Hari ini dah masuk hari ke-5 kami menjalani kursus STPP/DSSK. Dalam tempoh itu kami terpaksa bangun jam 5.00 pagi dan aktiviti tamat jam 9.00 malam. Berehat sekadar untuk sarapan, makan dan sembahyang sahaje. Jadi hari ini adalah merupakan kelas DSSK yang terakhir kami untuk minggu ini. Ingatkan hujung minggu - Sabtu / Ahad ada kelepasan. Rupa-rupanya harapan sekadar tinggal harapan. Kesian peserta-peserta kursus kerana mengharapkan kelepasan pada hujung minggu bagi menghilangkan stress dan tension. Kalau macam ni boleh pecah kepala dibuatnya.
Assignment bertimbun dan bahan untuk assignment terpaksa dibeli, tetapi tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Masa untuk study dan buat assignment pun tiada. Kalau adapun dari jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi. Tapi siapa yang sanggup dengan keadaan badan yang kepenatan. Kalau dapat berjaga sampai jam 11.00 malam pun dah kira bagus.
Peserta kursus pun tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kelas kerana badan terlalu penat dek jasmani pagi yang agak teruk bagi sesetengah kami yang berumur ini dan mengantuk disebabkan tidak cukup tidur . Ini terbukti apabila ramai yang terlena semasa kuliah sedang dijalankan. Mujurlah pensyarah faham dan bersimpati dengan keadaan kami. Aku sendiripun masih tercari-cari apakah matlamat kursus ini sebenarnya sama ada untuk akademik atau sebaliknya.
Walaubagaimanapun kami akan sedaya upaya menempuhi cabaran ini.
Tunggu kemunculan Blog DSSK sedikit masa nanti. Itupun kalau masa mengizinkan......
4 comments:
kursus lg ni + BTN meme ayu xsuko.. letih. ms BTN tu ayu mutoh teruk sapa kn thn kat hsptl-emergency room. drip 1 btl air. nyaris2 nk kn htr balik..huhu
Petang ni dan petang esok dibenarkan 'outing'. Tq pihak penyelaras.
Sabar ajelah lee...gred dah 41 kira oklah tu.
M. Ibrahim,
Tengoh sabarlah ni. Sehingga hari ni, dah 6 assignment kena buat. Berasap palo weh....
Post a Comment