Sunday, March 29, 2009

Adila - MRSM Kuala Berang

Alhamdulillah, akhirnya anakku Adila dapat juga tawaran untuk belajar di MRSM selepas adiknya Asyraf mendapat tempat di Sek. Menengah Sains. Beliau telah dapat tawaran melalui pengambilan kedua setelah aku membuat rayuan. Banyaklah persiapan dan perkara yang perlu disediakan, maklumlah anak perempuan.


Menunggu feri ke Kuala Kedah

Memandangkan dia ditawarkan di MRSM Kuala Berang, jadi cadangan awal aku untuk menghantarnya dengan bas sahaja sambil hantar Asyraf. Tapi sayang, tiket bas dah habis. Maklum sajalah musim cuti sekolah.

Kereta Che Su Na & Ayah Su Zaki

Mujurlah adik iparku yang tinggal di Sungai Petani sudi pinjamkan keretanya. Terima kasih Che Su Na & Ayoh Su Zaki. Terima kasih juga kepada Csue, Mok Nik, Teh & Che Own kerana bersusah payah menjemput kami di Jeti Kuala Kedah untuk ke Sungai Petani. Jadi kami balik satu famililah. Amirul pun ponteng sekolah le 4 ari. Huhuhu.

Adila, semasa pendaftaran di MRSM Kuala Berang


Alif pun buat-buat sibuk nak kemas bilik asrama kakaknya. Lagi gambar klik sini.

Ziarah Makam Mahsuri

Cuti sekolah yang lepas sempat juga kami sekeluarga ronda-ronda sekitar Makam Mahsuri. Pada masa tu mek (ibu mertua) dan Che Da sekeluarga ada berkunjung ke Langkawi, jadi dapatlah bawa mereka bersiar-siar ke sana. Memandangkan kebanyakan kami telah pernah masuk ke dalam kawasan makam, jadi ari ni kami bersiar-siar di kawsan luar sahaja.
Sempat bergambar kenangan di hadapan kawasan Makam Mahsuri.


Bersiar-siar di sekitar kawasan gerai jualan sambil membeli belah. Lagi gambar klik di sini.

Sunday, March 15, 2009

Memancing

Setelah 2 malam aku penat tidur dalam bas kerana perjalanan pergi ambil anakku Asyraf di Kuala Terengganu, aku sekeluarga pergilah berkelah di 'Pantai Kera' sambil memancing. Kata kawan aku, tempat ni memang banyak ikan.

Nama Pantai Kera ni aku tak pasti betul ke tidak. Tetapi di hadapan jalan nak masuk ke pantai ni ada tertulis tulisan tangan nama Pantai Kera. Jadi kami panggilnya 'Pantai Kera' lah.


Hampir 2 jam memancing, dapat la sekor anak ikan kerapu. Jadi le...... buat ubat, daripada langsung tak dapat tu......

Alif pun bukan main seronok tengok ikan yang masih bergerak. Lagi gambar klik disini.

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh umat muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Klik di sini untuk mendengar Selawat Syifa.

Sunday, March 8, 2009

Menu Hujung Minggu


Tiba-tiba terasa nak makan nasi dagang. Pagi-pagi lagi aku pergi ke Pasar beli ikan aya(tongkol) dan bahan-bahan lain yang diperlukan seperti santan dan telur. Pusing-pusing di pasar cadang nak beli udang, tapi ari tu takde pulak. Biasanye banyak. Biasalah tu, kalu nak, memang susah nak dapat. Tapi kalu tak nak memang berlambak. Setelah hampir 5 bulan tak makan nasi dagang, hari ini dapatlah merasakannya. Ini menu hari Sabtu.
Hari sebelumnya iaitu hari Jumaat, aku buat pulut kuning @ pulut semangat @ nasi kunyit.... ape-ape je lah. Tapi gambar tak sempat snap. Takpelah janji dapat merasakan makanan yang aku ingin makan. Memang sedap makan pulut kuning dengan kerutub daging. Memang terangkat.

Friday, March 6, 2009

Cikgu

Semasa kecil dulu, aku tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Walaupun keluargaku boleh dikatakan keluarga cikgu - ayah ku seorang guru, beberapa orang bapa saudara dan mak saudaraku juga adalah guru, seorang adik ku menjadi guru, kakak ku pernah menjadi guru sementara. Tetapi urutan tersebut tak pernah menarik minatku untuk menjadi guru. Aku lebih minat kepada pekerjaan berpakaian seragam. Aku pernah memohon untuk menjadi askar, aku pernah memohon untuk menjadi polis, akhirnya aku ditawarkan untuk bertugas di Jabatan Penjara. Dengan bekerja sebagai Pegawai Penjara ni, dah banyak tempat di Malaysia aku dihantar bertugas sehinggakan ke Sabah.

Rupa-rupanya kerja penjara ni adalah juga merupakan pekerjaan murni seorang guru. Mungkin disebabkan darah cikgu yang ada dalam diri keluargku setitik dua mengalir dalam diriku, aku ditakdirkan untuk bertugas di sini. Walaupun aku tidak mengajar secara formal sebagaimana guru-guru di sekolah, tapi aku tetap bertugas membimbing dan mengajar tahanan-tahanan yang berada di penjara. Membimbing mereka yang telah terpesong jauh untuk kembali ke pangkal jalan.

Sekarang pula, aku telah ditugaskan disalah sebuah pusat latihan penjara yang bertaraf akademi. Antara tugas ku di sini adalah mengajar dan memberi ceramah dalam kursus-kursus kepada pegawai-pegawai kanan penjara.

Last-last keno jadi cikgu jugok deh….. hihihi

Apo khabar Cikgu Mae dan cikgu-cikgu semua. Buleh masuk geng?

Thursday, March 5, 2009

AMBUYAT


Masa aku bertugas di Sabah dulu, ada satu makanan istimewa yang aku suka makan. Nama makanan ini ialah AMBUYAT. Ambuyat adalah merupakan masakan Suku Kaum Bisaya / Brunei. Memandangkan aku suka makan makanan nie, aku cubalah belajar buatnya. Caranya memang mudah. Bahannya ialah sagu rumbia, air dan air panas.

Caranya, mula-mula larutkan sagu rumbia ke dalam air (jangan terlalu cair). Selepas betul-betul larut, tuangkan air yang betul-betul panas dan kacau sehingga sagu tadi bertukar menjadi jernih seperti gam.

Cara makannya, ianya perlulah menggunakan sejenis kayu sepit yang di panggil candas. Mula-mula sepit ambuyat ini dengan candas dan putarkan beberapa kali sehingga ambuyat tadi melekat pada candas. Cicah ambuyat dengan gulai asam pedas ikan atau pun sayur pucuk paku. Ambuyat ni tak perlu di kunyah, cuma perlu masukkan ke dalam mulut dan terus telan. memang best giler.