Tuesday, May 19, 2009

Orang Asli

Hari ini aku nak bawa cerita mengenai kisah orang asli. Bukan untuk menghina atau sebagainya tetapi sekadar hiburan semata-mata. Ada 2 cerita lawak yang nak aku bawakan di sini. Inipun bukan ku reka sendiri. Tetapi aku dapatkannya daripada sebuah lama blog semasa aku sedang meronda-ronda di alam maya ini. Aku lupa apa nama laman blog tersebut tetapi masih segar dalam ingat ku dengan cerita kelakar tu.
Kisah 1: Tok Batin yang pandai

Seorang Tok Batin telah dihadiahkan dengan sebuah jam dinding oleh anggota tentera kerana telah membantu mereka dalam operasi mengesan saki baki komunis di kawasan tersebut. Dengan bangganya tok Batin telah meletakkan jam dinding tersebut di luar dinding rumahnya. Jadi, setiap hari ramailah anak-anak buah tok batin datang untuk melihat jam yang sentiasa berdetik itu.

Pada suatu hari, jam tersebut telah berhenti berdetik. Salah seorang anak buah telah memberitahu Tok Batin tentang perkara itu. Lalu Tok Batin telah membawa turun jam tersebut dan membelek-beleknya. Dengan tidak sengaja Tok Batin telah tercungkil bateri jam lalu terjatuh. Dalam masa yang sama, beliau melihat ada seekor lipas telah mati di belakang bateri itu. Lalu dengan lagak pandai Tok Batin telah memaklumkan kepada anak buahnya, " Ooo! patutlah tidak bergerak, drebarnya telah mati terjeepit". Lalu anak buahnya mengangguk tanda faham.

Kisah 2 : Tok Batin yang sopan.

Pada suatu hari Tok Batin telah diarahkan oleh JHEOA untuk pergi ke pekan bagi menyelesaikan masalah penduduknya. Memandangkan pekan terletak agak jauh, pegawai JHEOA telah menyuruh Tok Batin menaiki bas awam. Jadi Tok Batin terpaksalah keluar ke jalanraya dengan berjalan kaki untuk menunggu bas. Setelah hampir setengah jam menunggu, maka lalulah sebuah bas. Tok Batin menahan bas tersebut. Bas berhenti dan Tok Batin menaikinya. Inilah pertama kali Tok Batin menaiki bas.

Dalam bas, konduktor telah bertanya tok batin ke mana hendak pergi. Tok batin dengan selamba menjawab, "Ke Pekaaan". Setelah tiba di pekan, konduktor bas memaklumkan kepada Tok Batin, " dah sampai". Balas Tok Batin, "ye ke...., cepat jugee ". Lalu Tok batin menuju ke pintu bas. Sampai di pintu bas, Tok Batin terpingga-pingga seolah-olah mencari sesuatu. Lalu konduktor bas bertanya, " Kenapa Tok". Dengan nada marah Tok Batin tadi berkata, " mana selipar aku, masa naik tadi aku letak di bawah sini, sapa yang curi". konduktor bas tergaru kepala yang tak gatal .....

2 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Lee,
Suko ssore(hehehehehe) ...... pada dok ssajo dapat juga hiburan. Terima kasih Lee.

Lee D'Langkawi said...

Man,

Kawe sekadar nok berkongsi hibure je. Wat teme suko dikalo tak dok kijo.