Wednesday, March 4, 2009

Pengalaman Sembelih Itik

Sebut pasal cerita sembelih itik ni, aku terkenang pengalaman sembelih itik bersama arwah ayah ku semasa kecil dulu. Sebagaimana yang dimaklumkan dalam entri yang lepas, arwah ayahku ada bela beberapa ekor itik. Memandangkan itik dah ramai, jadi ayahku bercadang untuk sembelih beberapa ekor itik buat lauk pada hari tu. Aku sebagai anak lelaki bertanggungjawab untuk tangkap itik-itik ni. Kalau tak silap aku sebanyak 2 ekor itik aku tangkap untuk disembelih. Biasanye bagian tangkap ayam, itik ni aku dan adik ku perempuan bernama Za lah kerana dia nie kuat berlari, memang ahli sukanpun di sekolah. Hihihi. Ayu & Mimie tok sah kiralah, sampai masuk bawah umah untuk kejar itik. Pernah kena kejar balik ke ayam pun ada. hahaha...
Nak jadikan cerita, itik yang ayah aku sembelih tu tak nak mati. Bila boleh makan daging itik nie. Kami sembelih itik pagi tu lebih kurang jam 8.30 pagi. Lebih kurang jam 12.00 tgh itik masih belum mati dan masih berlari disekitar rumah. Ayah aku sempat pergi ke pasar untuk beli ikan. Bila balik ke rumah itik masih belum mati.... Apa nak jadi nie. Dia sempat juga tanya kenkawan di pasar kenapa itik yang dia sembelih tak nak mati. Panjang umur betullah.
Rupa-rupanya tak kena cara. Sembelih dah betul tetapi selepas sembelih jangan terus lepas. Kena pegang kakinya ke atas, kepala ke bawa biar semua darah dalam kepalanya keluar terlebih dahulu. Lepas tu baru buleh lepas. Apa lagi, aku dan adik-adik aku pun kejar le itik tu dan buatlah apa yang ayah aku bagi tau tadi. Memang menjadi, lepas tu itik-itik tadi pun mati. Hahaha, dapat jugalah kami sekeluarga makan gulai itik hari tu.

Tuesday, March 3, 2009

Ayam Golek

Semalam bila terbaca dalam shoutmix, adik aku Ayu @ Mok Nik @ Mama Anis mintak resepi ayam golek yang kita orang pernah buat masa zaman budak-budak dulu, terpanggil juga aku untuk mengimbas kembali kenangan dulu. Masa tu ayahku (seorang cikgu) suka bela ayam di belakang rumah. Selain ayam daging, arwah ayah ada juga bela itik, kambing, ayam belanda dan arnab.

Pada masa tu kami mewah sekali makan lauk ni. Selalu jugalah sembelih ayam. Aku belajar sembelih ayampun time ni le. Memandangkan ayam dah free, kami pernah le beberapa kali sembelih ayam untuk dibakar. Kami bakar dalam periuk oven yang mek aku buat kueh je. Kami adik beradik berpakat dengan bantuan mek untuk buat resepi ni.
Mok Nik, seingat Ngoh nilah resepinye.

Seekor ayam mude (bersihkan dan jangan potong).
3 batang serai
1 inci halia
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
1/4 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk kunyit
gula @ gula melaka
garam
madu (optional)

Cara-caranye

Semua bahan-bahan tadi di blend. Ayam setelah dibersih, dicucuk-cucuk dengan garfu atau pisau. Perapkan ayam tadi luar dan dalam dengan bahan-bahan yang telah diblend. Biarkan selama lebih kurang 2 jam. Masukkan ke dalam periuk oven dan bakar dengan api yang sederhana selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Setelah masak, siap untuk di serbu.
Nak sedap lagi, cicah dengan cili sos atau sos pencicah cap merak ataupun apa-apa cap yang ada dipasaran. Mok Nik, cubalah. Ngoh pun nok cuba jugok nih. Di Langkawi, seekor ayam pusing harganya RM20.00. Nak makan baik buat sendiri.
Make aye golek nie, ingat ko arwoh ayoh.... Al-Fatihah.

Sunday, March 1, 2009

Ironman

Peserta Ironman berbasikal melalui Jalan Batu Asah.... Depan Taman Kenari (rumahku) sempat le ambik gambar.

Semalam 28.2.2009, telah berlangsungnya acara Ironman di Langkawi, Ramai betui orang nak jadi ironman. Lebih kurang 600 peserta dari 39 buah negara menyertainya. Ramai juga peserta perempuan yang turut serta. Orang perempuan pun nak jadi Ironman gak?. Acara bermula dari pagi sampai malam. Peserta terpaksa berenang sejauh 3.8 km, mengayuh basikal sejauh 180.2 km dan berlari sejauh 42 km. Memang memenatkan dan acara ini memang menguji ketahanan mental dan fizikal mereka. Kedua-dua acara lelaki dan wanita dijuarai oleh peserta dari Australia.
Ramai orang lelaki nak jadi Iron Man
Ramai juga orang perempuan nak jadi Iron Man
Tapi ada juga orang lelaki yang nak jadi bledo man..... Auw

Gambar hiasan....
** Bledo = agar-agar

Monday, February 16, 2009

Aktiviti Berbasikal

Pada hari jumaat 8.2.2009 yang lepas, kami kakitangan AKM telah menjalani aktiviti berbasikal. Kayuhan kali ini adalah dari AKM ke Jeti Sungai Kilim. Aktiviti ini adalah merupakan persediaan kakitangan AKM untuk program berbasikal seterusnya yang akan diadakan sedikit masa lagi. Kami merancang untuk mengadakan program kayuhan ke satu lokasi yang masih belum ditetapkan dan akan bermalam di sana serta mengadakan acara-acara tertentu yang telah diatur oleh pihak penyelaras program berbasikal ini.
Lagi gambar sila klik disini.

Pada hari ini, 14.2.2008 satu lagi aktiviti kayuhan telah dijalankan. Tapi aku tak dapat ikut serta kerana kesilapan teknik. Sebenarnye aku tak tahu yang ada aktiviti kayuhan pada hari ini. Jadi aku tak bawalah kasut sukan untuk nak kayuh basikal tu. Takkan nak pakai kasut kulit kot. Jadi aku mintak 'excuse' lah. Sori le kekawan ye. InsyaAllah minggu depan aku takkan miss. Besok aku akan bawa kasut sukan untuk simpan di pejabat.

Sunday, February 15, 2009

Sepetang di Sungai Kilim dan Pantai Tanjung Rhu

Program kami petang jumaat ni ialah jalan-jalan kenal kawasan. Al maklum sajelah kami masih baru di Langkawi ni, jadi kenalah kenal dulu kawasan dan tempat yang sesuai untuk dilawati. Sekurang-kurangnya kalau orang tanya taklah tergagap nak jawabnye. Destinasi pertama kami ialah Jeti Sungai Kilim. Jeti ini adalah merupakan jeti untuk pelancong-pelancong menaiki bot ke tempat pelancongan seperti Gua Kelawar, Fish Farm, Eagle Feeding dan Gua Buaya. Tambang untuk sebuah bot (8 penumpang) antara RM150 - RM200 bergantung kepada pekej yang dipilih.
Bot-bot sedang menunggu penumpang. Lagi gambar klik disini.

Destinasi kami seterusnya ialah Pantai Tanjung Rhu. Ianya lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pekan Kuah. Ia adalah merupakan sebuah pantai yang sememangnya cantik dan amat sesuai untuk bersantai. Terdapat sebuah tempat penginapan di sini iaitu Tanjung Rhu Beach Resort. Di sini juga terdapat sebuah jeti dan melalui jeti ini juga anda boleh melawat ke tempat-tempat manarik tadi iaitu, Gua Kelawar, Fish Farm, Eagle Feeding dan Gua Buaya. Di sini juga disediakan pekej bot untuk memancing di laut.

Lagi gambar menarik sila klik disini.

Thursday, February 12, 2009

Macam Kura-Kura

Dalam satu, dua hari ni, line teruk betul. Macam kura-kura. Nak update blog pun takde mood. Boring betul. Ari ni baru dapat, tu pun aku rasa sekejap je tuuu. Lepas ni dia buat hal lagi.

Thursday, February 5, 2009

Terima Kasih

Terima kasih kepada semua yang telah memberi ucapan Selamat Hari Jadi untuk ku yang ke ** (sorry! error in typing number) tahun. Dengan sambutan ni maknanya meningkat satu tahun lagilah umurku. Sehubungan itu sambutan tahun ni aku buat secara besar-besaran. Kami sekeluarga kecuali Asyraf telah sambutnye di sebuah pulau peranginan terindah di Malaysia ini iaitu Pulau Langkawi. hehehe. (Betullah kan)

Kami buat sambutan tahun ni dua malam berturut-turut. Pada malam pertamanya kakak telah 'bawa' kami sekeluarga makan disalah sebuah restoran di Pekan Kuah. Banyak juge menu yang kami order pada malam tu antaranya Car Kuey Tiaw, Kuey Tiaw Kerang, Sotong Kangkong, Satay dan Roti Arab lah. (Kire banyak le tu - bajet budaaak2)

::::: Sori gambaq tak snap:::::

Memandangkan pada malam pertama kakak dah belanja, pada malam keduanye pula giliran abah yang belanja, tapi dirumah je. Malam ni kami makan Beef Ball spagetti. Abah buat sendiri tau. Tak tau lah sedap ke tidak, tapi licin.