Sunday, February 15, 2009

Sepetang di Sungai Kilim dan Pantai Tanjung Rhu

Program kami petang jumaat ni ialah jalan-jalan kenal kawasan. Al maklum sajelah kami masih baru di Langkawi ni, jadi kenalah kenal dulu kawasan dan tempat yang sesuai untuk dilawati. Sekurang-kurangnya kalau orang tanya taklah tergagap nak jawabnye. Destinasi pertama kami ialah Jeti Sungai Kilim. Jeti ini adalah merupakan jeti untuk pelancong-pelancong menaiki bot ke tempat pelancongan seperti Gua Kelawar, Fish Farm, Eagle Feeding dan Gua Buaya. Tambang untuk sebuah bot (8 penumpang) antara RM150 - RM200 bergantung kepada pekej yang dipilih.
Bot-bot sedang menunggu penumpang. Lagi gambar klik disini.

Destinasi kami seterusnya ialah Pantai Tanjung Rhu. Ianya lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pekan Kuah. Ia adalah merupakan sebuah pantai yang sememangnya cantik dan amat sesuai untuk bersantai. Terdapat sebuah tempat penginapan di sini iaitu Tanjung Rhu Beach Resort. Di sini juga terdapat sebuah jeti dan melalui jeti ini juga anda boleh melawat ke tempat-tempat manarik tadi iaitu, Gua Kelawar, Fish Farm, Eagle Feeding dan Gua Buaya. Di sini juga disediakan pekej bot untuk memancing di laut.

Lagi gambar menarik sila klik disini.

No comments: