Sunday, May 24, 2009

Hari Keluarga B.I.A.K.

Pada Hari Sabtu 23.5.2009, Badan Integrasi Anak Kelantan Langkawi, B.I.A.K. telah mengadakan hari Keluarga bertempat di Langkasuka Beach Resort, Langkawi. Berbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, membina istana pasir, makan epal, jarum mas, bola beracun lari ikat kaki, tiup belon, kuiz dan sebagainya. Ooo, merioh sungguh.
Amirul ambil bahagian dalam pertandingan mewarna.


Aliff sedang menjamu selera. Terpaksalah layan Aliff dulu, kalu tidak tokleh ambik bahagian dalam acara yang diadakan. Maklum sajalah tepi pantai. Takut pula dia main air.

Ma and Amirul ambik bahagian dalam acara cucuk benang dalam jarum a.k.a.jarum mas. Sebenarnya ini adalah acara pasangan suami isteri. Tapi memandangkan aku tak bawa cermin mata, jadi tak dapat masuklah, ganti dengan anak lelaki ku.

Mirul masuk acara tiup belon. Gambar Amirul tiup belon tak sempat nak ambil. Sibuk dok layan Aliff.

Acara makan epal. Amirul tetap ambil bahagian.

Pada tengah harinya pihak penganjur ada menyediakan makan tengahari. Menunya sungguh menyelerakan dan cukup mewah. Berbaloi ikut serta dalam aktiviti ini. Selain dapat berkenalan antara satu sama lain, dapat beraktiviti dan dapat makan lagi.
Ini rojak buah, my favorite.

Ini pula menu yang aku makan. Nasi putih, ayam goreng berempah, sotong kembang masak cili, sayur baby kailan, ikan goreng tepung, tahu entah masak apa tapi sedap, sup ikan, buah-buahan, bubur kacang, cukup menyelerakan.

Lepas makan anak-anak apa lagi, terjun dalam kolamlah. Aliff sampai tak nak naik.

Acara selingan, kumpulan dikir barat alunan biru.

Ada cabutan nombor bertuah, aku dapat jugalah satu hamper, rezeki hari ni. Disamping itu pihak penganjur juga menyediakan hadiah bagi pelajar cemerlang untuk UPSR dan PMR. Adila dan Asyraf dapatlah juga sumbangan berupa wang tunai. Semoga acara tahunan ini akan terus mendapat sambutan dan menjadi wadah permuafakatan warga BIAK di Langkawi. Lagi gambar sila klik di sini.

2 comments:

csue said...

sronok nya.... byk ko amirul buleh hadioh???

Lee D'Langkawi said...

Tok leh wei. Tak dok rezeki dio ari tu. Cumo dapat cabutan no. bertuoh jah.