Thursday, May 21, 2009

Dialog Antara Lembu dan Itik

Itik : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Itik : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Itik : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, buat kueh le, bahulu le, buat jeruk le dan macam-macam lagi. Habis macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masalah tu tak le berat sangat!
Itik : Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku, tapi sorangpun tak pernah panggil aku MAK!
Itik : (Benggap punya lembu!)

Wednesday, May 20, 2009

Sejarah Nama Bachok

Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu. Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban dan chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah.

Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut. Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.

* Sumber : Wikipedia

Tuesday, May 19, 2009

Orang Asli

Hari ini aku nak bawa cerita mengenai kisah orang asli. Bukan untuk menghina atau sebagainya tetapi sekadar hiburan semata-mata. Ada 2 cerita lawak yang nak aku bawakan di sini. Inipun bukan ku reka sendiri. Tetapi aku dapatkannya daripada sebuah lama blog semasa aku sedang meronda-ronda di alam maya ini. Aku lupa apa nama laman blog tersebut tetapi masih segar dalam ingat ku dengan cerita kelakar tu.
Kisah 1: Tok Batin yang pandai

Seorang Tok Batin telah dihadiahkan dengan sebuah jam dinding oleh anggota tentera kerana telah membantu mereka dalam operasi mengesan saki baki komunis di kawasan tersebut. Dengan bangganya tok Batin telah meletakkan jam dinding tersebut di luar dinding rumahnya. Jadi, setiap hari ramailah anak-anak buah tok batin datang untuk melihat jam yang sentiasa berdetik itu.

Pada suatu hari, jam tersebut telah berhenti berdetik. Salah seorang anak buah telah memberitahu Tok Batin tentang perkara itu. Lalu Tok Batin telah membawa turun jam tersebut dan membelek-beleknya. Dengan tidak sengaja Tok Batin telah tercungkil bateri jam lalu terjatuh. Dalam masa yang sama, beliau melihat ada seekor lipas telah mati di belakang bateri itu. Lalu dengan lagak pandai Tok Batin telah memaklumkan kepada anak buahnya, " Ooo! patutlah tidak bergerak, drebarnya telah mati terjeepit". Lalu anak buahnya mengangguk tanda faham.

Kisah 2 : Tok Batin yang sopan.

Pada suatu hari Tok Batin telah diarahkan oleh JHEOA untuk pergi ke pekan bagi menyelesaikan masalah penduduknya. Memandangkan pekan terletak agak jauh, pegawai JHEOA telah menyuruh Tok Batin menaiki bas awam. Jadi Tok Batin terpaksalah keluar ke jalanraya dengan berjalan kaki untuk menunggu bas. Setelah hampir setengah jam menunggu, maka lalulah sebuah bas. Tok Batin menahan bas tersebut. Bas berhenti dan Tok Batin menaikinya. Inilah pertama kali Tok Batin menaiki bas.

Dalam bas, konduktor telah bertanya tok batin ke mana hendak pergi. Tok batin dengan selamba menjawab, "Ke Pekaaan". Setelah tiba di pekan, konduktor bas memaklumkan kepada Tok Batin, " dah sampai". Balas Tok Batin, "ye ke...., cepat jugee ". Lalu Tok batin menuju ke pintu bas. Sampai di pintu bas, Tok Batin terpingga-pingga seolah-olah mencari sesuatu. Lalu konduktor bas bertanya, " Kenapa Tok". Dengan nada marah Tok Batin tadi berkata, " mana selipar aku, masa naik tadi aku letak di bawah sini, sapa yang curi". konduktor bas tergaru kepala yang tak gatal .....

Al-Fatihah

Baru sekejap tadi aku terima sms daripada Kak Long memaklumkan bahawa datuk saudara kami yang tinggal di Kampung Baung, iaitu Ayah Lah telah kembali ke rahmatullah. Jadi sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga roh beliau dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.
- AL-FATIHAH -
Kali terakhir aku menziarahi beliau semasa aku balik ke kampung pada bulan Oktober tahun lepas.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua guru-guru yang pernah mengajarku sebelum ini iaitu dari Sek. Ren. Sultan Yahya Putra Kuala Krai, Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi Bachok, Sekolah Menengah Sultan Ismail Kota Bharu, Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan UITM Dungun Terengganu.
Tak lupa juga kepada semua guru-guru seluruh Malaysia.

Thursday, May 14, 2009

Line not clear

Satu dua hari ni aku tak dapat nak update entri kerana masalah komputer. Tak tahulah masalah streamyx ke atau masalah komputer diserang virus. Petang ni baru dapat, tu pun selepas berhempas pulas cuba ku betulkan. Tapi tak 'sendik' lagi ni. Ada sikit-sikit lagi ragamnya. Bila dah dapat ni, sebelum dia buat ragam semula, aku pun apa lagi, cubalah update entri. Cari punya cari, terjumpalah gambar kesayangan anak aku Amirul yang bergambar bersama-sama tokoh pujaannya Dr. SMS. Gambar ni diambil semasa Dr. SMS mengadakan lawatan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man semasa perasmian teman tersebut satu ketika dulu (tak ingat tarikh). Disebabkan teramatlah minatnya anak aku terhadap Dr. SMS ni, dia tak nak balik selagi tak dapat bergambar dengannya. Terpaksalah aku layan. Si kakak tu tumpang sekaki lah.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Sempena Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia pada hari ini, ingin ku ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibuku tersayang. Pengorbanan mu membesar dan mendidik ku selama ini amat ku sanjungi dan tidak dapat ku ucap dengan kata-kata. Salam kasih sayang dari anakmu.
**************
Ini pula ucapan Selamat Hari Ibu daripada Kakak (Adila) untuk MA melalui SMS pada 10.5.2009 jam 12.16 pagi:-
HapPY m0tHer's DAy.... TeriMa kASih c0z dh jd "mA" yg t'bAik uTK kaKAK & aDik2... tHANK y0u s0 mUCh.. I l0vE u!! Huhu..;)...
***************************
A mothers day message to all the pretty mothers.
  • A mum is a rose whose petals are soft;
  • A mum is a lily whose stem is tall & strong;
  • A mum is a person who is never wrong;
  • A mum is a person you should love forever;
  • Trust her, believe her & never doubt her.

Mesej yang ku terima daripada 016-8108602 yang tak ku kenali no ini. Sungguh indah, terima kasih.