Setelah 2 malam aku penat tidur dalam bas kerana perjalanan pergi ambil anakku Asyraf di Kuala Terengganu, aku sekeluarga pergilah berkelah di 'Pantai Kera' sambil memancing. Kata kawan aku, tempat ni memang banyak ikan.
Nama Pantai Kera ni aku tak pasti betul ke tidak. Tetapi di hadapan jalan nak masuk ke pantai ni ada tertulis tulisan tangan nama Pantai Kera. Jadi kami panggilnya 'Pantai Kera' lah.
Hampir 2 jam memancing, dapat la sekor anak ikan kerapu. Jadi le...... buat ubat, daripada langsung tak dapat tu......
Alif pun bukan main seronok tengok ikan yang masih bergerak. Lagi gambar klik disini.
2 comments:
Dah lama Pok Mae tak singgah, guano demo loni?
Banyak kelas ko kena ngajar?
Li, ambo ada tinggal komen pada entri 'cikgu' yang demo tulis sebelum ni. Dah baca ko belum?.
Maah le Pok Mae wei. Dale seminggu duo nie tok de nok caro ko blog. Sibuk urus pasal anok sekoloh. Duo2anok kawe dok ngaji Ganu. Minggu lepah ata sore lagi di MRSM Kuala Berang. Ari ni baru buleh tengok.... Anok murid Cikgu Jak lah demo nie deh.
Post a Comment