Friday, March 6, 2009

Cikgu

Semasa kecil dulu, aku tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Walaupun keluargaku boleh dikatakan keluarga cikgu - ayah ku seorang guru, beberapa orang bapa saudara dan mak saudaraku juga adalah guru, seorang adik ku menjadi guru, kakak ku pernah menjadi guru sementara. Tetapi urutan tersebut tak pernah menarik minatku untuk menjadi guru. Aku lebih minat kepada pekerjaan berpakaian seragam. Aku pernah memohon untuk menjadi askar, aku pernah memohon untuk menjadi polis, akhirnya aku ditawarkan untuk bertugas di Jabatan Penjara. Dengan bekerja sebagai Pegawai Penjara ni, dah banyak tempat di Malaysia aku dihantar bertugas sehinggakan ke Sabah.

Rupa-rupanya kerja penjara ni adalah juga merupakan pekerjaan murni seorang guru. Mungkin disebabkan darah cikgu yang ada dalam diri keluargku setitik dua mengalir dalam diriku, aku ditakdirkan untuk bertugas di sini. Walaupun aku tidak mengajar secara formal sebagaimana guru-guru di sekolah, tapi aku tetap bertugas membimbing dan mengajar tahanan-tahanan yang berada di penjara. Membimbing mereka yang telah terpesong jauh untuk kembali ke pangkal jalan.

Sekarang pula, aku telah ditugaskan disalah sebuah pusat latihan penjara yang bertaraf akademi. Antara tugas ku di sini adalah mengajar dan memberi ceramah dalam kursus-kursus kepada pegawai-pegawai kanan penjara.

Last-last keno jadi cikgu jugok deh….. hihihi

Apo khabar Cikgu Mae dan cikgu-cikgu semua. Buleh masuk geng?

4 comments:

my little family / kaftanbatik said...

mmg daroh cikgu sggh mgalir nih...pandai wak essei nih..hehe

Lee D'Langkawi said...

"Selamat pagi murid2. Boleh duduk. Hari ini kita belajar buat karangan....."

Tepi Sungai Batu said...

Li,
Demo jadi cikgu kelas dewasa.......hehehehe.Demo memang ada gaya......
Arwah ayah demo tu cikgu ambo!

Lee D'Langkawi said...

Cikgu Mae,
Nampoknyo gitu lah. Ooo anok murid arwoh Cikgu Jak le nie.....