HapPY fatHer$ dAY..$m0ga pNJg uMUr & dMURahkan rEZEKi.. ThANKz 4 evERythING. Thankz 4 bEING mY best ABah. hehe:-)..
Inilah mesej yang aku terima daripada kakak tepat jam 12.00 tengah malam tadi. Dan pagi ini pula, sebaik turun daripada motosikal semasa menghantarnya ke sekolah, Mirul pula mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ku. Dua hari lepas, Mirul telah memberikan hadiah kepada ku berupa sepasang sudu dan garfu kecil yang dibalut dalam sapu tangan kecil. Bukan nilai hadiah yang perlu kita fikirkan, tapi nilai ingatan mereka terhadap pengorbanan bapa dalam membesar mereka yang perlu dititik-beratkan.
SELAMAT HARI BAPA kepada bapa mertuaku dan semua bapa-bapa dan mereka yang bakal menjadi bapa.
Sayu kerana tidak dapat mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada arwah ayahku. Walaupun ayah sudah tiada, namun kau tetap dalam ingatanku. Jasamu membesarku dan anak-anakmu yang lain sehingga menjadi manusia yang berguna amat aku sanjungi. Setelah aku menjadi bapa, barulah aku sedar betapa besarnya pengorbananmu membesarkan kami. Al-Fatihah buat ayah....
********
Dikemaskini pada 22.6.2009,
Lebih kurang jam 11.00 malam 21.6.2009, terima call daripada Asyraf ucap Selamat Hari Bapa.... MA kata, "kenapa lewat ni.....". Tapi aku tak kisah, janji dia ingat.
8 comments:
Alfatihah dari ambo untuk gemulah.....
Time kasih Mae.
selamat hari bapa untuk Lee D'Langkawi...semoga sabar dalam mendidik anak-anak...ini adalah amanah besar yang diberi oleh Allah pada setiap insan yang bergelar ..bapa...semoga sihat walafiat dan rezeki yang murah..amin
cikmanggis,
Timo kasih. Itulah harapan seorang yang bergelar bapa. InsyaAllah.
xsabar nk tunggu Anis bt gitu etek.. anyway..epi father's day..
Ayu,
Thanks.
salam ukhwah! Hari ini seorang bapa, esok-esok datuk pula...
Abah aman,
Begitulah adat dunia....
Post a Comment