... kubur dio ado d tanah perkuburan bachok lo ni... wallahualam...

Lee D'Langkawi said...

Csue,

Pulok doh, Hok mano betul ni...

*Sape-sape ada sebarang info, tolong maklumkan ye... Sekadar nak perbetulkan sejarah.